|
Post by nursyarinashuibkdd1 on Nov 16, 2011 1:59:52 GMT -5
E-pembelajaran selain dari bersifat friendly user, ia juga hendaklah mampu di akses dimana-mana sahaja tanpa mengira masa, waktu dan tempat. Jangan pula bila pengguna ramai di talian..`sistem tergendala sebantar..sila cuba lagi sebentar lagi.....` setuju...selalunya disebabkan masalah2 teknikal mcm ni la ramai user yg bengang dan rasa malas nak menggunakannya...tambah2 lg bila dah dekat dgn deadline...
|
|
|
Post by nikzaitonkdc4 on Nov 16, 2011 2:54:00 GMT -5
Tidak dapat dinafikan kepentingan e-pelajaran dalam p&p masa kini.Adakala ianya tidak dapat diaplikasikan kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan
|
|
|
Post by nikzaitonkdc4 on Nov 16, 2011 3:02:09 GMT -5
Dalam penggunaan E-pembejaran bagi pengguna-pengguna di kawasan bandar ianya adalah sesuatu yang menyeronokkan dan mudah diperolehi.Bagaimana pula bagi pengguna-pengguna di kawasan luar bandar?mungkin ianya tidak semudah pengguna-pengguna di bandar.
|
|
|
Post by nikzaitonkdc4 on Nov 16, 2011 3:15:26 GMT -5
Sememangnya e-pelajaran adalah sistem pembelajaran yang tidak memerlukan guru dan murid berinteraksi secara empat mata.Tetapi adakah semua murid boleh belajar tanpa berinteraksi secara empat mata dengan guru.Pada pendapat saya ada murid yang boleh belajar tanpa berinteraksi secara empat mata dengan guru tetapi ada yang tidak boleh belajar tanpa berinteraksi secara empat mata dengan guru.
|
|
|
Post by nikzaitonkdc4 on Nov 16, 2011 3:21:19 GMT -5
Walau bagaimanapun e-pelajaran dicipta untuk kemudahan semua pihak dan bersesuaian dengan kehidupan masa kini.Terpulanglah kepada kita untuk menggunakannya atau tidak.Tetapi sekiranya e-pelajaran ini dapat diaplikasikan tanpa masalah,ianya lebih bijak sekiranya kita memilih untuk menggunakannya.
|
|
|
Post by rozitasamatkdc5 on Nov 16, 2011 3:44:21 GMT -5
Apa sebenarnya e-pembelajaran?adakah semuanya melalui internet atau bagaimana?
|
|
|
Post by zulaikhakdc3 on Nov 16, 2011 4:05:38 GMT -5
Sebagai seorang pelajar universiti separuh masa, e-pembelajaran yang berada di hujung jari ini sangat2 diraikan dan diperlukan.Jika saya diberi pilihan, saya sangat suka jika e-pembelajaran ini: 1. Mesra pengguna, senang untuk digunakan tanpa perlu prosedur yang rumit. 2. Murah...(kalau free lg bagus... ) 3. Boleh disimpan dlm fail/ folder pengguna. 4. Info atau maklumat yg dibekalkan adalah terkini. 5. Komunikasi antara pemberi dan penerima nota adalah 2 hala...ada chat room. 6. Nota yg disediakan menarik dan ada kuiz online utk mengukur tahap pemahaman pelajar. 7. Paparan nota menarik. 8.Ada rujukan utk menentukan kesahihan info yg dibekalkan.
|
|
|
Post by zulaikhakdc3 on Nov 16, 2011 4:12:04 GMT -5
Apa sebenarnya e-pembelajaran?adakah semuanya melalui internet atau bagaimana? istilah e-Learning(e-pembelajaran) mengandungi pengertian yang sangat luas, sehingga banyak pakar yang menghuraikan tentang definisi e- Learning dari berbagai sudut pandang. Salah satu definisi yang cukup dapat diterima banyak pihak misalnya: Darin E. Hartley yang menyatakan: e-Learning merupakan suatu jenis belajar mengajar yang memungkinkan tersampaikannya bahan ajar ke siswa dengan menggunakan media Internet, Intranet atau media jaringan komputer lain. LearnFrame.Com dalam Glossary of e-Learning Terms (Pustekom) menyatakan suatu definisi yang lebih luas bahwa: e-Learning adalah sistem pendidikan yang menggunakan aplikasi elektronik untuk mendukung belajar mengajar dengan media Internet, jaringan komputer,maupun komputer stand alone. Dari berbagai definisi yang muncul dapat kita simpulkan bahwa sistem atau konsep pendidikan yang memanfaatkan teknologi informasi dalam proses belajar mengajar dapat disebut sebagai suatu e-Learning atau sering disebut distance learning ( David Hawkridge dalam pustekom www.scribd.com/doc/3198457/PEMBELAJARAN-eLEARNING-PADA-SISWA-KURANG-BERPRESTASI-OLEH-KHOIRUL-AKMAL
|
|
|
Post by zulaikhakdc3 on Nov 16, 2011 4:31:40 GMT -5
