|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 20, 2011 8:01:46 GMT -5
2. Melalui ICT, dengan mudah guru dapat menjelaskan arahan kompleks untuk pemahaman pelajar.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 20, 2011 8:03:57 GMT -5
3. Melalui ICT, guru boleh membuat sesi interaktif dan pelajaran lebih menarik, serta boleh meningkatkan kehadiran pelajar dan konsentrasi.
|
|
|
Post by rjnorsilawatikdc6 on Dec 20, 2011 8:06:28 GMT -5
slm, seseorang guru yg cemerlang sepatutnya mahir dlm ilmu ict utk suatu p&p yg berkesan utk muridnya.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 20, 2011 8:07:10 GMT -5
3 kekurangan utama ICT dalam pendidika : 1. Penyediaan mesin boleh menjadi rumit. 2. Kos yang terlalu mahal. 3. Rumit untuk pelajar yang tiada pengalaman menggunakan alat ICT
|
|
|
Post by rjnorsilawatikdc6 on Dec 20, 2011 8:09:28 GMT -5
saya bersetuju dgn pendapat rozamohamedkdc6, pelajar akan lebih berminat utk belajar dgn adanya kemudahan intruksional ini.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 20, 2011 8:11:48 GMT -5
Untuk menjadikan ICT berkesan di sekolah, segala elemen tersebut di atas boleh dijadikan panduan, apa yang lebih penting ialah kemudahan ICT itu sendiri ada di sekolah. Bukan itu sahaja, segala peralatannya juga perlu lengkap, boleh diguna dan sentiasa diselenggara secara berjadual.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 20, 2011 8:19:35 GMT -5
Untuk menjadikan ICT lebih berkesan di sekolah juga, pihak pentadbir dan guru-guru perlu diberi pendedahan (kursus) agar mereka ini dapat mengaplikasi ICT di sekolah. Bagi guru, ianya sangat penting kerana kemahiran dalam ICT dapat membantu guru meningkatkan mutu P&P dan memberi kesan mendalam kepada pelajar.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 22, 2011 1:21:50 GMT -5
Di masa ini, ICT semakin pesat dan pantas berkembang. Aplikasi ICT ini telah lama bertapak di sekolah. Semua sekolah di Malaysia telah dilengkapi dengan ICT walaupun ada sekolah yang mungkin hanya ada sebuah komputer sahaja, namun sekurang-kurangnya setiap warga sekolah tahu apa itu ICT walaupun secara asas sahaja.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 11:20:48 GMT -5
Untuk menjadikan ICT suatu aplikasi yg sgt berkesan di sekolah, setiap sekolah perlu mempunyai peralatan seperti komputer, internet dan lain2 yg lengkap. Ini sangat penting kerana tanpa peralatan yg lengkap guru terpaksa menyediakannya sendiri sedangkan tidak semua guru mampu melakukannya dan mungkin akan menyebabkan seseorang guru kecewa dan mengambil keputusan utk tidak mengaplikasikan ICT.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 11:24:36 GMT -5
Pada pendapat saya untuk menjadikan ICT berkesan di sekolah adalah datangnya dari diri pendidik itu sendiri. Adakan dia seorang yang celik IT? Jadi untuk menjadi seorang yang celik IT, pendidik itu wajib mempersiapkan diri dengan ilmu IT.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 11:26:52 GMT -5
Apabila pendidik telah ada ilmu IT, dia perlu bersedia untuk mengaplikasikannya dalam bilik darjah. Ini kerana ilmu yang tidak diamalkan atau disampaikan tiadalah maknanya.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 11:29:01 GMT -5
Perkakasan + ilmu + usaha pendidik = ICT berjalan di sekolah dengan baik dan berkesan.
|
|