|
Post by faisalkdc3 on Nov 3, 2011 0:55:23 GMT -5
Mengikut Yusup Hashim, (2002,h.236), penggunaan teknologi dalam teknologi pendidikan di Malaysia dibahagikan kepada tiga zaman iaitu: 1. Zaman pra dan pos merdeka : perkembangan bahan visual dan 1949 – 1971 pandang dengar 2. Zaman 1972 – 1979 : Pengaruh media komunikasi – radio dan TV pendidikan 3. Zaman 1980 – 1990 : Perkembangan pengajaran berasaskan sumber dan pendidikan komputer
|
|
|
Post by faisalkdc3 on Nov 3, 2011 0:55:44 GMT -5
Pada zaman pra dan pos merdeka, papan hitam, papan flanel, papan kenyataan dan papan magnet digunakan sebagai bahan utama pengajaran visual manakala papan batu dan bahan bercetak sebagai bahan pembelajaran. Sekitar tahun 1950-an, teknologi ini berkembang lagi penggunaannya (dalam kelas) kepada alat pandang dan dengar seperti siaran radio dan rakaman audio.
|
|
|
Post by faisalkdc3 on Nov 3, 2011 0:56:30 GMT -5
Guru dan teknologi
Guru adalah medium dalam menyampaikan maklumat. Penyampaiannya berkesan ataupun tidak bergantung pada persediaan, latihan yang diterima, sikap dan amalan mereka terhadap pengajaran itu sendiri. Guru harus sedar, mahu tidak mahu kita akan menghadapi generasi mendatang. Generasi yang hidup dalam dunia teknologi komputer dan telekomunikasi, yang kian pesat membangun menjelang abad ke-21.
Namun begitu, keghairahan menyodok “hardware atau courseware” ke sekolah–sekolah perlu dilihat dari aspek kualiti bukannya kuantiti. Kualiti yang dimasukkan ialah kemampuan “hardware atau courseware” itu membantu pelajar belajar. Kemampuan membantu guru menggunakannya untuk mengajar dengan lebih efektif dan produktif serta interaktif dari aspek pencapaian pelajar yang ingin diukur.
|
|
|
Post by faisalkdc3 on Nov 3, 2011 0:58:49 GMT -5
|
|
|
Post by zulaikhakdc3 on Nov 3, 2011 1:14:21 GMT -5
Salam, terima kasih di atas penerangan tentang maksud perisian instruksional, saya sendiri secara jujurnya tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan istilah tersebut.
Berdasarkan pemahaman saya, saya dapat membuat kesimpulan bahawa perisian instruksional telah mula ada semenjak di zaman persekolahan kita lagi tetapi penggunaan dan pembuatannya dimodenkan seiring dengan kepesatan zaman teknologi pada hari ini.
Penggunaan peralatan yang canggih ini semestinya dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana penggunaannya dapat mengambil alih sedikit sebanyak tugas guru yang mana jika dulu...segalanya perlu dilakukan sendiri...jika mengajar murid, perlu menulis, melukis sendiri berbanding dgn peralatan yg ada...hanya onkan suis komputer, LCD, layari internet, klik mana-mana yang berkenan di hati dan menepati dgn perancangan p&p.....semuanya berada di depan mata murid-murid....bukankah ia menjimatkan masa dan lebih menarik?
|
|
|
Post by sitiganikdc3 on Nov 3, 2011 2:19:08 GMT -5
pada pendapat saya,PSPN dan PKG seharusnya berperanan secara efektif membantu guru-guru meningkatkan profesionalisme mereka dalam penggunaan teknologi instruksional, semua guru seharusnya mempunyai kefahaman tentang domain2 yang menjadi asas instruksional ini, barulah guru2 dapat memilih, merancang menentukan strategi dan matlamat pengajaran dan pembelajarannya dengan lebih sistematik.
|
|
|
Post by sitiganikdc3 on Nov 3, 2011 2:22:00 GMT -5
Model ASSURE boleh dijadikan sebagai panduan untuk merancang penggunaan media ICT dalam P&P...
