|
Post by samsilakdc2 on Nov 16, 2011 6:29:12 GMT -5
Zulaikha Saya sangat sokong kenyataan tentang e-pembelajaran dan e-learning di atas tetapi ada sesetengah sekolah di bandar w'pun fasiliti ictnya cukup ttp guru2nya masih gunakan kaedah tradisional (chalk & talk),dan lain2 sedangkan klu sekolah di pedalaman @ luar bandar ada antaranya yg sanggup hidupkan generator utk pgunaan e-learning ni, so apa pandangan anda? tq so much Shnoordiran, Sebenarnya itu bukan masalah besar cuma 'sick up' jew.. Apa2 pun yang kite buat mestilah optimis namun klau belum cuba tapi pessimis... sendiri cari masalah lah..
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 16, 2011 7:14:32 GMT -5
uaahhhh.... dah 5 hari i xdpt nk online sbb sibuk dgn kenduri kahwin... kt kampung pun xde coverage langsung nk online... baru harini dpt buka forum tp semua tajuk dah block. urmm, dpt komen tajuk ni jerk...
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 16, 2011 7:16:33 GMT -5
betul kata k.sham tue... selagi kita ada kemudahan kt sekolah..gunakanlah semaksimanya...kesian org2 yg suka ict tp kt sek dia xde...
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Nov 16, 2011 7:18:10 GMT -5
Salam... E-learning tidak hanya mencakupi pembelajaran jarak jauh secara maya tetapi melibatkan 'Web Portal'. Kelebihan web portal, ialah ia mempunyai bank-bank ujian, pelan pengajaran, bilik darjah maya, bahan-bahan pengajaran untuk guru, ujian untuk pelajar, dan direktori laman-laman web yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran serta maklumat-maklumat yang berguna seperti maklumat-maklumat sekolah, kelender tahunan, aktiviti pendidikan dan perkara yang berkaitan dengannya. Kesemua ini adalah domain utama untuk e-pembelajaran .
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 16, 2011 7:22:55 GMT -5
sekadar berkongsi....
Kebaikan e-pembelajaran dalam bidang pendidikan Posted on 14 Mac, 2009 by admin
Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium.
Sungguhpun demikian, pengaplikasian e-pembelajaran tidak bermaksud proses pembelajaran akan menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang disampaikan. Sebaliknya, e-pembelajaran merangkum suatu program yang mapan, bukan saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan.
Konsep ini merupakan enjin e-pembelajaran mengikut masa sebenar yang dibangunkan bagi mewujudkan kitaran pembelajaran yang menyamai proses pengajaran dan pembelajaran secara fizikal, seperti yang diamalkan di sekolah. Pada masa yang sama, konsep e-pembelajaran dapat mengenal pasti kelemahan setiap pelajar juga. Proses mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar ini dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai cumber pembelajaran. Malah, melalui latihan yang dijalankan melalui talian, enjin ini mampu membuat penilaian terhadap kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran.
Misalnya, dalam pelajaran Bahasa Inggeris, para pelajar akan diberi ujian dalam setiap komponen yang terdapat dalam subjek tersebut, termasuklah aspek tatabahasa, pemahaman, dan sebagainya. Seterusnya, keputusan semua ujian tersebut akan dianalisis secara automatik untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar.
Pada masa yang sama, enjin ini juga turut menyediakan kemudahan kepada para guru untuk mengubahsuai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran mereka. Misalnya, guru dapat menyesuaikan beberapa pilihan jawapan yng betul dan dapat diterima untuk satu-satu soalan berbentuk subjektif. Beberapa kata kunci tertentu akan dimasukkan ke dalam sistem oleh guru yang terlibat bagi membolehkan sistem tersebut menandakan jawapan yang diberikan oleh pelajar mengikut kehendak guru yang berkenaan.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 16, 2011 7:24:46 GMT -5
Maksud e-pembelajaran...(petikan dari google)
Pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) ialah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan infostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan pelaksanaan pembelajaran kolaboratif (collaborative learning). E-pembelajaran boleh diaplikasikan dalam pelaksanaan kursus atau program secara jarak jauh dan juga untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bersemuka (face-to-face teaching and learning) bagi kursus atau program yang dilaksanakan secara konvensional.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 16, 2011 7:26:42 GMT -5
Terlalu banyak keistimewaan yang boleh kita perolehi melalui e-pembelajaran jika tepat cara penggunaannya..namun akan mendatangkan mudarat bagi mereka yang menyalahgunakan kemudahan ini.
