|
Post by noraidriskdc5 on Nov 16, 2011 8:34:49 GMT -5
salam.betul tu.e-pembelajaran ada positif dan ada negatifnya.jika dilihat dari aspek positif ia akan memudahkan kerja guru tanpa bersusah payah mengisinya di sekolah sahaja.Malah guru akan menyiapkannya dengan mudah.negatifnya akan memudahkan penipuan di alam maya.apa2 pun semuanya berpunca dari sikap dan nawaitu kita.
|
|
|
Post by nikzihankdc4 on Nov 16, 2011 8:35:15 GMT -5
konsep e-pembelajaran merupakan kaedah perbincangan atau interaksi dalam talian antara guru dan pelajar.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 16, 2011 8:35:42 GMT -5
selain itu E-Pembelajaran ini juga mampu untuk menarik minat pelajar dalam mengakses maklumat melalui enjin carian yang pastinya boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua dalam mencari maklumat yang dikehendaki.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 16, 2011 8:38:45 GMT -5
banyak manfaat jika menggunakan e-pembelajaran lebih lagi jika terdapat perisian-perisian yang membantu pembelajaran itu sendiri dan pengguna pula mahir dalam emel, laman portal, serta pelbagai aplikasi yang wujud dalam internet.
|
|
|
Post by zulaikhakdc3 on Nov 16, 2011 8:40:51 GMT -5
Apa-apapun kita kena ingat bahawa sumber tenaga manusia adalah amat penting dalam pendidikan di Malaysia ini terutamanya dari segi adab, akhlah, sahsiah maupun hubungan silaturrahim antara satu sama lain.Apa2pun kita tetap menjadikan guru itu sebagai mentor @ fasilitator dalam sesebuah organisasi pendidikan, contohnya kalau guru ppsmi dibekalkan laptop tetapi guru agama dibekalkan guru j-QAF tenaga manusia yang serba boleh, so alhamdulillah pembelajaran e-learning dijalankan seiring sejalan... Totally agreed....memang secanggih macammana pn teknologi dan zaman yg ada, pembentukan sahsiah dan akhlaq yg paling penting dan role modelnya mestilah secara direct di depan mata.Bahan2 yg berkaitan dgn ilmu yg dipelajari lebih kepada bahan sokongan...bukannya semata2 ilmu yg totally kita boleh jadikan hujah tanpa ada rujukan yg betul tanpa sebarang bukti.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 16, 2011 8:48:31 GMT -5
Melalui konsep e-pembelajaran yang diperkenalkan ini, guru dan muri tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi mampu dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan halangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium.
|
|
|
Post by noraidriskdc5 on Nov 16, 2011 8:51:01 GMT -5
sekiranya kita lihat definisi yang diberikan, e-pembelajaran amat berkesan dijalankan untuk pelajar yang mengikuti jarak jauh dan mod sepenuh masa.banyak info yang boleh didapati dihujung jari.
|
|
|
Post by zulaikhakdc3 on Nov 16, 2011 8:51:58 GMT -5
e-learning atau e-pembelajaran ni bolehlah digunakan bila berlaku masalah masa dan geografi(jarak yg jauh) sbb ada kawan saya di UK yg duduk di kawasan yg sgt susah nk jmpa muslim yg boleh ajarkn Al-Quran...mengaji secara online menggunakan video conference...masih boleh berkomunikasi dan berdepan seperti "face to face"...
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 16, 2011 8:54:11 GMT -5
betul noraini dalam dengan menggunakan e-pembelajaan pelbagai maklumat baru ditemui dan pelbagai benda baru wujud. Web 2.0 misalnya terdapat banyak perkara yang kita perlu tahu mengenainya iaitu the web as platform, harnessing collective Intellegence dan data is the next intel inside.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 16, 2011 8:58:51 GMT -5
Apa yang perlu ada dalam e-pembelajaran ialah mempunyai aplikasi yang boleh digunakan secara langsung tanpa memerlukan operasi-operasi tertentu contohnya penggunaan adobe photoshop. Guru dan murid dapat menggunakan kepandaian dalam menyebarkan maklumat dan membuat jaringan contohnya dalam wikipedia.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 16, 2011 9:02:55 GMT -5
Kepentingan e-Pembelajaran Membangunkan satu direktori bahan P&P yang boleh diguna pakai sekaligus membudayaka perkongsian ilmu. •Membudayaka e-pembelajaran dan mewujudkan komuniti e-pembelajaran •Menyediakan bahan yang sesuai dan mesra pengguna e-pembelajaran. •Meningkatkan kemahiran staf, pelajar dan pihak berkepentingan melalui e-pembelajaran. •Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam pedagogi dan teknologi e-pembelajaran. ;D
|
|
|
Post by mohd nazri on Nov 16, 2011 9:05:38 GMT -5
Kaedah pengajaran & pembelajaran melalui e-pembelajaran bagi pelajar-pelajar ipt mahupun di sekolah-sekolah sememangnya boleh dilaksanakan. Ini kerana banyak kelebihan di antaranya menjimatkan masa dan kos,para pelajar atau penuntut di ipt terutamanya seharusnya telah didedahkan dengan sistem e-pembelajaran ini.
|
|
|
Post by mohdnazrikdc06 on Nov 16, 2011 9:13:25 GMT -5
Sememangnya e-pembelajaran amat memudahkan terutamanya penuntut di ipt kerana ianya menjimatkan masa dan kos. Penuntut di ipt hanya dapat mengumpul maklumat dan pengetahuan hanya di hujung jari.
|
|
|
Post by shamsidahkdd1 on Nov 16, 2011 9:22:14 GMT -5
saya amat bersetuju dgn rakan2. selain nota, ruang sembang dan ruang aktiviti interaktif antara yang perlu ada dlm e-pembelajaran. Ciri2 seperti user-friendly, menarik & mengandungi atau menggunakan bahan yang up-to-date dapat menjadikan e-pembelajaran lebih berkesan.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 16, 2011 9:27:38 GMT -5
sebagai pelajar ipt separuh masa e-pembelajaran sangat penting dalam mencari maklumat yang diperlukan. ciri-ciri e-pembelajaran yang perlu ada: 1. Mudah digunakan dan dilayari. 2. Bahan yang terkini. 3. Boleh dikongsi oleh orang ramai. 4. Sangat efektif dan relevan dengan situasi semasa.
|
|