Dalam penggunaan E-pembejaran bagi pengguna-pengguna di kawasan bandar ianya adalah sesuatu yang menyeronokkan dan mudah diperolehi.Bagaimana pula bagi pengguna-pengguna di kawasan luar bandar?mungkin ianya tidak semudah pengguna-pengguna di bandar. Salam kak Nik dan semua, Memang tidak dapat dinafikan masyarakat yang berada di bandar lebih mudah menggunakan ICT berbanding mereka yg berada di luar bandar.Namun begitu, banyak langkah-langkah yang telah atau bakal diambil untuk mengatasi jurang perbezaan yang ada. Antara langkah-langkah tersebut ialah: -Capaian ICT di luar bandar akan dipertingkat untuk mengurangkanjurang digital. - Lebih banyak sekolah di luar bandar akan dibekalkan dengan kemudahan ICT bagi menggalakkan pembelajaran berasaskan komputer dan meningkatkan celik ICT di kalangan pelajar. - Telecentre yang sedia ada akan dinaik taraf kepada Pusat K-Komuniti bagi menyediakan lebih banyak maklumat ekonomi dan sosial kepada masyarakat, berfungsi sebagai pusat setempat bagi capaian kepada perkhidmatan kerajaan serta e-pembelajaran dan seterusnya sebagai pusat pertukaran sumber maklumat. - Penekanan juga akan diberi kepada mengubah minda masyarakat luar bandar terhadap penggunaan dan penerimaan ICT melalui program memupuk kesedaran dan pemerkasaan. -Program juga akan dimulakan bagi memastikan kandungan dalam Bahasa Melayu dan bahasa tempatan lain mencukupi dan terkini bagi membolehkan penggunaan aplikasi ICT yang lebih luas. sumber: www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/387/BAB-17-KE-ARAH-PEMBANGUNAN-WILAYAH-YANG-SEIMBANG
|
|
|
Post by zulaikhakdc3 on Nov 16, 2011 4:50:39 GMT -5
sekurang-kurangnya setiap orang perlu mempunyai satu akaun emel untuk berkomunikasi secara maya.akaun emel boleh didapati secara percuma melalui google,yahoo,hotmail,macintosh dan lain-lain.penggunaan emel atau group mail boleh membenarkan pengedaran bahan pengajaran dan komunikasi dari guru/pensyarah secara terus kepada ramai murid. Memang betul e-learning ni sgt bagus cuma kadang2 still berlaku sedikit masalah apabila byk sgt akaun emel dan kita terlupa passwordnya....ermmm...sedikit haru tp still boleh manage...
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 16, 2011 5:29:16 GMT -5
Zulaikha
Saya sangat sokong kenyataan tentang e-pembelajaran dan e-learning di atas tetapi ada sesetengah sekolah di bandar w'pun fasiliti ictnya cukup ttp guru2nya masih gunakan kaedah tradisional (chalk & talk),dan lain2 sedangkan klu sekolah di pedalaman @ luar bandar ada antaranya yg sanggup hidupkan generator utk pgunaan e-learning ni, so apa pandangan anda? tq so much
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 16, 2011 5:30:10 GMT -5
Apa2pun kita sangat2 ber
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 16, 2011 5:35:31 GMT -5
Apa-apapun kita kena ingat bahawa sumber tenaga manusia adalah amat penting dalam pendidikan di Malaysia ini terutamanya dari segi adab, akhlah, sahsiah maupun hubungan silaturrahim antara satu sama lain.Apa2pun kita tetap menjadikan guru itu sebagai mentor @ fasilitator dalam sesebuah organisasi pendidikan, contohnya kalau guru ppsmi dibekalkan laptop tetapi guru agama dibekalkan guru j-QAF tenaga manusia yang serba boleh, so alhamdulillah pembelajaran e-learning dijalankan seiring sejalan...
|
|
|
Post by nikzihankdc4 on Nov 16, 2011 5:40:31 GMT -5
Memang bagus la topik ini , boleh kita sama-sama pelajari ertikata sebenar e-pembelajaran ini. Dalam melaksanakan tugas "as a teacher" kenalah kita pandai2 mempelbagaikan kaedah @ strategi agar murid x boring dan makin rapat dengan kita as a role model, betul tak?
|
|
|
Post by roslizamohamadkdc1 on Nov 16, 2011 6:28:42 GMT -5
E-pembelajaran ialah satu pendekatan pnp yang mengaplikasikan infostruktur ICT seperti rangkaian dan internet bagi penyebaran pengetahuan dan pelaksanaan pembelajaran kolaboratif.
E-pembelajaran terdiri daripada 3 komponen utama iaitu: 1. Perkakasan komputer (sistem pelayan, sistem rangkaian dan komputer pengguna) 2. Perisian serta aplikasi e-pembelajaran 3. Pelbagai kategori pengguna (pengajar, murid, pereka bentuk pengajaran, pembangun kandungan dan staf teknikal)
Ciri-ciri e-pembelajaran yang kreatif dan inovasi ialah: 1.interaksi secara bersemuka dapat dilanjutkan dan diperluaskan 2.murid mempunyai masa pembelajaran yang lebih anjal 3.murid dapat menjimatkan masa dalam proses pengukuhan fakta perbincangan melalui carian maklumat di internet tanpa perlu meninggalkan sesi perbincangan di talian 4.capaian bahan pembelajaran di internet dan intranet lebih terbimbing dan sistematik 5.membuka peluang kepada murid sbg penyumbang kpd kandungan pelajaran dan guru sbg fasilitator 6.pembelajaran berfokuskan murid dapat dilaksanakan dengan lbh sistematik 7.dapat mewujudkan interaksi dlm talian
Kesimpulannya, e-pembelajaran adalah kaedah terpenting dlm pnp pada masa kini, tidak kira di sekolah mahupun di IPT untuk memudahkan proses pembelajaran berlaku dengan baik dan berkesan.
|
|