|
Post by rahyukdc6 on Dec 21, 2011 8:51:42 GMT -5
Guru perlu bersedia dengan ilmu tentang penggunaan ICT untuk mempersembahkannya di dalam kelas untuk pembelajaran lebih berkesan dan lancar.:*
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 21, 2011 8:54:05 GMT -5
Guru Besar harus memastikan penggunaan ICT di sekolah berjalan dengan lancar.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 8:54:47 GMT -5
Untuk merealisasikan penggunaan teknologi secara berkesan, peranan pihak-pihak tertentu, khususnya pengurusan sekolah adalah perlu. Menurut Shelly, et.al. (2002), selain sikap, pentadbir haruslah menyediakan guru-guru untuk menggunakannya setelah diimplimentasi ke dalam sistem pendidikan.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 8:56:53 GMT -5
Bagi tujuan ini, program-program latihan penggunaan teknologi perlu diadakan. Program tersebut juga perlulah disusuli dengan program lanjutan sebagai tindak-ikut kepada program yang telah dijalankan.
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 21, 2011 8:59:41 GMT -5
Guru boleh memimpin murid untuk mempelajari dan menggunakan ICT untuk benda yang berfaedah.
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 21, 2011 9:01:21 GMT -5
Memimpin murid menggunakan ICT dengan bijak.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 9:05:14 GMT -5
Senario di luar negara kebelakangan ini memperlihatkan sikap dan tahap penggunaan ICT di kalangan para pengurus pendidikan sedang dan semakin meningkat. Menurut Gurr (2000), apabila diminta memberi respon, salah seorang daripada subjek penyelidikannya menegaskan : "If I didn't know how to work a computer, if I didn't know how to access (MIS) and so on, I just couldn't do my job. I wouldn't be able to do my job. I don't think you could employ a principal any more that didn't have those skill". (http://horizon.unc.edu/ts/editor/235a.html)
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 21, 2011 9:08:55 GMT -5
Program ICT ini harus diperkuatkan dengan aktiviti yang ada di dalam Internet.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 9:13:23 GMT -5
Bagaimanapun, penyelidikan di Malaysia oleh Dr. Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad dari UKM bertajuk Pengajaran dan Pembelajaran Komputer : Apa Pandangan Guru dan Pensyarah, menunjukkan dapatan yang berbeza. Ia menunjukkan bahawa guru-guru mencadangkan supaya pentadbir sekolah diberi bimbingan dan kaunseling agar mereka yakin dengan ICT serta menganggapnya sebagai satu keutamaan di sekolah-sekolah.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 9:17:06 GMT -5
Individu yang belum bersedia atau sukar menerima kedatangan teknologi baru seperti penggunaan komputer akan berhadapan dengan kesukaran. Oleh itu, para pentadbir di peringkat sekolah menurut Cheever (1986), haruslah mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan bertanggungjawab dari segi pelaksanannya.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 9:20:22 GMT -5
Hasil penyelidikan Gilmore (1998) pula mencadangkan agar para pentadbir dapat mengenalpasti cara bagaimana untuk menyokong penggunaan teknologi maklumat, program-program latihan teknologi maklumat dan pembangunan perancangan strategik pengintegrasian teknologi maklumat.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 9:24:30 GMT -5
Selain itu, beberapa faktor yang dapat menyokong pelaksanaan dasar ICT di sekolah adalah kesedaran terhadap kepentingan ICT, kerjasama antara warga sekolah, peralatan yang lengkap, kursus dan pendedahan ICT kepada guru dan insentif untuk guru ( Zaini, 2006).
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 9:26:31 GMT -5
Pemimpin sekolah bertindak untuk membawa perubahan, menyokong kepada perkembangan staf dan pemimpin harus menjadi model pengguna ICT.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 9:29:10 GMT -5
Kepentingan pengaruh kepimpinan sekolah telah banyak dibincangkan dalam dapatan-dapatan kajian terdahulu. Yukl (2002), telah menyatakan pengaruh dan kuasa merupakan perkara teras dalam kepimpinan.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 9:33:45 GMT -5
Hargreaves dan Fink (2003), menjelaskan tujuh prinsip kepimpinan lestari bagi mengekalkan kesinambungan kejayaan organisasi iaitu pemimpin lestari membentuk serta mengekalkan kesinambungan pembelajaran, mengekalkan kejayaan sepanjang masa, mengekalkan kepimpinan warga organisasi, mengutarakan isu keadilan sosial, membangunkan sumber manusia, membina kapasiti dan menyokong serta membantu komuniti mencapai matlamat.
|
|