|
|
|
Post by noornazilawatikdc3 on Nov 3, 2011 5:18:57 GMT -5
penggunaan perisian instruksional dpt m'jimatkan masa p'belajaran seseorg murid blh berlaku apabila semua objektif pelajaran yg dismpaikan oleh guru b'jaya diterima oleh murid dgn hanya memahami soalan,slide & video yg disediakan oleh guru melalui teknologi ict.sbgai cth murid & guru tidak perlu m'bazir masa utk m,jalankan temubual,soal jwb & eksperimen yg memerlukan msa yg agak lama utk m'cari sesuatu mklumt.murid tidak perlu merujuk kamus @ perlu ke bilik tayang yg jauh semata2 utk menonton video.melalui perisian instruksional yg serba moden sgl2nya boleh digunapakai dgn mudah dismping olahan menarik spt animasi,sound effect, p'gunaan fornt &wrna yg pelbagai drpd p'sembahan guru. selain itu ia dpt m'jimatkan masa murid memahami sesuatu topik tanpa perlu guru m'ulanginya b'ulang kali.kaedah menulis di papan putih yg byk m'bazirkan msa serta p'ggunaan lembaran kerja juga boleh ditukar kpd p'ggunaan kmptr yg lbih efisien...
|
|
|
Post by nursyarinashuibkdd1 on Nov 3, 2011 7:27:32 GMT -5
pggunaan perisian instruksional sememangnya amat menjimatkan masauntuk guru dan murid2 sekiranya semua bahan adalah lengkap...guru hanya perlu meluangkan sedikit masa untuk penyediaannya dan memang menjimatkan...tidak perlu kaedah "chalk n talk"dan tidak perlu membazir kertas utk worksheet..
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 3, 2011 7:50:55 GMT -5
Pada pendapat saya, penggunaan instruksional adalah satu panduan yang sangat praktikal. Ini kerana ianya merupakan gabungan antara penyeliaan dengan pembangunan staf dan perkembangan kurikulum.
Kat sini saya sertakan sedikit maklumat mengenai 'kepimpinan instruksional untuk dikongsi bersama.
Kepemimpinan Instruktional yang diuar-uarkan oleh Mortimore (1995) memberi tumpuan kepada perancangan strategik, mengiktiraf keperluan untuk membentuk ‘status quo’, menyalurkan tenaga ke arah proses perubahan, melindungi pelajar, memantau dan menilai kerja pelajar dan menambahbaik sekolah.
|
|
|
Post by AINON MASTURA KDC3 on Nov 3, 2011 7:51:12 GMT -5
Penggunaan perisian memang boleh menarik minat murid...cuma sebelum dilaksanakan guru-guru perlu di beri pendedahan dan kesedaran untuk menggunakannya, supaya pembaziran dapat dielakkan...ini tidak...dah disediakan OHP, slaid dipasang pada setiap kelas sudahnya terbiar begitu jer...
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 3, 2011 8:17:07 GMT -5
Nampaknya negara kita memerlukan dana yg sgt besar utk terus mengejar kecanggihan teknologi... Bermacam2 perisian diperkenalkan dan dijual di kedai2 komputer seluruh pelusuk negara.. Kita sebagai pengguna tidak terkecuali utk memiliki sesuatu yg lebih canggih...
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 3, 2011 8:30:14 GMT -5
perisian instruksional dapat menarik minat murid dalam p&p. Murid-murid dapat memahami sesuatu topik yang diajar dengan berkesan.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 3, 2011 8:31:08 GMT -5
Bagaimanakah penggunaan perisian instruksional dapat menjimatkan masa pembelajaran seseorang murid?
Instruksional merujuk Kamus Dewan bermaksud penyelidikan pengajaran. Ianya khusus utk bidang pendidikan. Masa pembelajaran seseorang murid dapat dijimatkan melalui penyelidikan pengajaran yg dilakukan oleh guru sblm memulakan P&P.
|
|
|
Post by sitimashitahkdc4 on Nov 3, 2011 8:33:02 GMT -5
adakah bila kita terlalu banyak menggunakan perisian instruksional ini...memungkinkan tiada lagi jawatan guru di negara ini kerana murid boleh meneroka sendiri untuk mendapatkan maklumat...kerana baru semalam saya dapat pamplet kelas tuisyen online...bagus memang bagus sebab murid x perlu keluar dr rumah utk pergi ke pusat tuisyen,masa yg fleksibal dan tiada lagi bebanan nak pikul buku dan sebagainya..saya jd musykil pulak...mampu ke pengajaran tanpa guru di depan mata?? mcm jugak belajar mengaji kan....sekarang makin banyak al-quran digital...tekan je pen...dah ada ustaz yang baca..sedangakn belajar mengaji tu perlukan guru untuk dengar dan betulkan bacaan kita..
|
|