|
Post by mfikrinajibkdd2 on Oct 23, 2011 12:37:38 GMT -5
guru besar kencing berdiri...guru kencing berlari
|
|
|
Post by haslizahamidkdc1 on Oct 23, 2011 12:53:43 GMT -5
Salam, kepimpinan ICT bukanlah terletak di tangan pentadbir sahaja bahkan barisan guru juga perlu menyiapkan diri dengan ICT supaya tidak tertinggal dalam segala lapangan
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Oct 23, 2011 19:31:11 GMT -5
Sikap, kewangan, prasarana atau sokongan guru-guru memainkan peranan penting dalam menjayaka penggunaan ICT di sekolah dimana ianya saling berkait. Sikap pemimpin yang sentiasa mengambil tahu segala masalah yang timbul amat penting.Beliau hendaklah pandai mencari budget untuk memastikan kemudahan ICT yang mencukupi dan sentiasa diselenggarakan. Sokongan guru-guru pula amat perlu memastikan penggunaan ICT ini dapat dilaksanakan.Amat merugikan sekiranya setelah segala kemudahan disediakan tetapi tidak digunakan sepenuhnya.
|
|
|
Post by norshamnasirkdd1 on Oct 23, 2011 21:52:26 GMT -5
salam 1 malaysia... pada pendapat saya..,dalam hal ni semua pihak perlu bekerjasama dalam usaha untuk menjayakan program ICT..dipihak pentadbir mereka hendaklah mengoptimumkan prasarana ICT di sekolah dgn wujudkan suasana persekitaran ICT di sekolah spt memperbanyakkan bilangan komputer, memasang internet & wifi untuk kegunaan warga sekolah serta menyediakan kursus dan latihan ICT untuk cikgu2...dipihak cikgu2 pula hendaklah bersikap terbuka dan menerima ICT sebagai sebahagian dpd dunia pendidikan kini, hendaklah menyiapkan diri dengan ilmu berkaitan ICT dan bersedia untuk mengajar menggunakan kemudahan ICT..
|
|
|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Oct 24, 2011 7:29:10 GMT -5
Pihak sekolah perlulah merancang dan melaksanakan pengurusan secara berkomputer dengan baik.
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Oct 24, 2011 7:32:06 GMT -5
Sekolah yang ada elemen kepimpinan ICT adalah sekolah yang mewujudkan laman sesawangnya sendiri dan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Bagi tahap sekolah yang sekadar ada akses internet, memadailah boleh menjalankan pnp merentas kurikulum. walau di mana bumi dipijak di ceruk sekolah mana kita berada itulah tempat terbaik yang kita ada. Redha sahaja dengan prasarana yang sedia ada. Jika ada sedikit keikhlasan bolehlah menggunakan duit sendiri sekadar yang mampu untuk memberi pendedahan kepada anak bangsa.
|
|
|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Oct 24, 2011 7:32:30 GMT -5
Pihak pentadbir perlu memberi galakan dalam usaha meningkatkan penggunaan IT dengan menyediakan kemudahan IT yang secukupnya.
|
|
|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Oct 24, 2011 7:35:05 GMT -5
Maklumat - maklumat tentang IT yang terdapat di sekolah haruslah kerap kali disebarkan kepada kakitangan.
|
|
|
Post by anastasiakdd1 on Oct 24, 2011 8:35:31 GMT -5
bukan shj gb,pk kanan or guru tetapi pibg, ibu bapa, pemimpin setempat harus memainkan peranan serta memberi sokongan.sekolah tidak mampu bergerak sendiri tanpa bantuan masyarakat setempat
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 24, 2011 8:36:56 GMT -5
setuju sesangat dengan fatimah kdd1.. kadangkala maklumat tentang IT hanya berkisar pada pentadbir dan pemyelaras ICt sahaj..seolah-olah guru lain tidak memainkan peranan penting dalam melestarikan kepimpinan ICt di sekolah..
|
|
syafie_kdd2
Full Member
FAILURE is not an option...
Posts: 100
|
Post by syafie_kdd2 on Oct 24, 2011 9:28:36 GMT -5
ICT sudah tidak asing dengan guru-guru masa kini. Oleh itu, semua guru mampu menjadi pemudah cara sesama sendiri. Kepimpinan pula membawa maksud yang luas. Kepimpinan bukan hanya terletak pada jawatan yang menyebabkan kita hanya bertumpu kepada pemimpin atasan. Akan tetapi, kepimpinan patut dilihat secara "HOLISTIK". Guru yang tiada jawatan juga boleh memainkan peranannya dengan memimpin atau memandu anak didiknya dalam penggunaan ICT dalam menyiapkan tugasan sekolah. Apa pendapat yang lain?
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 24, 2011 9:34:36 GMT -5
Syafieekdd2... Guru yang tiada jawatan sekadar membantu sahaja... sebagai guru kita perlu berpandangan jauh..memandu anak murid menyiapkan tugasan dengan menggunakan ICT tiada masalah..tapi bagi segelintir keluarga yang berpendapatan rendah tiada kemudahan akses internet di rumah...tiada bilik akses dan kelengkalapn yang mencukupi ...kefahamana yang kurang dalam ICt ..bagaiman pula?
|
|
miehakdd2
Full Member
From Zero To Hero...
Posts: 101
|
Post by miehakdd2 on Oct 24, 2011 15:37:20 GMT -5
Oleh itu, amat penting sesebuah sekolah tersebut diperlengkapkan dengan kemudahan yang sewajarnya. Mungkin itulah matlamat kerajaan memberikan kemudahan seperti laptop satu malaysia. Tetapi seperti biasa, semuanya berbalik kepada nilai atau diri individu itu sendiri.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Oct 24, 2011 15:41:25 GMT -5
Guru besar sebagai pemimpin haruslah menunjukkan kepimpinan melalui tauladan. Beliau harus bersikap terbuka dan peka dengan deman ICT ni dan semestinya beliau menjadi pelopor kepada penggunaan ICT. Barulah guru-guru akan buka mata dan segan . Lebih lagi untuk Guru besar yang nak pencen.
|
|
miehakdd2
Full Member
From Zero To Hero...
Posts: 101
|
Post by miehakdd2 on Oct 24, 2011 15:48:17 GMT -5
Betul tu, kerana kebanyakan mereka "fobia" dan memberi alasan tempoh perkhidmatan yang akan tamat dan tidak perlu belajar atau menggunakannya. Natijahnya, guru lain pasti akan berada di zon selesa.
|
|