|
Post by ADMIN TMSR on Nov 14, 2011 9:18:17 GMT -5
E-pembelajaran mungkin sekarang merupakan kaedah terpenting dalam P&P di IPT. Sebagai pelajar universiti (sama ada sepenuh masa atau separuh masa), apakah yang mungkin yang perlu ada dalam e-pembelajaran? Misalnya, nota secara digital bagi mengatasi masalah fotostat bahan dsb. Secara kreatif dan berinovasi apakah yang perlu ada dalam e-pembelajaran masa kini & masa hadapan? Nyatakan ciri-ciri e-pembelajaran yang paling kreatif dan inovasi.
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Nov 14, 2011 10:11:39 GMT -5
Sebagai pelajar universiti seperuh masa e-pembelajaran sangat penting bagi mempermudahkan urusan yang berkaitan dengan pembelajaran bagi mengatasi kekangan masa, berkongsi maklumat dan ilmu..
banyak perkara yang perlu ada dalam e-pembelajaran bagi memastikan keberkesanannya di masa hadapan seperti : nota digital bahan sokongan pembelajaran contoh soalan ruanagn sembang bagi bertukar maklumat
|
|
|
Post by nikisnorizakdc4 on Nov 14, 2011 10:12:48 GMT -5
e-pembelajaran boleh digunakan untuk mengatasi masalah dalam PnP dan meningkatkan prestasi pengajaran.
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Nov 14, 2011 10:15:14 GMT -5
e- pembelajaran adalahsalah satu dari kaedah pembelajaran dan pengajaran yang mengaplikasikan ICT sebagai medium utama dalam penyebaran ilmu dalam zaman sains dan teknologi kini..
|
|
|
Post by nikisnorizakdc4 on Nov 14, 2011 10:17:33 GMT -5
Mungkin juga boleh sediakan video on demand untuk sesuatu topik E-pembelajaran mungkin sekarang merupakan kaedah terpenting dalam P&P di IPT. Sebagai pelajar universiti (sama ada sepenuh masa atau separuh masa), apakah yang mungkin yang perlu ada dalam e-pembelajaran? Misalnya, nota secara digital bagi mengatasi masalah fotostat bahan dsb. Secara kreatif dan berinovasi apakah yang perlu ada dalam e-pembelajaran masa kini & masa hadapan?
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 14, 2011 10:28:14 GMT -5
Samada bagi pelajar sepenuh masa mahupun separuh masa, E-pembelajaran sebaiknya haruslah berorientasikan pengetahuan yang bermanfaat kepada pelajar serta boleh menambahkan kemahiran dalam penggunaan internet. Mungkin sekadar nota sahaja tidak mencukupi bahkan sebaiknya ditambah dengan aktiviti seperti forum yang membincangkan topik terkini berkaitan subjek yang dipelajari, kuiz, ujian online serta menyebarkan info-info yang bermanfaat. Namun sebaiknya program E-pembelajaran ini tidak menyusahkan pelajar seperti sukar untuk log in, malah ada di antara program seumpamanya yang tidak dapat dibuka kerana terlalu banyak prosedurnya.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 14, 2011 10:46:19 GMT -5
Ciri-ciri E-pembelajaran yang paling kreatif dan berinovasi: 1. mudah digunakan 2. fleksibel tak kira masa dan tempat 3. menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit 4. objektif pembelajaran mudah tercapai melaluinya 5. tidak terikat dengan sekular-sekular tertentu 6. menjimatkan tenaga elektrik 7. laman sesawangnya sentiasa mudah dicapai 8. sentiasa memberi manfaat bila memerlukan maklumat/info pembelajaran 9. PnP secara video 10. pemantauan secara berkala
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 14, 2011 11:08:06 GMT -5
Definisi Pembelajaran elektronik (E-pembelajaran) ialah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan infostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan pelaksanaan pembelajaran kolaboratif (collaborative learning). E-pembelajaran boleh diaplikasikan dalam pelaksanaan kursus atau program secara jarak jauh dan juga untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bersemuka (face-to-face teaching and learning) bagi kursus atau program yang dilaksanakan secara konvensional.
