|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 6, 2011 2:52:00 GMT -5
Dengan peningkatan kemampuan perkakasan dan perisian komputer, persembahan maklumat berasaskan perisian telah makin meningkat dalam kalangan pengguna komputer. terutamanya guru dan murid.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 6, 2011 2:54:22 GMT -5
Tambahan... Jika dibandingkan dengan media instruksional lain, komputer merupakan alat kognitif yang paling efisyen dan efektif kerana kelebihannya dari sudut interaktiviti serta kawalan pengguna.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 6, 2011 2:56:41 GMT -5
Cuba bayangkan rakan2. Interaktiviti serta kawalan pengguna ini membolehkan murid mengawal, memanipulasi dan menjelajah maklumat di dalam perisian instruksional dan aspek ini memberi kesan yang sangat positif kepada murid.
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Nov 6, 2011 5:13:08 GMT -5
Bagaimanakah penggunaan perisian instruksional dapat menjimatkan masa pembelajaran seseorang murid?
Penggunaan perisian instruksional semestinya memberi impak yang lebih baik berbanding dengan kaedah perisian lama. Umpamanya penggunaan "smart" projektor sekiranya ada memudahkan cara penyampaian guru dan penerimaan guru. (Smart projektor- yang pernah saya lihat umpamanya dapat memancar, menggubah, mewarna,mencetak dan memudahkan urusan dalam satu masa sahaja)
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 6, 2011 6:09:26 GMT -5
Pengajaran berasaskan perisisian instruksional adalah sesuatu yang baru yg boleh diterima pakai dan digunakan oleh guru2 di sekolah..kelebihan & kelemahan pasti ada. Walaupun begitu, gurulah yg perlu menjadikannya perkara positif...
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 6, 2011 6:50:50 GMT -5
Guru perlu mengambil langkah yang bijak dalam menangani segala masalah pembelajaran dan pengajaran. Dengan menggunakan perisian instruksional, proses pnp akan menjadi lebih menarik, mudah dan cepat... Tak salah kalau kita cuba menggunakan kaedah yang baru untuk memberi pengalaman yang baru kepada murid..
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Nov 7, 2011 3:47:59 GMT -5
Guru perlu mengambil langkah yang bijak dalam menangani segala masalah pembelajaran dan pengajaran. Dengan menggunakan perisian instruksional, proses pnp akan menjadi lebih menarik, mudah dan cepat... Tak salah kalau kita cuba menggunakan kaedah yang baru untuk memberi pengalaman yang baru kepada murid.. setuju dengan pendapat anda..tetapi kalau digunakan secar meluas dengan bertukar-tukar perisian yang dibina sendiri dengan guru-guru ari sekolah-sekolah yang berhampiran adalah lebih efisen dan menjimatkan masa...
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Nov 7, 2011 7:58:25 GMT -5
syukran ..sahabat2...saya sangat teruja dengan pendapat sahabat2 yang memberi idea dan ilmu yang bernas...perkongsian ilmu ini sangat berharga
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 7, 2011 8:09:45 GMT -5
;D Bagi saya penggunaan perisian instruksional memang dapat menjimatkan masa murid kerana mereka boleh menggunakannya dalam menguasai pembelajaran mereka secara kendiri. guru perlu memberi menyusun pengajaran mereka agar menjadi lebih efisen.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 7, 2011 8:34:14 GMT -5
Tapi sebelum kita perkenalkan perkara baru kepada murid-murid..guru perlu lebih bersedia..dengan menggunakan perisian2 baru seperti instruksional..segalanya mungkin...
|
|
|
Post by sitirahmahkdd2 on Nov 7, 2011 10:00:07 GMT -5
Bagi saya penggunaan perisian instruksional akan menjadikan P&P lebih menarik dan berkesan disamping memupuk minat murid - murid supaya meminati bidang ICT.
|
|
|
Post by sitirahmahkdd2 on Nov 7, 2011 10:03:00 GMT -5
Memandangkan zaman kini ICT amat penting jadi perisian ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan murid - murid tentang ICT.
|
|
|
Post by sitimashitahkdc4 on Nov 7, 2011 10:23:07 GMT -5
setuju dgn salwakdd2....untuk mendidik di dalam era IT ini guru2nye perlulah bijak untuk mencari ruang dalam kengkangan masa yang ada sekarang( urusan kerja&peribadi yang x putus2 datang )...pintar dalam membina dan berkongsi bahan dengan sekolah2 berhampiran...barulah namanya PERKONGSIAN PINTAR kan...
|
|
|
Post by ainonmasturakdc3 on Nov 7, 2011 10:41:39 GMT -5
...Penggunaan perisian instruksional dapat menjimatkan masa atau lebih berkesan sekiranya ia berfokuskan kepada apa yang ingin disampaikan... Ia juga dapat mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar dan boleh menghiburkan pelajar..
|
|
|
Post by ainonmasturakdc3 on Nov 7, 2011 10:45:39 GMT -5
Penggunaan perisian instruksional ini juga dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dengan melibatkan pelbagai deria pelajar.. contohnya, penggunaan visual diikuti audio melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuhan...
|
|