|
Post by ADMIN TMSR on Oct 18, 2011 9:57:16 GMT -5
Perkembangan ICT yang pesat dengan pelbagai peralatan dan perisian terkini. Bagaimana hendak menjadikan ICT suatu aplikasi yang sangat berkesan bagi memudahkan P&P atau ICT hanya gah di luar tapi tidak manfaatkan dlm pendidikan terutamanya di sekolah.
|
|
|
Post by nursyarinashuibkdd1 on Oct 18, 2011 10:15:05 GMT -5
salam...pada pendapat saya utk menjadikan ICT suatu aplikasi yg sgt berkesan pertama sekali setiap sekolah perlu mempunyai peralatan spt komputer, internet dan lain2 yg lengkap dan ini sememangnya sangat penting kerana tanpa peralatan yg lengkap guru perlu berusaha utk menyediakannya sendiri di mana tidak semua guru mampu dan ini mungkin menyebabkan seseorang guru putus asa dan mengambil jalan mudah utk tidak mengaplikasikan ICT dlm P&P.
|
|
|
Post by nursyarinashuibkdd1 on Oct 18, 2011 10:21:32 GMT -5
utk menjadikan ICT berkesan dlm pendidikan, guru seharusnya menguasai ICT sebelum murid2..guru perlu terus belajar dan belajar kerana ilmu ICT tidak ada kesudahan.. guru perlukan kursus tentang ICT yg sentiasa update...
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Oct 18, 2011 16:20:40 GMT -5
Salam . ICT akan menjadi berkesan sekiranya setiap guru dan murid menggunakan teknologi ini secara maksimum.misalnya pembelajaran murid seperti menjawab soalan kuiz, permainan menguji minda dan mencari maklumat tentang topik yang di ajar akan membantu mereka dengan lebih cepat.Guru pula seharusnya mengguna ICT sebagai bahan yang membantu mereka dalam proses pengajaran. Penggunaan makmal komputer berjadual akan membantu keberkesanan penggunaan ICT.Guru haruslah perpandangan jauh dan jangan ketinggalan.
|
|
|
Post by raihankdd1 on Oct 18, 2011 19:45:11 GMT -5
Salam. ICT akan lebih berkesan jika guru mahir dalam penggunaan dan pihak pentadbir dapat mengatasi segala permasalahan berkaitan pengaplikasian ICT.Segala kekangan berkaitan kemudahan peralatan ICT jika dapat diatasi segera akan menjadikan proses p&p berjalan lancar. Ini tidak baru nak guna komputer, asyik rosak aje..
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 18, 2011 20:00:20 GMT -5
Salam... setuju dengan raihan KDD1.. Bukanhanya guru sahaja perlu mahir menggunakan ICT malahan pihak pentadbira serta kakitangan sokongan yang lain..
ICT yang paling berkesan apabila semua peralatan yang dibekalkan seperti software, pc dan apa sahaja yang berkaitan dengannya digunakan semaksimum mungkin.. Biar alatan tersebut rosak sebab digunakan..bukannya rosak sebab tak digunakan..
|
|
|
Post by anastasiakdd1 on Oct 18, 2011 20:47:57 GMT -5
ict semakin berkesan di sekolah sekiranya semua warganya menerima & menggunakannya sebaik mungkin.akan berlaku kekangan di sana sini namun sebagai seorg yg profesional kita harus menerimanya sbg satu cabaran
|
|
|
Post by mfikrinajibkdd2 on Oct 18, 2011 21:33:21 GMT -5
betul tu...jgn bersikap zalim..meletakkan ICT bukan pada tempatnya..ICT adalah satu kemudahan...gunakan sebaik mungkin
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Oct 19, 2011 3:59:41 GMT -5
Salwa kdd2
setuju dengan pendapat anda.. biar peralatan tersebut rosak sebab digunakan dan bukannya rosak sebab x digunakan...Saya ada dengar pentadbiran di sebuah sekolah tidak membenarkan murid-murid menggunakan komputer kerana takut peralatan itu rosak. Bagaimana nak menjadikan ICT sebagai aplikasi yang berkesan sekiranya penggunaannya dihalang ??
|
|
|
Post by shamsidahkdd1 on Oct 19, 2011 10:38:07 GMT -5
school's environment tu sendiri akan memberi kesan kepada corak p&p: hati senang, semua jadi. Penggunaan ict yang kadang kala memberi masalah pun x kan jadi hal...ape yang perlu, dapat disediakan & kalau semua di sekolah sedia membantu. Ape yang penting...kerjasama! ;D
|
|
syafie_kdd2
Full Member
FAILURE is not an option...
Posts: 100
|
Post by syafie_kdd2 on Oct 19, 2011 15:30:43 GMT -5
Perkara utama dalam memastikan ICT berkesan di sekolah ialah prasarana itu sendiri dibekalkan dengan cukup. Selain itu, alatan tersebut juga mestilah dapat berfungsi dengan baik. Akhir sekali, guru mampu mengendalikannya dengan baik.
|
|
syafie_kdd2
Full Member
FAILURE is not an option...
Posts: 100
|
Post by syafie_kdd2 on Oct 19, 2011 15:34:26 GMT -5
Pembantu makmal amat perlu dalam memastikan alatan ICT tersebut dapat DISELENGGARA dengan baik dan pembantu ini juga dapat MENJIMATKAN MASA GURU untuk penyediaan LCD PROJEKTOR bagi proses Pnp yang memerlukan penggunaannya.
|
|
miehakdd2
Full Member
From Zero To Hero...
Posts: 101
|
Post by miehakdd2 on Oct 20, 2011 3:26:20 GMT -5
PROGRAM PPG ini juga dapat membantu menyediakan guru-guru dalam memastikan keberkesanan ICT di sekolah melalui subjek seperti ini.
|
|
|
Post by azinahkdd1 on Oct 20, 2011 4:16:12 GMT -5
ICT memang berkesan di dalam P&P dan sememangnya harus bg guru2 menguasai teknologi yang ada untuk memantapkan lagi sesi P&P di dalam kelas. Malahan ramai guru yang dahulunya tidak celik IT tetapi sekarang sudah boleh membuat atau mencari bahan2 untuk P&P yang canggih dan menarik. Semua dilakukan demi anak2 menarik minat ank murid. Akan tetapi malangnya tidak boleh dinafikan bahawa masih terdapat sekolah2 yang tidak boleh menyediakan peralatan2 yang diperlukan. Contohnya makmal komputer tidak dilengkapi dengan komputer yang secukupnya,laptop2 yang tidak boleh digunakan dan 'sound system' yang tidak memuaskan. Tidak semua sekolah beruntung memiliki segala kemudahan dlm keadaan yang baik.
|
|
|
Post by azinahkdd1 on Oct 20, 2011 4:26:40 GMT -5
Dengan timbulnya masalah2 yang sy nyatakan td jadi keberkesanan ICT dalam P&P agak sukar untuk di perolehi kerana jarang2 dapat di gunakan dengan sempurna terutama di sekolah luar bandar....
|
|