|
Post by modinkdc3 on Oct 30, 2011 22:45:05 GMT -5
Kebijaksanaan dlm mentadbir sesebuah sekolah menjadikan ia terus maju mencapai wawasan dlm pendidikan negara.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 31, 2011 2:02:39 GMT -5
Guru besar hendaklah sentiasa memastikan semua komputer dalam keadaan baik dan sentiasa 'terkini', mesra pengguna,memberi kemudahan yang lengkap kepada warga sekolah dan bertepatan dengan kehendak pengguna.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Oct 31, 2011 4:32:56 GMT -5
Kesian Guru Besar terlalu banyak koje dia sampai komputer pun kena jaga.... Haruslah ada kerjasama semua pihak: murid-guru-pentadbir-pegawai atasan barulah kepimpinan boleh dianggap berjaya..pemimpin yang baik seharusnya bijaknmengandalikan pimpinannya..seumpama kita sekarang yang masih mengamalkan sunnah2 Rasulullah..
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Oct 31, 2011 5:31:01 GMT -5
saya bersetuju dengan samsilakdc2....seharusnya semua pihak pun kena main peranan...janganlah hanya mengharapkan seorang dua je yang buat kerja alamatnya tidak tercapailah seperti yang kita harapkan...
|
|
|
Post by roslizamohamadkdc1 on Oct 31, 2011 7:55:28 GMT -5
Sebagaimana yang kita semua maklum, berjayanya sesebuah sekolah adalah bergantung kepada cara pengurusannya. Begitu juga dengan penggunaan ICT, adalah menjadi peranan Guru Besar dan barisan pentadbir yang lain serta sokongan daripada semua guru barulah ia dapat dijalankan dengan jayanya di sesebuah sekolah. Barisan pentadbir mestilah peka dengan keperluan guru dan sentiasa memberi sokongan kepada guru2 dalam menggunakan ICT semasa PnP di jalankan. Memang tidak dinafikan, penggunaan ICT di sekolah memerlukan modal yang besar, namun pihak pentadbir tidak boleh memandang sebelah mata. Jika tidak berkemampuan, pihak sekolah boleh bermula dengan modal yang sikit dahulu....
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Oct 31, 2011 8:14:06 GMT -5
ICT penting..kepimpinannya juga penting.. Setiap individu di sekolah sebenarnya perlu memainkan peranan sbg pemimpin... barulah wujudnya sekolah yg cemerlang, gemilang dan terbilang dlm erti kata sebenar...
Bukan hanya m'harapkan org lain..t'tamanya Guru Besar sbb kdg2 nk jmpa dia pn susah. Inikan pula nk m'harapkan dia utk jaga segala2nya...tp sbg Guru Besar smmgnya dia harus sentiasa memantau...
Untuk menjadikan sekolah yg berjaya dlm ICT..semua yg disebutkan di atas perlu ada. Baik prasarana..sikap..sokongan mahupun kewangan yg mana m'jadi titik tolak utk semua perkara. Jika Guru Besar saja yg mainkan peranan ttp guru2nya hanya " i follow" saja xkn kemana2..
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Oct 31, 2011 9:10:42 GMT -5
salam saya setuju. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk menjayakan sesuatu perkara. Tanpa team work pasti tidak akan berjaya.
|
|
|
Post by norainkdc2 on Oct 31, 2011 11:23:57 GMT -5
memang betul semua GB dan Pengetua sekolah perlu memulakan langkah pertama dalam menggerakkan minat guru2 dengan ICT ini. Ada pepatah mengatakan...kepimpinan melalui teladan,kan? Guru-guru juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberi contoh kepada para pelajar mereka pula...haih, tak habislah kesinambungannya....hehehe...
|
|
|
Post by anastasiakdd1 on Oct 31, 2011 11:33:20 GMT -5
guru2 yg mahir it bole memberi pandangan kpd pentadbir bg memastikan ict di sekolah digunakan sebaik mungkin
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Oct 31, 2011 12:22:37 GMT -5
emmm...betul tu...jika seorg guru ict mempunyai pengetahuan dan pengalaman yg luas serta dpt pula dikongsi2...pasti akan dpt membuahkan hasil yg lebih mantap...
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Oct 31, 2011 18:29:17 GMT -5
KeKEPIMPINAN MELALUI TAULADAN...kadang-kadang pihak atasan di sekolah pun tak guna ICT dalam PnP mereka, alasannya:- dah tuo, nak pencen tak lamo laie, tak payah lah guno ICT nie...hehehe.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 31, 2011 20:37:40 GMT -5
Pentadbir di sekolah juga boleh membuat perancangan berdasarkan pengalaman - pengalaman sekolah - sekolah lain yang telah berjaya mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan dan menyediakan garis panduan yang berguna untuk dicontohi oleh warga sekolah .
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 31, 2011 20:46:57 GMT -5
Guru Besar juga boleh menubuhkan Skuad Perancang untuk memulakan tugas dengan membina asas pengetahuan dalam proses P&P. Skuad ini juga hendaklah mengkaji dan menyelidik- Apakah kemahiran yang murid perlukan untuk berjaya? - Bagaimana teknologi boleh digunakan untuk meningkat kan tahap pendidikan..
|
|
|
Post by sitimashitahkdc4 on Oct 31, 2011 21:28:19 GMT -5
Mungkin ada sekolah yang "terang hati " dan berdaya saing sahaja akan cuba sedaya upaya merialisasikan ICT dalam p&p....Kalau pihak pentadbir pun sekadar memandang mudah dan remeh sampai bila pun tiada pelaksanaannya....tapi pendapat saya....kalau ada wujud pertandingan sekolah yang banyak menggunakan ICT dalam p&p pasti guru-guru besar akan mengarahkan semua guru di sekolah itu gunakannya...betul tak??
|
|
|
Post by sitimashitahkdc4 on Oct 31, 2011 21:34:20 GMT -5
semenjak saya berpindah ke Semenanjung hampir 5 tahun, khususnya sekolah saya sekarang di Putrajaya....rasanya setiap tahun saya akan terlibat dengan soal selidik penggredan sekolah bestari. soalan semua simple2....dan tersedia markah yg perlu kita bulatkan..sejauh mana anda tahu ICT?sekerap mana anda gunakan bahan internet untuk melakukan p&p anda dan sebagainya...mengikut guru ICT sekolah saya...anda tahu macam mana nak bukak komputer pun sudah dapat 1 markah..apatah lagi jika kita berjaya menggunakannya.
|
|