|
Post by lizahusmankdd1 on Oct 24, 2011 15:54:43 GMT -5
Kepmpinan ICT bukan sahaja di pertanggungjawab atas Guru besar tetapi perlu ada kerjasama dengan semua warga sekolah. Kepimpinan ICT juga bukan sahaja di dalam kelas tetapi jadikannya aktiviti di luar kelas. Bagaimana? Siapa? Di mana ? Itu bukan soalnya. Pelbagai cara...kempen, pertandingan,pameran......Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 24, 2011 20:01:50 GMT -5
setuju dengan pendapat liza husman..kadangkala bila ada pemantauan ICT di sekolah semua sibuk mencari guru penyelaras komputer la..juru teknik komputer la..pada hal semua adalah tanggungjawab guru juga..
|
|
|
Post by abdularifkdc2 on Oct 24, 2011 21:37:01 GMT -5
Salam.. Pemimpin yang baik dan berkesan mestilah peka terhadap sesuatu isu, dalam konteks ICT ,mereka mestilah memahami kehendak dan aspirasi semasa,peruntukan kewangan sekolah mestilah disalurkan dengan betul dan berhemat termasuklah penggunaa ICT di sekolah sebagai contoh program Zoom A,Pentadbir mestilah memantau secara berkala penggunaa program ini.Makmal komputer juga mestilah dimaksimakan penggunaannya dan memastikan semua murid dapat manafaat darinya.
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Oct 25, 2011 18:32:06 GMT -5
Saya sangat berharap yang pentadbir di semua sekolah menggalakkan guru2 dan murid2nya menggunakan ICT secara optimum. Galakan semata jika tidak disusuli dengan kelengkapan tidak memberi apa2 makna kepada dunia pendidikan negara. Program-program yang dirangka oleh mana-mana pihak jika dikenakan sedikit bayaran boleh dimanfaatkan untuk kegunaan disekolah. Asalkan ianya tidak bertentangan dengan acuan Malaysia, para pentadbir boleh pertimbangkan software yang baik untuk bajet tahun berikutnya.
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Oct 25, 2011 18:47:00 GMT -5
Semua guru adalah pemimpin. Sewajarnya semua guru kini mahir dalam bidang ICT. Kini markah peperiksaan murid (SAPS) telah diperkenalkan di seluruh negara di mana guru memasukkan markah murid secara online. Maka terjadilah permasalahan bagi guru yang tidak mahir ICT. Guru Besar sebagai pemimpin utama di sekolah seharusnya bertindak dengan bijak bagi mengatasi masalah tersebut.
|
|
Rosliza Bt Mohamadkdc1
Guest
|
Post by Rosliza Bt Mohamadkdc1 on Oct 25, 2011 18:49:02 GMT -5
Sebagaimana yang kita semua maklum, berjayanya sesebuah sekolah adalah bergantung kepada cara pengurusannya. Begitu juga dengan penggunaan ICT, adalah menjadi peranan Guru Besar dan barisan pentadbir yang lain serta sokongan daripada semua guru barulah ia dapat dijalankan dengan jayanya di sesebuah sekolah. Barisan pentadbir mestilah peka dengan keperluan guru dan sentiasa memberi sokongan kepada guru2 dalam menggunakan ICT semasa PnP di jalankan. Memang tidak dinafikan, penggunaan ICT di sekolah memerlukan modal yang besar, namun pihak pentadbir tidak boleh memandang sebelah mata. Jika tidak berkemampuan, pihak sekolah boleh bermula dengan modal yang sikit dahulu....
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Oct 25, 2011 23:30:21 GMT -5
Salam,setuju ngat dengan pendpt2 terdahulu:) Pemimpin harus tahu memainkan peranan yang penting, mereka perlu bersikap positif dalam apa jua situasi..jangan hanya menghitung hari untuk menikmati persaraan!..Kewangan bukan masalah utama kerana mereka harus bijak mengurus kerana semua keputusan di tangan mereka..sepatutnya mereka dipilih berdasarkan kredibiliti bukan senoriti!..Apa yang berlaku sekarang, mereka hanya tahu membacakan arahan pihak atasan tanpa tindakan selanjutnya yang biasanya para guru yang menyudahkannya...Sokongan para guru...pada pendapat saya tidaklah sukar untuk disatukan kerana mereka ini seperti juga anak didik kita yang mahukan GURU yang menarik perhatian mereka pada subjek yang diajar..sekiranya mereka TERTARIK pada guru tersebut maka cemerlanglah mereka!..setuju ngan sahabat yang mengatakan sekiranya GB kencing berdiri maka guru lebih pakar! berlari pun boleh!..
