|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 9:36:42 GMT -5
Kejayaan dalam mengimplimentasi ICT dan perubahan bukan semata-mata terletak kepada perkakasan dan perisian teknologi sahaja tetapi pengaruh dan penurunan kuasa pemimpin sekolah kepada guru dan menyokong guru dalam proses P&P dan mengekalkan kesinambungan kejayaan melalui kepimpinan lestari.
|
|
|
Post by nurakmalkdc6 on Dec 22, 2011 8:45:19 GMT -5
ICT adalah sesuatu yang amat perlu dan membolehkan kita mencipta kejayaan yang hebat...!
|
|
|
Post by nurakmalkdc6 on Dec 22, 2011 8:50:15 GMT -5
Penekanan terhadap penggunaan ICT di dalam semua aspek pengurusan, perhubungan terutamanya dlm P & P ternyata boleh meningkatkan pencapaian sekolah, bkn sahaja murid malah melahirkan guru cemerlang
|
|
|
Post by nurakmalkdc6 on Dec 22, 2011 8:53:16 GMT -5
Tatkala ramai orang yang takut dengan pengaruh negatif yang ada di dalam ICT, golongan pendidik mesti yakin dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Keyakinan yang tinggi bahawa, banyak lagi perkara yang positif boleh didapati di dalam ICT. kitalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak didik ke arah yang positif.
|
|
|
Post by nurakmalkdc6 on Dec 22, 2011 8:58:15 GMT -5
Jadikan P & P di dalam kelas berbantukan ICT pada tahap maksimum. Segala kemudahan asas dan infra telah disediakan agar para guru mudah dan selesa menggunakan ICT di dalam kelas...
|
|
|
Post by nurakmalkdc6 on Dec 22, 2011 9:07:29 GMT -5
Cabaran utama bg sekolah bkn hanya penggunaan teknologi tetapi proses inovasimenggunakan ICT yg memerlukan sokongan kewangan, latihan kpd sekolah & kerjasama erat angtara guru & pemimpin sekolah bg memastikan kejayaan implementasi ICT di sekolah
|
|
|
Post by nurakmalkdc6 on Dec 22, 2011 9:18:00 GMT -5
ICT dpt meningkatkan tahap profesionalisme kerja guru.betul...betul...betul... cuma nk xnk je utk melaksanakannya.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 23, 2011 7:50:10 GMT -5
Sejauh manakah peranan yang harus dimainkan oleh pemimpin/ guru besar untuk mempastikan sekolahnya tidak ketinggalan dalam perkembangan ICT? Sikap, kewangan, prasarana atau sokongan guru-guru dsb.
Guru besar sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik kepada sekolah. Jika hanya tahu membuat arahan tanpa mengetahui apakah masalah yang dihadapi oleh sekolah, bagaimana ICT hendak dijalankan.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 23, 2011 7:55:30 GMT -5
Selain itu guru besar juga perlu memastikan sistem komputer di sekolah berada dalam keadaan yang baik. Kewangan yang mencukupi juga perlu contohnya untuk membiayai software-software yang berkaitan dengan pembelajaran.
|
|