|
Post by idarsujanakdd2 on Nov 14, 2011 19:30:44 GMT -5
e-pembelajaran yang kreatif.....agaknya pembelajaran yang user friendly..ada emosi...hehehe...boleh kot...
|
|
|
Post by rozitasamatkdc5 on Nov 14, 2011 19:47:25 GMT -5
e-pembelajaran ni adalah proses pembelajaran kendiri.Dimana ia nya mudah dan menyeronokkan.Ia boleh dilakukan dimana sahaja yang ada talian internet.
|
|
|
Post by nikisnorizakdc4 on Nov 14, 2011 20:01:27 GMT -5
Pengajaran boleh juga dilakukan secara sidang video / online video streaming....
|
|
|
Post by rozitasamatkdc5 on Nov 14, 2011 20:22:33 GMT -5
BEGITULAH MUDAHNYA SISTEM PEMBELAJARAN DIZAMAN SEKARANG...HANYA PERLU KEMAHIRAN DALAM MELAKSANAKANNYA...Apa saja boleh dilakukan jika keinginan untuk belajar itu ada.maka e-pembelajaran ini membantu kemudahan pembelajaran dirumah.
|
|
|
Post by zainonkdc3 on Nov 14, 2011 20:54:47 GMT -5
Ciri e-pembelajaran yg berinovasi dan kreatif ialah: 1. Ia ada informasi dan maklumat terkini 2. Ia menyatakan objektif pembelajaran yang jelas 3. Ada integrasi antara isi baru dengan isi pelajaran yg lepas 4. Pelajar boleh dapat kefahaman mereka melalui latihan dalam talian. 5. Ada maklum balas terhadap penilaian dilakukan.
|
|
|
Post by aznitaKDD2 on Nov 14, 2011 21:14:27 GMT -5
pembelajaran kreatif boleh menggalakkan minat murid dalam bidang IT
|
|
|
Post by yusrankdc3 on Nov 14, 2011 23:16:11 GMT -5
Salam assalamualaikum, salam ict n salam e-pembelajaran..dunia ict dan dunia pembelajaran mjd smakin mudah,pantas dan bkesan dgn adanya e-pembelajaran.sgala maklumat dpt dicapai dgn mudah dan pantas,ini memudahkn para pendidik merealisasikn FPK dgn lbh mantap..
|
|
|
Post by norlizabokharikdc1 on Nov 14, 2011 23:32:05 GMT -5
Salam,saya bersetuju dengan sistem e-pembelajaran di gunakan, ia akan memudahkan guru untuk mencari nota secara digital dan menjimatkan masa. dan dapat memudahkan urusan yang berkaitan dengan pembelajaran yang berkongsi maklumaty dan menambah ilmu pengetahuan tentang e-pembelajaran. Tq
|
|
|
Post by mrazalikdc3 on Nov 14, 2011 23:48:32 GMT -5
pembelajaran lebih berkesan dengan ict
|
|
|
Post by norlizabokharikdc1 on Nov 14, 2011 23:56:30 GMT -5
Salam,
Kebaikan pembelajara melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan, guru dan murid tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium.T
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 15, 2011 4:20:59 GMT -5
e-pembelajaran bermaksud belajar dengan menggunakan teknologi IT.Bagi saya perkara yang penting yang perlu ada dalam e-pembeajaran ialah nota ,serta perbincangan secara aktif antara tenaga pengajar dan pelajar secara PJJ.Segala maklumat yang diperlukan semestinya mudah dan tidak menyukarkan .....
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 15, 2011 4:24:09 GMT -5
Pembelajaran tanpa perlu kekuliah...segala nota dan maklumat tenaga pengajar disalurkan melalui saluran yang digunakan.Segala perbincangan dan permasalah pelajar disalurkan terus kepada tenaga pengajar melalui medium yang disediakan.
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 15, 2011 4:26:40 GMT -5
Walau secanggih manapun medium yang digunakan dalam e-pembelajaran ini, pelajar masih lagi perlu belajar face to face dengan tenaga pengajar,walaupun tidak sekerap yang biasa.
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 15, 2011 4:32:19 GMT -5
Pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) ialah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan infostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan pelaksanaan pembelajaran kolaboratif (collaborative learning). E-pembelajaran boleh diaplikasikan dalam pelaksanaan kursus atau program secara jarak jauh dan juga untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bersemuka (face-to-face teaching and learning) bagi kursus atau program yang dilaksanakan secara konvensional.
Dimensi pembelajaran secara kolaboratif melalui perbincangan atau interaksi secara bersemuka dapat dilanjutkan dan diperluaskan lagi secara dalam talian segerak (synchronous) atau tidak segerak dalam pendekatan pembelajaran campuran ini. Melalui pendekatan ini juga, pelajar mempunyai masa pembelajaran yang lebih anjal untuk berinteraksi sesama mereka atau dengan pensyarah. Pada masa yang sama, pelajar dapat menjimatkan masa dalam proses pengukuhan fakta perbincangan melalui carian maklumat di Internet tanpa perlu meninggalkan sesi perbincangan dalam talian. Infostruktur ICT dalam aspek e-pembelajaran, terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan komputer (sistem server, sistem rangkaian dan komputer pengguna), perisian serta aplikasi e-pembelajaran dan pelbagai kategori pengguna (pengajar, pelajar, pereka bentuk pengajaran, pembangun kandungan dan staf teknikal).
Pelaksanaan konsep e-pembelajaran tidak mengetepikan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Konsep ini dilaksanakan dengan objektif untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran melalui capaian kepada bahan pembelajaran di internet dan intranet secara lebih terbimbing dan sistematik. Selain itu, kaedah perbincangan atau interaksi secara dalam talian dapat diwujudkan melalui pelaksanaan konsep e-pembelajaran ini. Aktiviti pembelajaran berasaskan interaksi dalam talian di antara pelajar dan pensyarah atau pelajar dengan pelajar ini adalah sebagai alternatif kepada interaksi bersemuka dalam dewan kuliah atau bilik tutorial. Interaksi dalam talian yang dilakukan secara segerak atau tidak segerak dengan pensyarah sebagai pemudah cara, memberi peluang kepada pelajar melaksanakan kaedah pembelajaran secara kolaboratif, mengikut kesesuaian masa pembelajaran masing-masing.
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 15, 2011 4:45:32 GMT -5
Ciri-Ciri e-Learning yang perlu ada ialah:- - Maklumat matapelajaran - Nota kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat - Kemudahan komunikasi - Forum, papan buletin, - email, toturial dalam talian - (on-line tutorial) dan juga - meja bantuan (help desk).
|
|