|
|
|
Post by nikzihankdc4 on Nov 16, 2011 7:27:47 GMT -5
E-pembelajaran yang dilaksanakan adalah bertujuan meningkatkan kualiti p&p guru dan menjimatkan masa.Pelajar dapat mencari bahan dan maklumat berkaitan pelajaran dalam internet lebih sistematik dengan bantuan e-pembelajaran.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 16, 2011 7:31:23 GMT -5
Definisi e-pembelajaran = Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudah cara proses pembelajaran dan pengajaran. Umumnya perkara penting yang perlu ada dalam e-pembelajaran: 1. Infrastruktur i. Khidmat jalur lebar ii. Meja bantuan dan sokongan iii. Peralatan ICT 2. Struktur Organisasi (pihak yang mewujudkan) i. Visi ii. Pelan iii. Kepimpinan iv. Polisi v. Unit e-pembelajaran 3. Perkembangan profesional i. Pengetahuan ii. Kemahiran iii. Sikap 4. Kurikulum dan e-kandungan i. Kurikulum ii. Pembangunan iii. Pentaksiran iv. Piawai 5. Pembudayaan i. Kesediaan ii. Penggunaan iii. Insentif dan motivasi
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 16, 2011 7:47:05 GMT -5
salam.. E-Pembelajaran amat penting bagi pelajar untuk memantapkan lagi memori dan memudahkan untuk mengakses maklumat. Dalam arus perdana yang mementingkan penggunaan teknologi maklumat, seharusnya E-Pembelajaran menjadi wadah penting untuk menuju kecemerlangan
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 16, 2011 7:53:50 GMT -5
salam......secara umumnya e-pembelajaran dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kualiti P&P melalui capaian kepada bahan pembelajaran di internet dan penggunaan internet secara lebih terbimbing dan sistemmatik.
|
|
|
Post by aslizaalikdd1 on Nov 16, 2011 8:21:29 GMT -5
Dunia makin maju dan canggih..kalu kita x rebut peluang untuk guna segala kemudahan yang ada so kita la yang akan rugi...
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 16, 2011 8:28:06 GMT -5
E-Pembelajaran yang sedia ada tidak bermaksud P&P menjadi longgar seh singga boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang disampaikan. sebaliknya ia mampu mengekalkan kualiti sekiranya ianya lebih terancang dan fleksibel berdasarkan prestasi P&P yang dijalankan
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 16, 2011 8:30:32 GMT -5
E-Pembelajaran juga dapat mengenalpasti kelemahan pelajar. Melalui latihan dan sumber penting kita boleh mengetahui kelemahan dan kekuatan pelajar yang kita ajar.
|
|
|
Post by zulaikhakdc3 on Nov 16, 2011 8:30:56 GMT -5
Zulaikha Saya sangat sokong kenyataan tentang e-pembelajaran dan e-learning di atas tetapi ada sesetengah sekolah di bandar w'pun fasiliti ictnya cukup ttp guru2nya masih gunakan kaedah tradisional (chalk & talk),dan lain2 sedangkan klu sekolah di pedalaman @ luar bandar ada antaranya yg sanggup hidupkan generator utk pgunaan e-learning ni, so apa pandangan anda? tq so much Memang adat manusia selalunya begitu tp tak semualah.Selalunya apa yg ada di depan mata, kita akan jarang menghargainya tetapi yg susah nk dapat tu yg akan jadi lebih bernilai dan dihargai. Dalam situasi yg dinyatakan di atas...semuanya berbalik kepada sikap dan punca2 yg menjadikan guru2 lebih selesa menggunakan kaedah tradisi...rasanya dlm topik2 sebelum ni..."Guru dan Teknologi", "Kebitaraan ICT di Sekolah" dll ada berbincang mengenai permasalahan ini...yg mana boleh dirumuskn...ianya bertitik tolak dgn sikap, peranan dan tanggungjawab pelbagai pihak yang berkaitan.
|
|