|
Post by idarsujanakdd2 on Nov 4, 2011 21:45:25 GMT -5
walau secanggih mane pun teknologi...kita masih tetap perlukan manusia bergelar 'guru'- sentuhan, kasih sayang x dapat nak tanding dengan ajaran menggunakan teknologi...walaupun pun jimat masa dan di hujung jari... ;Djadi walaupun sehebat mane pun penggunaan perisian instruksional dalam pnp,guru tetap hebat... ;D
|
|
|
Post by idarsujanakdd2 on Nov 4, 2011 21:58:26 GMT -5
Persoalannya, mampu kah atau bersedia kah teknologi diintegrasikan ke dalam teknologi instruksional? Bagaimanakah penerimaan guru, murid, pihak pengurusan sekolah atau ibu bapa ? Adakah mereka sanggup menyediakan minda dan diri mereka untuk berubah? saudara faizalkdc3, kita mampu dan pastinya kita bersedia....hendak seribu daya tak nak seribu dalih...penerimaan guru, murid dan pengurusan sekolah...ye..kita harus bersikap terbuka dengan perkembangan teknologi masa kini....hendak tak nak..kita kena terima dengan hati yang terbuka...Saya rasa kita sanggup untuk berubah...kita kan sedang menuju ke arah negara maju....insyaAllah...boleh..
|
|
|
Post by rozaidikdc3 on Nov 4, 2011 23:41:56 GMT -5
Menurut Heinich (2005),media instruksional ialah media yang membawa atau mengandungi mesej untuk tujuan pengajaran.Menggunakan kaedah ini memang menjimatkan masa murid kerana secara langsung pembelajaran akses kendiri,guru hanya bertindak sbg pemantau dan pembimbing.Dengan menggunakan perisian ini juga murid dapat membuat pembelajaran mengikut aras kemahiran mereka.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 5, 2011 2:26:58 GMT -5
Wahai kengkawan!..untuk memastikan murid tidak terpesong ketika proses P&P di sinilah peranan GURU!...sebagai...PEMUDAH CARA, PENUNJUK AJAR, PEMBIMBING, PENILAI..dan banyak lagi
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 5, 2011 2:41:34 GMT -5
Peranan guru memang penting untuk mengajar murid-murid. Sekiranya murid-murid melakukan sesuatu kesalahan, guru dapat memberikan penerangan dengan lebih jelas.
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Nov 5, 2011 7:25:49 GMT -5
aslm...apa makna instruksional..tu..dah baca tapi tak faham juga...ada sesiapa boleh tolong jelaskan...
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 5, 2011 8:21:24 GMT -5
Insruksional...
Definisi: Kebolehan mempengaruhi orang lain untuk melaksanakan sesuatu tugas bagi mencapai matlamat organisasi.
Definisi Kepimpinan Instruksional
• Gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum. (Blasé, 1998)
• Gelagat secara langsung atau tak langsung yang mempengaruhi pendekatan guru mengajar dan menghasilkan pembelajaran murid serta peningkatan potensi murid. (Gupton, 2003)
• Usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses P&P dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. (Hussien, 1989)
* Leadership in instructional matters should emerge freely from both the principal and teachers. After all, teachers deliver the instructional in the classroom; they have expertise curriculum and teaching, and they have mastered a substantive body of knowledge. (Hoy, A.W, 2006)
|
|
|
Post by suzanaibrahimkdc5 on Nov 5, 2011 10:38:42 GMT -5
Perisian instruksional dapat menjimatkan masa pembelajaran seseorang murid. Banyak dapatan kajian mendapati penggunaan perisian instruksional mampu mengurangkan tempoh pembelajaran murid jika dibandingkan dengan kaedah tradisi. (Khairul Hashim, 2003)
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Nov 5, 2011 11:14:28 GMT -5
Instruksional... Definisi: Kebolehan mempengaruhi orang lain untuk melaksanakan sesuatu tugas bagi mencapai matlamat organisasi. Definisi Kepimpinan Instruksional • Gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum. (Blasé, 1998) • Gelagat secara langsung atau tak langsung yang mempengaruhi pendekatan guru mengajar dan menghasilkan pembelajaran murid serta peningkatan potensi murid. (Gupton, 2003) • Usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses P&P dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. (Hussien, 1989) * Leadership in instructional matters should emerge freely from both the principal and teachers. After all, teachers deliver the instructional in the classroom; they have expertise curriculum and teaching, and they have mastered a substantive body of knowledge. (Hoy, A.W, 2006) know i know..what is all about... terima kasih atas penerangan tersebut...
|
|
|
Post by mariyatialikc1 on Nov 5, 2011 11:55:03 GMT -5
assalamualaikum.Mengikut fahaman saya P&P yang menggunakan kemuhan IT amat menyeronokkan bagi guru juga pelajar ia boleh menambahkan lagi minat serta mempercepatkan proses kefahaman pelajar bagi satu-satu pelajaran.
|
|
|
Post by rjnorsilawatikdc6 on Nov 6, 2011 0:16:56 GMT -5
Slm, saya pun kurang pasti sangat dengan pembelajaran instruksional ni, tapi daripada apa yg telah dibincangkan diatas dapat saya simpulkan bahawa pembelajaran ini ialah dengan menggunakan teknologi yang canggih yang ada dlm era teknologi kini, ianya menjimatkan masa kerana semuanya berada dihujung jari pelajar, tekan suis dan isi laman web yang betul maka proses P&P akan berlaku dengan lebih lancar. Tetapi saya rasa ia juga perlu dengan bimbingan seorang guru yang berpangalaman dan pakar dalam teknologi ini.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 6, 2011 2:07:32 GMT -5
Saya setuju dengan pendapat kawan2. pada pendapat saya kepentingan dan kelebihan perisian instruksional dalam pendidikan adalah... 1. dapat membina kemahiran kemahiran kognitif 2. menggalakkan pembelajaran kendiri 3. menjadikan pembelajaran aktif.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 6, 2011 2:34:06 GMT -5
Disamping itu juga, ia menggalakkan pembelajaran yang menghiburkan, mempelbagaikan latar belakang dan kaedah belajar, mengatasi masalah bilangan murid yang ramai, melibatkan lebih daripada satu deria, menjimatkan masa pembelajaran dan membantu meningkatkan pencapaian akademik murid.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 6, 2011 2:36:25 GMT -5
Belek2 modul... Terdapat enam strategi yang boleh diguna pakai untuk membangunkan perisian instruksional seperti latih tubi, tutorial, simulasi, permainan instruksional, penyelesaian masalah dan sistem pembelajaran bersepadu. Baru Tau..
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 6, 2011 2:48:58 GMT -5
pada pandangan saya, perkembangan teknologi terkini menyediakan lebih banyak mod persembahan maklumat berasaskan perisiaan instruksional sebagai altenatif kepada kaedah pengajaran berasaskan media tradisi.
|
|