|
Post by yusrankdc3 on Oct 28, 2011 22:24:37 GMT -5
stuju dgn faisal...lau dulu internet free n laju lak tu,,tapi skrg kemudahan dh ditarik balik di sekolah2...terpaksa guna streamyx sendiri...
|
|
|
Post by zamanikdd2 on Oct 28, 2011 22:35:18 GMT -5
stuju dgn faisal...lau dulu internet free n laju lak tu,,tapi skrg kemudahan dh ditarik balik di sekolah2...terpaksa guna streamyx sendiri... btul 2,yg masih ada internet pon still slow perfrmance,dsebabkan aplikasi schoolnet maka access segala2nya slow...masalah berulang-connection failed/error...
|
|
|
Post by mrazalikdc3 on Oct 28, 2011 22:39:35 GMT -5
ict merupakan satu elemen baru dalam dunia pendidikan yang perlu diterokai dari masa ke semasa selaras dengan perkembangan dunia multimedia yang semakin canggih.
|
|
|
Post by rahayukdc2 on Oct 28, 2011 22:43:56 GMT -5
ict memang menyeronokkan jika guru menguasainya..so semua guru perlu berusaha menguasai ict agar dapat mengaplikasikan dalam p&p agar pembelajaran lebih berkesan dan menyeronokkan.
|
|
|
Post by hanisahhamidkdd2 on Oct 28, 2011 23:01:45 GMT -5
Pembantu makmal amat perlu dalam memastikan alatan ICT tersebut dapat DISELENGGARA dengan baik dan pembantu ini juga dapat MENJIMATKAN MASA GURU untuk penyediaan LCD PROJEKTOR bagi proses Pnp yang memerlukan penggunaannya. sgt bersetuju tp kt sekolah zaman skrg ni mana ada pembantu makmal kite lar cikgu yg menjadi pembantu makmal, tukang kebun dll.
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Oct 29, 2011 2:25:53 GMT -5
Assalamualikum. Guru pendukung bangsa. Dalam era dunia teknologi kini, guru perlu lebih peka terutama dalam dunia ICT. Sehebat mana pun seorang guru kini, tanpa kemahiran ICT, maka akn nampaklah kekurangannya itu. Bagaimana hendak mewujudkan ICT berkesan di sekolah andainya guru sendiri tidak berkemahiran dalam ICT. Maka fikirkanlah...
|
|
|
Post by norainieksonkdc4 on Oct 29, 2011 6:27:46 GMT -5
Murid-murid sekarang pun ada yang lebih bijak dalam penggunaan ict.. Jika guru kurang pengetahuan ict...apa akan jadi?? Mungkin murid akan mentertawakan kita...minat atau tidak, sebagai seorang guru kita perlu juga berpengetahuan tentang ict.
|
|
|
Post by sitimashitahkdc4 on Oct 29, 2011 7:41:36 GMT -5
alhamdulillah sy berada di dalam lingkungan sekolah yg mengamalkan budaya ICT dalam p&p ( sekolah bestari)...mula2 sy dtg ke sek tu dalam kelas dilengkapi dengan komputer utk kemudahan murid dan juga komputer di meja guru tersebut...tetapi kini semua peralatan itu tlh di angkat lantaran sekadar menjadi "tunggul@tukun" sahaja..so sekarang klu nak guna ICT perlu angkat segala peralatan krn makmal komputer seringkali penuh.tapi memang seronok bila tengok suasana sekolah yg mengamalkan budaya ICT dlm p&p...tinggal nak buat @ tidak je lah
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Oct 29, 2011 8:08:16 GMT -5
Dalam menjayakan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan gandingan semua pihak sama ada pihak sekolah mahu pun pihak masyarakat. Di sekolah, guru terutamanya perlu yakin bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT atau teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mempelajari serta diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Kebanyakan sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru yang telah lama berkhidmat, terdiri daripada mereka yang masih berada di tahap ‘perlu belajar’ dan ‘perlu bimbingan’ untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Keupayaan seseorang untuk menggabungkan teknologi maklumat dalam pengajaran bukan berlaku secara automatis, tetapi memerlukan kepada usaha yang berterusan yang penuh dengan minat. Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk memuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu mempermudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
|
|
|
Post by sitiedaliekdc6 on Oct 29, 2011 9:31:44 GMT -5
Salam.. Saya bersetuju dengan syarinakdd1, untuk memperkasakan ICT di sekolah maka gurunya perlu di upgradekan ke tahap pencapaian dan pengetahuan yang sepatutnya..namun bukan semua guru mendapat peluang mendalami ilmu ICT sebagaimana yang diharapkan. Seperti saya setiap tahun mengisi borang skt, diruangan kursus yang diperlukan..saya akan isikan dengan 'kursus ICT dalam Pendidikan Islam ' tetapi sehingga kini setelah mencapai lebih 10 tahun tidak pernah sekalipun saya dihantar untuk kursus tersebut..Saya tidak salahkan sesiapa, sekadar berkongsi rasa ..
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Oct 29, 2011 9:45:12 GMT -5
bagaimana pula dengan sekolah kategori SKM? Sekolah saya merupakan kategori Sekolah Kurang Murid yang terletak di luar bandar di mana server tidak clear. Penggunaan ICT seperti alat pandang dengar selalu digunakan dengan baik. Namun, untuk mendapatkan acces internet selalu terganggu menyebabkanmurid kurang berpeluang menggunakan acces tersebut.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Oct 29, 2011 9:52:36 GMT -5
Ya betul. Sangat setuju...bagi sekolah yang mempunyai dana yang banyak seperti sekolah bandar, itu tidak menjadi masalah. Bagi sekolah kecil, kewangan amat terhad.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Oct 29, 2011 21:15:05 GMT -5
Memang benar. Sebenarnya ramai guru boleh dikatakan mahir menggunakan ICT. Tetapi mereka tidak menggunakan kemahiran yg mereka ada utk P&P di dlm kelas.
Mungkin ada sebab mengapa ianya berlaku. Saya berpendapat, mungkin guru tersebut menghadapi masalah dlm penyelenggaraan komponen ICT sprt LCD. Masalah tiada prasarana juga mungkin menjadi sebab. Sikap murid juga antara sebab.
Jadi, siapa yg harus dipersalahkan dlm hal ini?
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Oct 29, 2011 21:19:34 GMT -5
saya juga bersetuju dgn faisal & yusran.. skrg, semua guru kna ada internet sndiri.. kesian cikgu2.. Dahlah dibebankan dgn semua urusan yg m'gunakan internet..tp kemudahan internet di sekolah bermasalah..
Bila semua perkara nk gna internet..alamat 'jem' ler.. cmne nk cpat selesaikan semua bila nk akses pn susah...?
|
|
|
Post by mazhamabdullahkdc4 on Oct 29, 2011 23:05:06 GMT -5
assalamualaikum.ict berkesan jugak dalam pembelajaran tapi tak 100% kejayaannya.mesti ada chalk and talk jugak.
|
|