|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Nov 15, 2011 22:33:54 GMT -5
perkara yang mungkin @ wajib ada dalam e-pembelajaran ialah emel dan laman portal yang tersendiri.
|
|
|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Nov 15, 2011 22:43:59 GMT -5
sekurang-kurangnya setiap orang perlu mempunyai satu akaun emel untuk berkomunikasi secara maya.akaun emel boleh didapati secara percuma melalui google,yahoo,hotmail,macintosh dan lain-lain.penggunaan emel atau group mail boleh membenarkan pengedaran bahan pengajaran dan komunikasi dari guru/pensyarah secara terus kepada ramai murid.
|
|
|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Nov 15, 2011 22:52:38 GMT -5
pelbagai jenis laman sesawang dan portal tercipta bagi menampung keperluan e-pembelajaran.pembangun sistem dan pentadbir pelayan(server administrator) diperlukan dalam membantu pelaksanaan e-pembelajaran.kesemuanya memerlukan yuran langganan atau lesen tahunan serta kos selenggaraan sistem pelayan yang sangat tinggi.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 15, 2011 22:54:21 GMT -5
Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan, guru-murid / penuntut-pensyarah tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium.. Sungguhpun demikian, pengaplikasian e-pembelajaran tidak bermaksud proses pembelajaran akan menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang disampaikan. Sebaliknya, e-pembelajaran merangkum suatu program yang mapan, bukan saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika diukur dari aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan..
|
|
|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Nov 15, 2011 23:09:58 GMT -5
e-pembelajaran tidak hanya bertumpu kepada penggunaan pc sahaja.sesuai dengan perkembangan arus moden dan berteknologi tinggi banyak peralatan yang boleh dipakai seperti iPad,samsung galaxy tab,hp touchpad,htc flyer.optimus pad dan motorola xoom.terdapat juga telefon pintar(smart phone) iaitu blackberry dan lain-lain.
|
|
|
Post by anitasaridinkdc1 on Nov 15, 2011 23:32:21 GMT -5
contoh e-pembelajaran di Usim,MyLMS,Goals,E Wadi, utk kemudahan pelajar
|
|
|
Post by rozitasamatkdc5 on Nov 15, 2011 23:42:16 GMT -5
e-pembelajaranlah yang memudahkan kita belajar tanpa guru.tetapi hanya mengikut panduan yang ditentukan bagi melaksanakannya.
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Nov 16, 2011 0:20:59 GMT -5
E-pembelajaran yang baik adalah yang sentiasa di update, yang mudah untuk dilayari,boleh
melibatkan semua komuniti sesuatu kelas dan mesra pelajar
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Nov 16, 2011 0:21:48 GMT -5
dengan adanya e-pembelajaran kita boleh lakukan aktiviti pembelajaran samada
perbincangan,berforum,mengulangkaji pelajaran,memberi pendapat dan sebagainya
di mana-mana.Samada di rumah,di taman,di restoren dan sebgainya...
|
|
|
Post by nikzaitonkdc4 on Nov 16, 2011 0:25:30 GMT -5
saya bersetuju.e-pembelajaran hanya di hujung jari sahaja.Tak perlu menghadiri kuliah dan bersemuka dengan pensyarah.
|
|
|
Post by sharipahnorakdc5 on Nov 16, 2011 0:33:03 GMT -5
E pembelajaran- cth:video pembelajaran secara online..interaksi antara pelajar dengan tenaga pengajar secara langsung.. skype, yahoo masenger pun contoh e pembelajaran.. cuma masa kini medium ini belum digunakan secara meluas institusi pendidikan
|
|
|
Post by nikisnorizakdc4 on Nov 16, 2011 0:41:06 GMT -5
Penggunaan perisian Moodle (singkatan bagi Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment) juga berkesan bagi e-pembelajaran. Moodle adalah perisian pecuma bagi tujuan e-pembelajaran yang mana dikenali juga sebagai CMS (Course Management System), LMS (Learning Management System), atau VLE (Virtual Learning Environment). Setakat bulan Oktober 2010, terdapat 49,952 pengguna berdaftar yang telah dikenalpasti, yang telah menghubungkan 37 million pengguna dalam 3.7 million kursus/subjek.
|
|
|
Post by nikzihankdc4 on Nov 16, 2011 1:29:45 GMT -5
E-pembelajaran ini amat bagus diaplikasikan kepada murid-murid tahun 6 di sekolah rendah, nanti ibubapa pun yang nak sambung study di IPTA boleh belajar sama-sama dengan anak2 betul takkk?
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 16, 2011 1:34:50 GMT -5
nikzihankdc4
Betullll, sokong 100% bagi cikgu2 yang buta it atau kurang mahir. Belajar ilmu itu amat penting, jangan nak kira malu kalau tak tau bertanya & belajar saja dari anak-anakpun lebih berkat dan mengeratkan hubungan anak dengan ibu bapa x begitu ke nik?
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 16, 2011 1:37:41 GMT -5
Keihklasan dan kesabaran amat dituntut dalam ilmu e-pembelajaran ini so teruskan semangat dan iltizam dalam menguasai capaian e-pembelajaran ini barulah jadi ilmu yang berkat lagi disegani.
|
|