|
Post by aznitaKDD2 on Oct 28, 2011 9:07:52 GMT -5
Pembelajaran interaktif seperti permainan online dan sebagainya dapat menarik minat murid-murid berbanding pembelajaran biasa di dalam kelas. Dalam masa yang sama dapat memantapkan lagi pengetahuan ICT mereka termasuk juga guru-guru
|
|
|
Post by norihanaidakdd2 on Oct 28, 2011 9:15:09 GMT -5
sememangnya sekolah perlu mempunyai kelengkapan ICT yg cukup disamping guru-guru juga perlu mahir dalam ICT jangan pula nanti ada murid yg kata..."Bukan macam tu cikgu". Hihihi....
|
|
|
Post by agnores on Oct 28, 2011 9:25:58 GMT -5
banyak komputer yg belum di 'upgrade' & sedikit sahaja yang boleh digunakan di bilik ICT. Ini menyukarkan murid menjalani P&P yang berkesan kerana berkongsi 3@4 orang untuk satu komputer.
|
|
|
Post by agnores on Oct 28, 2011 9:32:35 GMT -5
Saya sangat berminat dalam ICT. Kerana minat yg mendalam ini, saya belajar sendiri melalui internet, buku2 & majalah ICT. Namun saya tidak mendapat sepenuhnya melalui 'belajar sendiri". saya berharap sangat2 agar diberi kursus ICT khas untuk guru-guru Pendidikan Islam dari semasa ke semasa dan dapat mengaplikasinya dalam P@P. Barulah murid lebih berminat & teruja ingin belajar Agama Islam.
|
|
|
Post by zanariahyusoffkdc2 on Oct 28, 2011 9:53:21 GMT -5
Salam.. untuk menjadikan ICT berkesan di sekolah, langkah yang pertama adalah guru mestilah berani mencuba dan meneroka alam ICt itu sendiri. Sebelum saya mengikuti PPG, saya takut untuk menggunakan peralatan yang berkaitan dengan ICT... takut rosaklah.... takut pihak sekolah marahlah.... dan macam-macam perasaan yang timbul. Jadi, guru mestilah berani..... untuk mencuba.. barulah boleh mengaplikasikan dalam p & p. Kalau tak berani juga, kenalah belajar.... walaupun dengan anak sendiri
|
|
|
Post by azlina36kdd1 on Oct 28, 2011 10:52:40 GMT -5
ICT akan lebih berkesan di sekolah apabila semua guru mahir dalam pengendalian ICT dan sekolah mempunyai komputer yang mencukupi dan diselenggara dgn baik. Apa yang berlaku kini nampaknya seperti kata pepatah" bagai beruk mendapat bunga".walaupun terdapat kemudahan tetapi diberikan pada yang tidak mahir menggunakannya, pastilah ianya tidak bertahan lama dan mengakibatkan kerugian dan pembaziran..
|
|
|
Post by mazuramohdkdd1 on Oct 28, 2011 11:08:57 GMT -5
Our leaders, had realised long ago that Malaysia's schools needed to improve its education system ..so here we go....the ICT was introduced to equip the education system with the tools necessary to survive in the millennium.Integrating ICT into education seems to be a necessary issue for educators as well as education administrators in the world.However, if teachers cannot make a good use of the ICT tools, the money and time spent on the ICt is going to be a waste.Educational ICT tools are not for making educators master ICT skills themselves but for making educators create a more effective learning environment via ICT.....in order to make ICT more lively or a useful application in teaching and learning process, teachers, on the other hand should go extra miles in order to make this a reality. Teachers should therefore accustomed themselves the technology via in house training or any other ICT training programmes and later apply the knowldege in the classroom. For example,teachers can create interesting ways to teach the students using the ICT tools such as LCd by creating own software because students prefer most the bigger, moving images - can ease the teaching process as well as improving the retentive memory of the students. By using the application, teachers can easily explain complex instructions an ensure students' comprehension. Teachers might also create an online questions in return for the students to strengthen their knowledge after ended up certain learning process. Therefore, teachers are able to create interactive classes and make the lessons more enjoyable, improve student attendance as well as concentration towards better results in their academic achievements!....yey! peace...
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Oct 28, 2011 14:47:44 GMT -5
Menjadikan ICT berkesan di sekolah semua pihak perlu bekerjasama. Perlu dijadikan satu iklim atau budaya agar penggunaan ICT tidak menimbulkan masalah kepada pengguna. Hal ini menjadi satu masalah bagi sekolah di luar bandar dengan peralatan yang kurang dan masalah laluan internet yang terhad.
|
|
|
Post by mohdhuzaifahkdc4 on Oct 28, 2011 21:01:14 GMT -5
penyediaan semua alat ict haruslah menyeluruh dan saksama untuk semua sekolah di negara ini. penyelenggaraan haruslah dilakukan untuk mengatasi masalah kerosakan ict dapat ditangani semaksima yang mungkin. guru perlu di beri pendedahan secukupnya untuk melaksanakan ict dlm p&p.
|
|
|
Post by khairulanuarkdc4 on Oct 28, 2011 21:03:38 GMT -5
salam, pada pendapat saya untuk menjadikan ICT berkesan disekolah guru-guru hendaklah mahir dalam bidang ICT disamping sekolah menyediakan prasarana yang baik seperti computer , internet dan sebagainya
|
|
|
Post by mohdlokmankdd2 on Oct 28, 2011 21:56:18 GMT -5
|
|
|
Post by linarahmankdd2 on Oct 28, 2011 22:09:59 GMT -5
sayang..sayang seribu kali sayang.. kalau teknologi yg ada tidak digunakan dengan menyeluruh. Pelajar-pelajar di luar bandar tidak mendapat kemudahan ICT yg lengkap. Even some schools di bandar juga tidak ada internet access.
|
|
|
Post by yusrankdc3 on Oct 28, 2011 22:17:35 GMT -5
dunia teknologi semakin berkembang, hinggakan kanak2 seumur 5 tahun pun dah tahu serba sedikit ttg ict....papepun perlu dipantau penggunaan agar tidak terpesong dari segi penggunaannya.....
|
|
|
Post by faisalkdc3 on Oct 28, 2011 22:20:29 GMT -5
salam... kadang2 di sekolah makmal komputer tak mencapai tahap kecanggihan perisian sekarang. apatah lagi internet lembap dan amat menyedihkan. macam mana nak berkesan. terpulang kepada kita utk menguruskan dengan cara yang lebih berhemah dan menyeluruh... sekadar pendapat
|
|
|
Post by zuhanakdc2 on Oct 28, 2011 22:24:21 GMT -5
ICT yang berkesan adalah menjadi tanggungjawab semua guru-guru mengaplikasi teknologi dalam pengajaran.
|
|