|
Post by linarahmankdd2 on Oct 28, 2011 22:12:38 GMT -5
semua pihak perlu mengambil bahagian bagi memastikan ICT dapat dijalankan dengan berkesan disekolah.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Oct 28, 2011 22:42:18 GMT -5
dengan adanya pemimpin mengambil berat berkaitan keperluan staff dan sekolah dlm bidang ict akan dapat membantu peningkatan ict di sekolah,di samping itu pibg juga perlu bersama-sama memainkan peranan untuk memastikan keberkesanan penggunaan ict di sekolah.
|
|
|
Post by hanisahhamidkdd2 on Oct 28, 2011 23:06:22 GMT -5
Perbanyakkan lagi kursus dalaman ICT di sekolah untuk guru-guru lebih mengetahui tanggungjawab dunia ICT ini bukanlah hanya terletak pada penyelaras ICT semata-mata adanya....guru-guru yang lain kenalah bagi sokongan..jangan suka buat dekkk jer tp itulah hakikat yg perlu dterima masing-masing menjlnkan tugas mengikut kemampuan masing-masing
|
|
|
Post by zuhanakdc2 on Oct 29, 2011 6:26:43 GMT -5
memang le kita mrnjalankan tugas mengikut kemampuan masing-masing...
|
|
|
Post by mariyatialikdc1 on Oct 29, 2011 6:32:55 GMT -5
assalamualaikum.Pemimpin atau guru besar adalah individu yang memainkan peranan amat penting dalam meningkatkan atau membangunkan keupayaan ict di peringkat sekolah bagi menjana keberkesanan p&p yang lebih efektif dikalangan warga sekolah.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Oct 29, 2011 8:20:12 GMT -5
Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Oct 29, 2011 8:20:59 GMT -5
Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal komputer hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kekecohan dan kecelaruan tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan penyelaras ICT mesti dipantau supaya budaya menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal komputer digunakan.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Oct 29, 2011 8:21:34 GMT -5
Perkembangan dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid. Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu. Untuk itu pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian keperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Program perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul.
|
|
|
Post by sitiedaliekdc6 on Oct 29, 2011 9:39:41 GMT -5
Salam.. Alhamdulillah, sekolah saya mempunyai tampok pimpinan yang amat menyokong aplikasi ICT dalam P&P ..tetapi prasarana yang kurang sempurna belum mampu menjana semangat guru untuk menggunakanya semaksimum mungkin..
|
|
|
Post by norzilashamsudinkdc3 on Oct 29, 2011 11:22:23 GMT -5
Guru besar memang memainkan peranan penting dengan memastikan kemudahan yang disediakan diguna secara maksimum dan guru2 diberi latihan/ldp mengenainya... tetapi hakikatnya gurulah yang perlu memulakan langkah supaya makmal ict yg disediakan tidak menjadi gajah putih... Alhamdulillah sekolah saya ada juru teknik yg membantu guru untuk menggunakan ict.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Oct 29, 2011 21:00:07 GMT -5
Terlalu banyak perkara yg perlu dititikberatkan oleh pihak sekolah jika mahukan penggunaan ICT di sekolah mencapai tahap maksima..
Prasarana makmal komputer yg lengkap, internet yg mudah diakses, tahap kemahiran guru dlm ICT.. semuanya penting.
|
|
|
Post by sitihawabasrikdc6 on Oct 29, 2011 23:47:57 GMT -5
Gb dan pentadbiran sekolah hendaklah memastikan prasarana ICT di sekolahnya dapat berfungi dengan baik
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Oct 30, 2011 10:55:08 GMT -5
Gurubesar sesebuah sekolah harus mempunyai sikap keterbukaan kepada teknologi ICT selari dengan perkembangan ICT semasa. Gurusbesar harus menunjukan tauladan dan memberi galakkan dan dorongan pada guru-guru utk menggunakan ICT dalam pembelajaran seharian.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 30, 2011 11:16:22 GMT -5
Guru memainkan peranan yang penting di sekolah. Guru mestilah memastikan perancangan teknologi yang telah digubal diperingkat sekolah berjaya dilaksanakan. Komitmen yang tinggi dan berterusan, kemahiran guru dan fokus amat dititik beratkan bagi memastikan pengintegrasian teknologi yang melibatkan semua peringkat p&p bermula daripada persediaan sebelum mengajar, semasa mengajar dan penilaian selepas p&p. Kegagalan guru akan merugikan pelajar dan menjadikan p&p kurang berkesan kerana guru tidak merancang dengan teliti.
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Oct 30, 2011 14:56:20 GMT -5
Apa yang penting....."kerjasama". Sebenarnya semua pihak perlu memberi kerjasama dan saling bantu membantu. jIka pengetua/ guru besar yang bekerja keras tetapi guru sekadar mengangguk tanda sutuju rasanya kepimpina ICT di sekolah tidak akan berjaya dan begitulah sebaliknya.
|
|