|
Post by lizahusmankdd1 on Oct 24, 2011 15:20:53 GMT -5
Penggunaan ICT yang berkesan perlu ada kemahiran dan kemudahan. Bak "irama dan lagu" kalau tidak ia akan berkubur.Kemahiran dan kemudahan yang ada akan lapuk di telan zaman.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Oct 24, 2011 15:32:41 GMT -5
Pihak sekolah seharusnya peka akan keperluan guru-guru yang bertanggungjawab atas kemenjadian murid-murid. Penggunaan ICT adalah salah satunya jalan yang dapat menarik minat murid. Adakan kursus-kursus ICT lebih kerap dan kenalpasti guru-guru yang tiada kemahiran supaya keberkesanan ICT dalam P&P dapat memberi impak yang maksimum.
|
|
miehakdd2
Full Member
From Zero To Hero...
Posts: 101
|
Post by miehakdd2 on Oct 24, 2011 15:40:16 GMT -5
Pihak sekolah seharusnya peka akan keperluan guru-guru yang bertanggungjawab atas kemenjadian murid-murid. Penggunaan ICT adalah salah satunya jalan yang dapat menarik minat murid. Adakan kursus-kursus ICT lebih kerap dan kenalpasti guru-guru yang tiada kemahiran supaya keberkesanan ICT dalam P&P dapat memberi impak yang maksimum. saya sangat setuju dengan cadangan ini
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Oct 25, 2011 17:03:41 GMT -5
Jangan jadikan kecacatan kemudahan ICT di sekolah sebagai satu alasan. Memanglah ia adalah salah satu faktor yang membantu tetapi guru perlu fikir alternatif lain. Jangan terlampau mengharapkan sekolah. Sesekali berkorbanlah demi kemajuan anak bangsa.
|
|
|
Post by Rosliza Bt Mohamad on Oct 25, 2011 18:15:38 GMT -5
Salam 1Malaysia...Bagi pendapat saya, penggunaan ICT di sekolah pada zaman sekarang amat penting demi kejayaan dan kemajuan anak bangsa kita. Walaubagaimanapun, setiap sekolah mestilah mempunyai segala peralatan dan kemudahan yang berkaitan dengan ICT terlebih dahulu demi untuk mencapai keberkesanannya. Selain itu, guru-guru juga perlu ada kemahiran ICT, barulah dapat menyampaikan PnP dengan dengan menarik, mudah dan berkesan...Insya Allah.
|
|
|
Post by aslizaalikdd1 on Oct 25, 2011 18:32:08 GMT -5
salam...pada pendapat sya guru2 dalam era moden ni semua nya ada pengetahuan ict walaupun tidak la sehebat pakar...sekurang2 nye tahu la nk gunakan atau mengendalikan peralatan seperti komputer , lcd dan printer..kursus berkaitan ict memang sangat perlu tapi berikan la pada guru2 yang benar2 berminat sahaja kerana bagi guru2 yang kurang berminat dan menganggap ia nye susah ia akan tetap di takuk lama....pendapat ini berdasarkan pengalaman sendiri...
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Oct 25, 2011 18:39:49 GMT -5
Perkembangan ICT begitu gah di luar sana, tetapi adakah ia juga gah di sekolah kita ? Tanpa kelengkapan dan prasarana yang lengkap di sekolah, ICT hanya berkesan di luar sana.. tetapi tidak di sekolah. Guru-guru perlu diberi kursus atau pendedahan mengenai penggunaan ICT di sekolah. Namun, apa gunanya sekiranya guru-guru sudah dilengkapi dengan ilmu tetapi prasarananya tiada.... matlamat tidak akan tercapai.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Oct 26, 2011 0:09:01 GMT -5
Salam, masalah demi masalah berkaitan ICT dan aplikasinya..namun adakah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab maklum tentang senario ini?..amat merugikan sekiranya LCD yang diperuntukkan untuk kemudahan P&P hanya digunakan oleh burung untuk membuat sarang..entah berapa generasi saya pun x pasti..namun yang pasti para pentadbir sekolah yang dimaklumkan hanya tutup mata..pekakkan telinga..dan para guru tidak boleh bertindak sesuka hati tanpa kebenaran...Kemudahan banyak tapi disia-siakan..mungkin masalah jarak luar bandar@jauh dari PPD menjadi alasan juga...
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Oct 26, 2011 0:14:30 GMT -5
Prasarana yang lengkap dan perisian yang up to date amat perlu bagi menjadikan ICT satu aplikasi yang berkesan di sekolah. Selain itu guru-guru perlu memantpkan ilmu dalam bidang ini supaya dapat menggunakan ICt dengan lebih berkesan
|
|
|
Post by haslizahamidkdc1 on Oct 26, 2011 0:29:01 GMT -5
Penggunaan maksima dan pemantauan pentadbir serta kelengkapan ICT amat membantu di dalam keberkesanan ICT di sekolah. Guru -guru pula mestilah tahu ICT memandangkan sekarang segala maklumat di hujung jari contohnya pengisian saps dan splg....
|
|
syafie_kdd2
Full Member
FAILURE is not an option...
Posts: 100
|
Post by syafie_kdd2 on Oct 26, 2011 2:39:06 GMT -5
Kursus penyelenggaraan juga harus diberikan supaya alatan atau kemudahan ICT yang dibekalkan mempunyai jangka hayat yang panjang...
|
|
|
Post by norliawanikdd1 on Oct 26, 2011 2:41:34 GMT -5
Tidak dapat dinafikan penggunaan IT boleh membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan. Murid pun lebih berminat belajar sekiranya dibawa ke makmal komputer tetapi bilangan komputer yang tidak mencukupi untuk semua murid menyebabkan murid perlu berkongsi 4 atau 5 orang untuk menggunakannya. Perkongsian ini kadangkala menimbulkan konflik antara murid kerana mereka saling berebut untuk mengendalikannya walaupun guru telah menasihatkan mereka untuk bergilir-gilir.
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 26, 2011 2:54:56 GMT -5
Kursus penyelenggaraan juga harus diberikan supaya alatan atau kemudahan ICT yang dibekalkan mempunyai jangka hayat yang panjang... setuju dengan pendapat ini.. kalau hanya mahir menggunakan komputer tetapi tiada kemahiran penyelenggaraan apa gunanya..
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Oct 26, 2011 2:57:22 GMT -5
norliawani kdd1
saya pernah mengajar ICTL murid-murid darjah 1. Bila ada matapelajaran ICTL kehadiran murid akan penuh kerana mereka teruja untuk masuk ke dalam makmal komputer. Bilangan komputer yang tidak mencukupi untuk semua murid memang menjadi satu masalah. bukan sahaja mereka akan berebut malah ada yang menangis kerana tidak diberi peluang oleh rakan2. Secara tidak langsung ia akan mengganggu kelancaran proses p&p.
|
|
|
Post by sharina240772 on Oct 26, 2011 2:59:11 GMT -5
Latihan ICT yang diberikan kepada guru perlulah lebih berkesan.. Peralatan ICT yang terdapat dan disediakan di sekolah juga mestilah mengikut perkembangan semasa dan mesti dikemaskini setiap masa supaya P&P yang dijalankan menggunakan ICT lebih berkesan... KDC2
|
|