|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Nov 4, 2011 5:27:16 GMT -5
Setelah semua kelengkapan mencukupi dan semua guru dah ada ilmu ICT... insyaallah semuanya berjalan lancar dan semua matlamat akan tercapai
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 4, 2011 8:22:09 GMT -5
Perisian ini berkesan kerana murid akan melayari laman web tertentu utk menambahkan pengetahuan...mereka tidak perlu bergantung sepenuhnya pada pengajaran guru.. Secara tidak langsung, pengetahuan ini dpt melengkapkan murid dgn ilmu bagi menghadapi cabaran dgn lebih yakin.
Ini penting kerana tidak semua murid dpt memberi tumpuan sepenuhnya dlm kelas...jd cara ini dpt membantu mereka. Kita juga tahu..murid sekarang cukup tertarik dgn ict...
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 4, 2011 8:29:12 GMT -5
Suka dengan tajuk ini. baru sahaja baca... Rupanya perisian instruksional atau kowser dikesan telah mula digunakan sebagai alat bantu mengajar sekitar tahun 60 an dan 70 an lagi.
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 4, 2011 8:30:50 GMT -5
Berbanding dengan zaman dahulu kala.. zaman sekarang merupakan zaman moden yang lebih maju dan celik IT.. Apatah lagi boleh dikatakan saban tahun semakin ramai yang menggunakan kemudahan internet. Tidak ketinggalan juga murid-murid sekolah..
Penggunaan perisian ini mampu menarik minat murid bahkan juga guru yang mengajar.. Dan biasanya maklumat yang diperolehi akan tahan lebih lama dalam ingatan.... saje nyelit kat kdc 2 ni... hehe...
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 4, 2011 8:31:36 GMT -5
Sepanjang pengenalannya sehingga kini telah banyak berlaku evolusi terhadap strategi persembahan perisian instruksional dalam membantu P&P. Hal ini rupanya termasuklah pengenalan strategi2 seperti latih tubi, tutorial,permainan, simulasi dan penyelesaian masalah.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 4, 2011 8:35:36 GMT -5
Saya berpendapat, dengan perkembangan teknologi rangkaian dan internet segala strategi seperti latih tubi, permainan, simulasi dan tutorial kini mampu digabunghan beserta dengan sumber2 dan aktiviti lain yang ingin disampaikan.
|
|
|
Post by faisalkdc3 on Nov 4, 2011 9:47:42 GMT -5
adakah bila kita terlalu banyak menggunakan perisian instruksional ini...memungkinkan tiada lagi jawatan guru di negara ini kerana murid boleh meneroka sendiri untuk mendapatkan maklumat...kerana baru semalam saya dapat pamplet kelas tuisyen online...bagus memang bagus sebab murid x perlu keluar dr rumah utk pergi ke pusat tuisyen,masa yg fleksibal dan tiada lagi bebanan nak pikul buku dan sebagainya..saya jd musykil pulak...mampu ke pengajaran tanpa guru di depan mata?? mcm jugak belajar mengaji kan....sekarang makin banyak al-quran digital...tekan je pen...dah ada ustaz yang baca..sedangakn belajar mengaji tu perlukan guru untuk dengar dan betulkan bacaan kita.. betul tu... rasenye takdelah belajar nye de... bukak je laman tuisyen tuh... tapi tab2 lain youtube, email, FB dan sbgnye.... nauzubillah
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 4, 2011 17:46:21 GMT -5
' Dalam pencarian saya' rekabentuk teknologi instruksional boleh didefinisikan sebagai strategi, kaedah yang sistematik dan teknologi yang digunakan dengan tujuan untuk memudahkan pelajar menguasai objektif yang dikehendaki ( Molenda, Reigeluth, & Nelson, 2003; Yusup Hashim, 2006).
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 4, 2011 18:02:20 GMT -5
'Hayati pencarian ku ini'
1. Bahan pengajaran menggunakan teknologi instruksional dapat meningkatkan pencapaian pelajar. 2. Tahap pengetahuan guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional. 3. Sikap positif guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional. 4. Kelengkapan kemudahan komputer di sekolah dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional. 5. Sokongan pentadbir sekolah dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional
Bolehkah ia menjimatkan masa? 'Tepuk dada tanya selera'
|
|
|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Nov 4, 2011 19:06:49 GMT -5
assalamualaikum,penggunaan perisian instruksional boleh menjimatkan masa pembelajaran murid sebagai contoh apabila seseorang murid itu hendak mengetahui maksud sesuatu perkataan dia boleh mengakses internet tanpa perlu pergi ke perpustakaan.
|
|
|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Nov 4, 2011 19:11:31 GMT -5
maklumat semua di hujung jari jika murid bijak manfaatkan penggunaan perisian instruksional.
|
|
|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Nov 4, 2011 19:15:17 GMT -5
penggunaan perisian instruksional juga boleh menggalakkan murid pembelajaran secara sendiri.murid tidak hanya menunggu guru sahaja untuk mendapatkan sesuatu maklumat.
|
|
|
Post by nursyarinashuibkdd1 on Nov 4, 2011 20:21:19 GMT -5
adakah bila kita terlalu banyak menggunakan perisian instruksional ini...memungkinkan tiada lagi jawatan guru di negara ini kerana murid boleh meneroka sendiri untuk mendapatkan maklumat...kerana baru semalam saya dapat pamplet kelas tuisyen online...bagus memang bagus sebab murid x perlu keluar dr rumah utk pergi ke pusat tuisyen,masa yg fleksibal dan tiada lagi bebanan nak pikul buku dan sebagainya..saya jd musykil pulak...mampu ke pengajaran tanpa guru di depan mata?? mcm jugak belajar mengaji kan....sekarang makin banyak al-quran digital...tekan je pen...dah ada ustaz yang baca..sedangakn belajar mengaji tu perlukan guru untuk dengar dan betulkan bacaan kita.. setuju dgn pndapat mashitah...adakalanya perisian instruksional ini "merosakkan" generasi tanpa disedari walau pun tidak dinafikan keberkesanannya...apa pun guru memang diperlukan untuk murid menuntut ilmu walau secanggih mana pun perisian instruksional yang digunakan..
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 4, 2011 20:56:00 GMT -5
terima ksh atas penjelasan faisalkdc3.. baru la macam terbukak sikit tempurung kepala ni... hehe..
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 4, 2011 20:59:25 GMT -5
memang betul.. kita ni bila mempelajari sesuatu ilmu mesti ada guru yang mengajar.. contohnya.. apabila kita mempelajari ilmu al-Quran, kita perlu belajar secara talaqqi musyafahah.. ini bertujuan supaya apabila murid membaca dengan cara yang salah.. guru terus dapat membetulkan bacaan tersebut..
|
|