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Oct 25, 2011 23:33:25 GMT -5
Norhaliza kdd1..
memang betul selain pihak sekolah PIBG juga boleh memainkan peranan yang penting. Namun apa yang menyedihkan bagi sek kebangsaan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa amat kurang. Contohnya sekolah saya sendiri, masih ramai ibu bapa yang tidak menjelaskan yuran PIBG walaupun telah diingatkan banyak kali. Dan mereka bukanlah dari golongan yang berpendapatan rendah..
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Oct 25, 2011 23:46:31 GMT -5
Salam, saya pernah bertugas di sekolah bantuan modal (mission school) yang tdk mendpat peruntukan makmal komputer!.namun atas inisiatif para pentadbir dan guru, murid mendapat fasiliti ICT dengan baik!..guru-guru bukan sahaja TEACHER malah USTAZAH mahir dengan ICT dan B.Inggeris..dengan kerjasama sume pihak walaupun barisan pentadbir terdiri dari kalangan wanita SEMUANYA..sekolah tersebut sekarang diiktiraf sekolah SBT=Sekolah Berprestasi Tinggi!..Dapat saya rumus dan cuba kongsikan bahawa kepimpinan ICT di sekolah adalah tanggungjawab semua..sekiranya semua mengambil peranan masing-masing maka segala target kan tercapai..
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Oct 26, 2011 0:04:22 GMT -5
samsila kdc 2 saya setuju semua pihak perlu bekerjasama untuk memaksimumkan penggunaan ICt di sekolah. Ia bukan sahaja tangungjawab para pentadbir dan guru ICT malah semua warga sekolah. Tahniah kerana sekolah anda telah membuktikan bahawa dengan kerjasama dan kesepaduan yang tinggi segala permasalahan dapat diatasi .
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 26, 2011 2:49:32 GMT -5
Samsila kdc 2.. Tahniah ..mabruk..congratulation.. semangat yang sedemikianlah yang kita perlukan tidak kira walau dimanapun seseorang insan yang bergelar guru itu ditempatkan..
Niat kita cuma satu untuk mendidik anak bangsa menjunjung aspirasi negara..
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Oct 26, 2011 3:19:38 GMT -5
Memang betul ICT perlu dijadikan aktiviti di luar kelas .Sekolah saya pernah menganjurkan pertandingan murid yang kerap menggunakan komputer di sekolah . Saya dapati ia satu pertandingan yang menarik dan dapat menggalakkan murid-murid menggunakan ICT
|
|
|
Post by nursyarinashuibkdd1 on Oct 26, 2011 5:24:58 GMT -5
salam...tertarik dengan post arifah kdd1...melalui pertandingan2 begitu murid2 akan lebih meminati ICT..ICT tidak hanya terhad di dalam P&P sahaja..
|
|
|
Post by rosliezakdd1 on Oct 26, 2011 6:14:27 GMT -5
Salam... Kepimpinan ICT di sekolah menuntut usaha daripada pelbagai pihak. Warga sekolah sebagai domain stakeholder-pentadbir, guru-guru, murid,PIBG dan komuniti sekolah harus tahu peranan masing-masing untuk mewujudkan kepimpinan. Disamping itu juga sumber kewangan adalah sangat penting bagi memastikan prasarana mencukupi dan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik.
|
|
|
Post by rosliezakdd1 on Oct 26, 2011 6:17:11 GMT -5
Guru-guru juga perlu sentiasa up to date dengan pengetahuan ICT lebih2 lagi berhadapan dengan murid yang kadangkalanya lebih ADVANCE daripada kita... Gelodakan ICT semakin mencabar kewibawaan guru sebagai penyampai ilmu!
|
|