|
Post by ADMIN TMSR on Oct 22, 2011 9:30:00 GMT -5
Sejauh manakah peranan yang harus dimainkan oleh pemimpin/ guru besar untuk mempastikan sekolahnya tidak ketinggalan dalam perkembangan ICT? Sikap, kewangan, prasarana atau sokongan guru-guru dsb.
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 22, 2011 10:56:41 GMT -5
Salam... pemimpin atau guru besar adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan sekolah atau organisasi yang dipimpin tidak ketinggalan dalam perkembangan ICT.
Sebagai guru, kita tidak hanya meletakkan peranan utama hanya kepada pemimpin sahaja.
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 22, 2011 10:59:43 GMT -5
Guru-guru adalah `tulang belakang` peminpin dalam merealisasikan keberkesanan kepimpinan ICT disekolah. Penyelaras Bestari /Penyelaras ICT adalah tulang belakang utama sebagai penggerak kepada warga sekolah khususnya dalam melestarikan kepimpinan ICT di sekolah. Sokongan guru-gurulah elemen penting dalam menjayakannya.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Oct 22, 2011 16:15:40 GMT -5
Pemimpin/Gurubesar harus berpandangan jauh dan bertanggungjawag ke atas keperluan guru-guru di bawahnya.Walaupun kebanyakan guru besar mempunyai perbezaan ketara dari segi umur dengan guru di bawahnya, itu bukan alasan mengabaikan keperluan ICT di sekolah. Manakala guru-guru pula harus memberi sokongan dalam menjayakan keberkesanan ICT di sekolah. Jangan mengiakan pepatah "Gurubesar kencing berdiri, guru-gurunya kencing berlari."
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Oct 22, 2011 16:30:46 GMT -5
Prasarana di sekolah seharusnya lebih terbuka kepada ICT.Misalnya bilik guru seharusnya menyediakan kemudahan komputer dan internet sekurang-kurangnya 1:5 orang guru. kebanyakan guru terpaksa berjalan jauh ke makmal komputer yang terletak nun di penjuru sekolah untuk kemudahan itu. Bilik guru juga harus mempunyai banyak punca eletrik untuk memudahkan penggunaan ICT. Bukan 50 orang guru berebut satu. Jadi peranan gurulah untuk bangkitkan isu ini dalam mesyuarat. Memang semua ini melibatkan kewangan. "Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
|
|
|
Post by aziahpahramlikdd1 on Oct 22, 2011 23:31:21 GMT -5
guru besar adalah tunggak kepada sesuatu perkara di sekolah. kemudahan komputer perlu di sediakan dengan lengkap supaya guru boleh memaksimumkan penggunaannya dan beliau sebagai pemimpin juga perlu ambil tahu kekurangan supaya boleh buat penambahbaikan.
|
|
|
Post by aziahpahramlikdd1 on Oct 22, 2011 23:33:49 GMT -5
guru besar itu sendiri perlu mempunyai pengetahuan serba sedikit tentang ICT supaya ianya boleh menjadi contoh kepada guru-guru lain.guru besar yang prihatin amat diperlukan .Selain itu adakan in house training untuk ICT bagi membantu guru yang kurang kemahiran dalam ICT.
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Oct 23, 2011 1:16:15 GMT -5
Guru besar / pemimpin perlu menunjukkan minat untuk mempelajari bidang ICT terlebih dahulu barulah anak-anak buah bersemangat untuk menggunakan ICT di sekolah.
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Oct 23, 2011 1:20:05 GMT -5
aziah kdd1
memang betul kemudahan komputer yang lengkap dan up to date perlu disediakan supaya guru-guru dapat memaksimumkan penggunaannya.
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Oct 23, 2011 8:43:42 GMT -5
GB atau mana2 pentadbir perlu tunjuk contoh yang baik namun berapa ramai GB yang mengambil berat kepentingan ICT di sekolah? Pentadbir juga ada banyak kekangan dan kita kena percaya bahawa pentadbir ni kalau boleh semuanya nak lengkap di sekolah. Oleh itu ada yang meletakkan tanggungjawab ini kepada guru2. Apa-apapun semuanya jatuh' di atas batu jemala patik' atau lebih tepat guru-guru itu sendiri. Tanpa guru apa2 program yang melibatkan ICT takkan mungkin terlaksana. Pentadbir berperanan melengkapkan prasarana sekolah dan jika berkemampuan bolehlah bergabung dengan mana2 syarikat yang sudi menaja program2 yang berkaitan ICT.
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Oct 23, 2011 8:56:37 GMT -5
bajet adalah isu sensitif untuk mencapai tahap ICT yang mantap. Majoriti sekolah terutama luar bandar tidak dapat menikmati kemudahan ini secara optimum. Kadang2 sek yang dipinggir bandar pun tidak dapat kemudahan seperti yang diharapkan. PIBG harus main peranan untuk mencari dana2 bagi menambah kemudahan ICT. Sek2 besar mempunyai dana yang besar untuk memenuhi keperluan ICT di sekolah mereka. Sokongan guru-guru juga amat penting kerana tonggak PnP di sekolah adalah di atas usaha guru2 ini.
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Oct 23, 2011 10:48:57 GMT -5
Kepimpinan sekolah iaitu Guru Besar hendaklah memastikan kemudahan dan peralatan ICT yang mencukupi dan paling penting boleh digunakan. Dikebanyakan sekolah 1 komputer mewakili 5 orang murid. Ini yang membantutkan kesungguhan guru-guru menggunakan ict
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Oct 23, 2011 10:53:27 GMT -5
Guru Besar boleh memainkan peranan yang penting dengan melibatkan PIBG dalam usaha mendapat budget. yang lebih cepat. Seperti di sekolah Cina dimana mereka melantik seorang pengajar yang khusus untuk mengajar komputer dan ict.
|
|
|
Post by shamsidahkdd1 on Oct 23, 2011 11:11:06 GMT -5
salam... pada pendapat saya, kepimpinan ict disekolah tidak menjurus kepada pihak pentadbir atau pengurusan ict shj, tapi adalah peranan semua guru sebagai pengurus manusia. bukan sekadar pendidik shj, guru sering dijadikan role model oleh anak2 muda...guru perlu menjadi pemimpin yang baik termasuk dalam bidang ict, perlu sentiasa menyiapkan diri untuk menerima perubahan dan perkembangan ict setiap masa. :
|
|
|
Post by shamsidahkdd1 on Oct 23, 2011 11:24:01 GMT -5
pemimpin yang baik akan sentiasa mendengar dan peka dengan keperluan ahlinya & akan cuba sebaik mungkin memenuhi keperluan ini. Alhamdullillah, kepimpinan yang baik, pibg yang supportive memudahkan segala urusan berkaitan ict di sekolah saya. ;D
|
|