|
Post by ADMIN TMSR on Nov 2, 2011 10:05:32 GMT -5
Bagaimanakah penggunaan perisian instruksional dapat menjimatkan masa pembelajaran seseorang murid?
|
|
|
Post by sitimashitahkdc4 on Nov 2, 2011 10:33:12 GMT -5
mengikut kefahaman saya perisian instruksional ini adalah seperti penggunaan peralatan seperti projektor, tv dan juga komputer....dan pada zaman yang serba maju ini mungkin kita boleh kelakan ipad juga sebagai perisian instruksional. Ianya dikatakan dapat menjimatkan masa pembelajaran seseorang murid kerana semuanya boleh di kawal dan digunakan dengan hujung jari mereka sahaja. murid boleh mengawal dan mencari sendiri maklumat . Sekiranya di pihak guru turut menyumbang kepada penyediaan bahan seperti guru menyediakan soalan secara online dan sebagainya,ini akan menjimatkan masa , juga kertas .Malah mungkin murid boleh meneroka sendiri untuk mendapatkan maklumat
|
|
|
Post by sitimashitahkdc4 on Nov 2, 2011 10:37:46 GMT -5
lagipun kefahaman mudah dicapai oleh murid dengan adanya perisian ini kerana ia menggabungkan tulisan bersama dengan grafik yang menarik dan juga animasi yang comel-comel berbanding dngan pengajaran yang hanya menggunakan lisan dan tulisan sahaja. Warna turut memainkan peranan dalam merangsang otak murid untuk mengingat sesuatu fakta.
|
|
|
Post by sitimashitahkdc4 on Nov 2, 2011 10:43:13 GMT -5
tidak salah rasanya jika saya katakan pengajaran yang menggunakan perisian ini akan memberikan hiburan kepada murid-murid. dengan elemen animasi yang bergerak-gerak,menggunakan pelbagai warna dan bentuk akan menyeronokkan murid semasa belajar. Dalam masa yang sama ia boleh menjadi galakan kepada mereka untuk belajar sendiri. Bila budak dah tahu....x perlu tunggu arahan guru lagi..murid sendiri akan terus cari...dan cari lagi untuk dapatkan sesuatu yang lebih menarik
|
|
|
Post by zuhanakdc2 on Nov 2, 2011 19:35:58 GMT -5
perisian Instruksional mempunyai pelbagai kelebihan kerana ia memainkan peranan yg penting dalam p&p-dpt membina kemahiran kognitif-ia lebih membantu murid meningat sesuatu maklumat melalui bahan bercetak-gambar.animasi,video dll.ia juga mengalakkan pembelajaran kendiri dan pembelajaran aktif ,disamping pembelajaran yg menghiburkan serta mengatasi masalah bilangan murid yang ramai.oleh itu p&p murid dapat dijimatkan.
|
|
|
Post by roslinakdd1 on Nov 2, 2011 21:17:54 GMT -5
saya tidak x tahu apa yg dimaksudkan perisian instruksional Ttp dr pembacaan di atas apa yg blh saya faham ialah peralatan Walaupun tujuan peralatan ini adalah memudahkan p&p ttp apa yg terjadi adalah disebalik krn pengguna itu sendiri yg mengambil mudah dan x menjaga peralatan yg cukup sensetif ini. Selain itu, pengoperasiannya agak mengelirukan krn apa yg diarah x sama dgn apa yg terjadi. Ttp apabila kita mahir @ tlh biasa ia adalah salah satu cara menarik minat murid serta p&p yg cukup berkesan.
|
|
|
Post by sitiedaliekdc6 on Nov 2, 2011 22:13:53 GMT -5
Salam.. Saya belum begitu jelas tentang Perisian instruksional ini..namun saya yakin perisian ini mampu menjana minda murid dengan lebih aktif dan dengan lebih mudah mencapai objektif P&P seterusnya mencapai matlamat dan aspirasi pendidikan...
|
|
|
Post by amboaziahkdc3 on Nov 2, 2011 23:08:37 GMT -5
memang jimat masa. Klu line internet ada. komp x brmasalah, maklumat d hjug jri sja. x prlu guna krtas. guru x pyh rezo lembran kertas.
|
|
|
Post by modinkdc3 on Nov 2, 2011 23:41:57 GMT -5
penggunaan perisian instruksional dapat menjimatkan masa pembelajaran seseorang murid: -sekiranya peringkat p&p dapat dilaksana dengan betul pasti menjimatkan masa seterusnya tanpa terdapat sebarang gangguan dari pelbagai aspek contohnya bahan yang lengkap lagi sempurna.
|
|
|
Post by faisalkdc3 on Nov 3, 2011 0:50:56 GMT -5
Pengenalan
Pendidikan amat penting kepada rakyat di negara kita. Kepentingannya seiring dengan pembangunan negara. Perlu kita sedar, pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana membangunkan generasi alaf baru. Generasi abad ke-21. Generasi yang bertunjangkan kepada sistem maklumat.
|
|
|
Post by faisalkdc3 on Nov 3, 2011 0:51:23 GMT -5
Persoalannya, mampu kah atau bersedia kah teknologi diintegrasikan ke dalam teknologi instruksional? Bagaimanakah penerimaan guru, murid, pihak pengurusan sekolah atau ibu bapa ? Adakah mereka sanggup menyediakan minda dan diri mereka untuk berubah?
|
|
|
Post by faisalkdc3 on Nov 3, 2011 0:51:45 GMT -5
Patut kah teknologi diperbanyakkan di sekolah-sekolah negara kita dengan mengabaikan proses instruksional kepada teknologi yang digunakan? Atau menganggap proses instruksional akan datang dengan sendirinya apabila guru menggunakan sesuatu teknologi tersebut? Selalu kah kita berfikir teknologi itu adalah mesin dan mesin itu adalah teknologi? Jika benar,apa itu teknologi instruksional?
|
|
|
Post by faisalkdc3 on Nov 3, 2011 0:53:03 GMT -5
Definisi Teknologi Instruksional
Sebelum pergi lebih jauh adalah lebih baik diterangkan maksud teknologi instruksional. Menurut Seels & Richey, (1994,), teknologi instruksional bermaksud, perihal berkaitan teori, amalan reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap proses dan sumber pembelajaran.
|
|
|
Post by faisalkdc3 on Nov 3, 2011 0:54:27 GMT -5
Mengikut Finn (1960), pula, “instructional technology should be viewed as a way of looking at instructional problems and examining feasible solutions to those problems”. Lumsdaine, (1964), mendefinisikan teknologi instruksional sebagai, “Instructional technology could be thought of as the application of science to instructional practices”.
|
|
|
Post by faisalkdc3 on Nov 3, 2011 0:54:56 GMT -5
Amalan penggunaan teknologi di kelas
Penggunaan teknologi di kelas sudah pun bermula sekitar tahun 1920-an di Malaysia. Ketika itu guru-guru pelatih SITC (Sultan Idris Training College), Tanjung Malim, Perak diajar cara-cara membina dan menggunakan alat pandang seperti kad gambar, carta, peta, model dan bahan-bahan terbuang (sumber: Kitab Pedoman Guru, Dussek dan Mohd Hashim Talib, 1929, Kitab Pertolongan Ilmu Mengajar, Terjemahan Abd Aziz bin Din, 1948).
|
|