|
Post by nursyarinashuibkdd1 on Nov 15, 2011 7:27:46 GMT -5
e-pembelajaran yg efektif perlulah user-friendly...mudah digunakan..ia juga perlu sentiasa di update kan, serta mengandungi segala nota yg dperlukan...
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 15, 2011 8:25:43 GMT -5
Dengan cara berforum ini juga kita telah mengaplikasikan salah satu cabang e-pembelajaran
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 15, 2011 8:33:54 GMT -5
Setuju dengan ciri -ciri yang dinyatakan oleh fatimah kdc4 e-pembelajaran mestilah yang mesra pengguna agar ia memudah pelajar. Menjimatkan masa dan tenaga seseorang pelajar.
|
|
|
Post by Nor Hayati KDC2 on Nov 15, 2011 8:35:54 GMT -5
Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium. Sungguhpun demikian, pengaplikasian e-pembelajaran tidak bermaksud proses pembelajaran akan menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang disampaikan. Sebaliknya, e-pembelajaran merangkum suatu program yang mapan, bukan saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 15, 2011 8:42:34 GMT -5
e-pembelajaran yang baik adalah tiada kos yang dikenakan terhadap penggunaan. Ia boleh dilayari oleh sesiapa sahaja.Lagi baik tanpa ada sekatan. Ini membolehkan setiap pusat pengajian bertukar-tukar maklumat dan pandangan. Contohnya forum yang boleh disertai oleh universiti yang berlainan tetapi masih di bawah tajuk yang sama. Tidak terhad kepada universit itu sahaja.
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 15, 2011 8:46:43 GMT -5
Setiap e-pembelajaran harus mempunyai identitinya tersendiri mengikut ipt masing-masing dan ciri-cirinya biarlah semua student dan lecturer dapat aplikasinya dengan mudah,senang dilayari, beloh digunakan dalam pelbagai peralatan mudah alih, dll
|
|
|
Post by anitasaridinkdc1 on Nov 15, 2011 9:53:55 GMT -5
e-pembelajaran boleh meningkatkan kualiti P&P melalui capaian kepada bahan pembelajaran di Internet dan Internet secara lebih terbimbing dan sistematik.Murid boleh menggunakan Web 2.0 dan Web 3.0 sebagai penyumbang kepada kandungan pelajaran dan guru sebagai fasilitator.Jadi pembelajaran berfokuskan murid juga dapat dilaksanakan dgn lebih sistematik dengan bantuan e-pembelajaran....yang penting guru ada ilmu pasal ICT
|
|
|
Post by anitasaridinkdc1 on Nov 15, 2011 10:25:12 GMT -5
E-pembelajaran ...tidak lagi tertumpu kepada penggunaan PC dlam makmal komputer,tapi blh dilaksanakan dimana2 tempat yg terdapat jalur lebar dan Internet.Sekarang kan dah ada TABLET spt iPad,Samsung Galaxy .HTC Flyer dan lain2..sebagai student u yg mempunyai kemudahan tersebut manfaatkanla koleksi canggih anda tu..
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 15, 2011 10:41:53 GMT -5
e-pembelajaran ada kebaikan dan juga kelemahannya. Kebaikannya banyak, namun tak kurang juga keburukannya. Sekiranya e-pembelajaran hanya dari rumah tanpa perlu bersemuka dengan pensyarah, mungkin boleh berlaku penipuan. Contohnya, ada pelajar yang rajin dan aktif secara 'maya' sahaja namun sebaliknya tidak berusaha bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan yang diberi. Kemungkinan untuk berlaku penipuan pun ada kerana pensyarah bukan tahu pun empunya diri yang membuat tugasan atau tidak, mana tahu wakilnya sahaja yang melayari internet tersebut,kan?
|
|
|
Post by wandianakdc4 on Nov 15, 2011 11:22:30 GMT -5
E-pembelajaran adalah satu pembelajatran berasaskan ICT dan kendiri. Pembelajaran secara ini dapat menjimatkan masa, memudahkan interaksi antara tenaga pengajar dan pelajar, pelajar sesama pelajar dan juga secara berkumpulan. Segala input seperti nota, tugasan,solan kuiz dilaksanakan dalam sistem ni..
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Nov 15, 2011 15:52:42 GMT -5
E-pembelajaran selain dari bersifat friendly user, ia juga hendaklah mampu di akses dimana-mana sahaja tanpa mengira masa, waktu dan tempat. Jangan pula bila pengguna ramai di talian..`sistem tergendala sebantar..sila cuba lagi sebentar lagi.....`
|
|
|
Post by zainonkdc3 on Nov 15, 2011 19:52:41 GMT -5
E-pembelajaran yg kreatif dan inovatif mempunyai ciri-ciri yg berjaya menarik minat dan memberi kesan kepada penggunanya. Disamping memudahkan pengguna yg menggunakannya.
|
|
|
Post by rozitasamatkdc5 on Nov 15, 2011 20:10:23 GMT -5
e pembelajaran satu sistem yang bukan baru dizaman ini.namun masih ramai.guru masih tidak tahu mengakses e pembelajaran...ini kerana kurang masa terluang n kurang kemahiran.
|
|
|
Post by noorasiahkdc4 on Nov 15, 2011 20:44:14 GMT -5
akum.. ni pun dok tengah e pembelajaran.. kena pandai dan celik mata terhadap ICT. Kalau tidak kita yidak akan dapat mengikuti p& p dengan berkesan.. Tapi yang paling penting kita mesti belajar menceburi bidang yang baru.
|
|
|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Nov 15, 2011 22:22:48 GMT -5
assalamualaikum,bercakap mengenai e-pembelajaran ramai yang tahu menyebutnya tetapi tidak ramai yang tahu menghayati maksud sebenarnya.secara ringkasnya e-pembelajaran dilaksanakan supaya dapat meningkatkan kualiti p&p melalui capaian kepada bahan pembelajaran di internet dan intranet secara lebih sistematik dan terbimbing.
|
|