|
|
|
Post by nikisnorizakdc4 on Nov 14, 2011 11:22:55 GMT -5
E-pembelajaran ialah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan infostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan pelaksanaan pembelajaran kolaboratif (collaborative learning). E-pembelajaran boleh diaplikasikan dalam pelaksanaan kursus atau program secara jarak jauh dan juga untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bersemuka (face-to-face teaching and learning) bagi kursus atau program yang dilaksanakan secara konvensional.
|
|
|
Post by mariyatialikdc1 on Nov 14, 2011 13:24:06 GMT -5
Assalamualaikum. e- pembelajaran merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara terarah pengajar (pendekatan sistem) atau terarah pelajar. E-pembelajaran juga merupakan satu pendekatan pembelajaran yang merupakan satu pendekatan pembelajaran yang menggunakan media digital dan rangkaian komputer untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan terutama menggunakan internet. Jamaludin (2000) pula mendefinisikan e-pembelajaran sebagai suatu pendekatan pembelajaran yang mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui internet, khususnya web atau cakera keras, CD- ROM ataupun melalui sistem jaringan organisasi. E-pembelajaran bukan sekadar penggunaan Power Point untuk pengajaran dan pembelajaran, tetapi merupakan suatu pendekatan di mana interaksi pelajar dengan sistem serta pengajar diberi tumpuan.
|
|
|
Post by mariyatialikdc1 on Nov 14, 2011 13:37:49 GMT -5
Assalamualaikum.E-pembelajaran adalah berpusatkan pelajar di mana pelajar perlu berdikari pada masa-masa tertentu. Suasana pembelajaran e-pembelajaran memaksa pelajar untuk memainkan peranan yang lebih dan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif. Pelajar perlu membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat berkenaan isi pelajaran dengan daya usaha serta inisiatif sendiri. Sistem e-pembelajaran membolehkan pelajar belajar secara kendiri dengan cekap dan efektif. Pelajar berupaya untuk menentukan waktu pembelajaran, objektif yang ingin dicapai dan maklumat yang diperlukan mengikut kehendak sendiri. Selain itu, sistem ini juga membolehkan pelajar mempelajari topik yang sukar mengikut aras keupayaan mereka sehinggalah mereka benar-benar menguasai pengetahuan tersebut. ;D
|
|
|
Post by ruzimahmjaidkdc5 on Nov 14, 2011 14:39:57 GMT -5
E-pembelajaran yang paling kreatif dan berinovasi mempunyai ciri-ciri; mudah dicapai, interaktif, 'user friendly', praktikal, multifngsi dan sentiasa dikemaskini admin.
|
|
|
Post by idarsujanakdd2 on Nov 14, 2011 19:07:47 GMT -5
salam...pendapat saya...kelebihan e-pembelajaran kita tak perlu lagi berinteraksi secara empat mata....hanya guna komputer dan internet sebagai medium.
Pada masa yang sama, ia juga turut menyediakan kemudahan kepada kita untuk mengubahsuai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran mereka.senang dan fleksibel...
|
|
|
Post by idarsujanakdd2 on Nov 14, 2011 19:13:22 GMT -5
Pada masa yang sama, kita dapat menjimatkan masa dalam proses pengukuhan fakta perbincangan melalui carian maklumat di Internet tanpa perlu meninggalkan sesi perbincangan dalam talian. mudah...
|
|
|
Post by idarsujanakdd2 on Nov 14, 2011 19:14:15 GMT -5
aspek penting dalam e-pembelajaran, terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan komputer (sistem server, sistem rangkaian dan komputer pengguna), perisian serta aplikasi e-pembelajaran dan pelbagai kategori pengguna (pengajar, pelajar, pereka bentuk pengajaran, pembangun kandungan dan staf teknikal).
|
|