|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 16, 2011 9:36:14 GMT -5
e-pembelajaran yang kreatif dan berinovasi..sudah pasti mampu Melahirkan pelajar yang kreatif dengan pelbagai ilmu yang mudah diakses melalui internet.Ia juga dapat merubah pelajar menjadi seorang yang lebih berketrampilan dan cemerlang dalam akademik jika e-pembelajaran menjadi salah satu alternatif untuk berjaya..dan pastinya e-pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 16, 2011 12:49:37 GMT -5
Maklumat dihujung jari...melalui e-pembelajaran kita boleh mengakses pelbagai maklumat...barulah dikatakan guru cemerlang...kurang chalk & talk...
|
|
|
Post by nikisnorizakdc4 on Nov 16, 2011 19:46:54 GMT -5
e-pembelajaran yang kreatif dan berinovasi..sudah pasti mampu Melahirkan pelajar yang kreatif dengan pelbagai ilmu yang mudah diakses melalui internet.Ia juga dapat merubah pelajar menjadi seorang yang lebih berketrampilan dan cemerlang dalam akademik jika e-pembelajaran menjadi salah satu alternatif untuk berjaya..dan pastinya e-pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan. InshaAllah...
|
|
|
Post by nikisnorizakdc4 on Nov 16, 2011 20:07:39 GMT -5
Melalui konsep e-pembelajaran guru dan murid tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 16, 2011 20:22:24 GMT -5
Kelebihan yang paling menonjol melalui e-pembelajaran ini ialah kita boleh belajar sendiri dan tidak perlu berhabis ratusan ringgit ke kelas tuisyen. Selain itu kita sebagai pelajar boleh belajar tanpa bimbingan langsung dari seorang guru.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 16, 2011 20:26:38 GMT -5
Walaubagimanapun e-pembelajaran ini juga mengandungi kelemahan dan sering menjadi bahan bualan. Antara kelemahannya ialah berlaku plagiat dan pelanggaran hak cipta. Kita sebagai pelajar pun tidak terlepas daripada memplagiat bahan...
|
|
|
Post by rozitasamatkdc5 on Nov 16, 2011 20:31:57 GMT -5
tapi itulah hakikatnya ...cuma kenalah pandai menggunakan e-pembelajaran yang ada dengan sebaiknya.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 16, 2011 20:43:20 GMT -5
Selain itu e-pembelajaran yang berinovasi juga mestilah - Memudahkan kita berinteraksi dengan pensyarah - Berkongsi idea-idea baru - Sentiasa dikemaskini - Mengandungi bahan yang terkini
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 16, 2011 20:46:37 GMT -5
Kebanyakan pelajar suka menggunakan e-pembelajaran kerana ia membolehkan pelajar untuk memuat turun nota-nota dengan pantas dan mudah..barulah ada inovasi dalam belajar.
|
|
|
Post by nikisnorizakdc4 on Nov 16, 2011 21:30:56 GMT -5
Adakah dengan pengaplikasian e-pembelajaran, proses pembelajaran akan menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang disampaikan?
|
|
|
Post by hanisahhamidkdd2 on Nov 16, 2011 22:06:11 GMT -5
Sebagai pelajar universiti seperuh masa e-pembelajaran sangat penting bagi mempermudahkan urusan yang berkaitan dengan pembelajaran bagi mengatasi kekangan masa, berkongsi maklumat dan ilmu.. banyak perkara yang perlu ada dalam e-pembelajaran bagi memastikan keberkesanannya di masa hadapan seperti : nota digital bahan sokongan pembelajaran contoh soalan ruanagn sembang bagi bertukar maklumat saya setuju sgt dgn pendapat akak......kalu sume benda tu ada kn senang mudah kan pencarian
|
|
|
Post by khaikdc3 on Nov 16, 2011 23:12:29 GMT -5
e-pembelajaran memang sangat berfaedah dan memberi banyak kemudahan kepada pendidik. cuba dulu baru tahu ,,,,, pastu terus gunakannya
|
|
|
Post by khaikdc3 on Nov 16, 2011 23:57:30 GMT -5
anak saya telah berjaya memperolehi 4A 1B utk UPSR 2011 dengan bantuan e-pembelajaran. ini membuktikan ianya berkesan disamping kelas tambahan yg diadakan di sekolah . terimakasih kepada guru-guru dan pencipta e-pembelajaran.
|
|
|
Post by nikisnorizakdc4 on Nov 17, 2011 0:21:07 GMT -5
Penggunaan e-pembelajaran memberi impak pembelajaran atau peluang yang luas kepada pelajar menerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif, koloboratif dan menggalakkan pembelajaran seumur hidup.
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 17, 2011 6:18:00 GMT -5
E-pembelajaran ini amat memudahkan semua pelajar di sekolah mahupun di IPTA dan ia boleh dijadikan salah satu aktiviti pembelajaran yang sangat menarik pada masa kini dan masa hadapan.
|
|