|
Post by shamsidahkdd1 on Nov 7, 2011 10:48:37 GMT -5
Salam. mengikut fahaman saya, dgn menggunakan perisian instruksional ni, bkn masa murid shj yg dpt dijimatkan, malah masa guru juga. Disini, teknik self access learning berlaku. segala arahan dan info yg diperlukan ada didalam perisian, jd murid dapt melaksanakan tugasan atau kerja mengikut rentak atau tahapnya sendiri, termasuk menyemak kerja sendiri (bg sesetengah perisian). Guru hanya monitor dan memberi bimbingan sekali-sekala shj. ;D
|
|
|
Post by ainonmasturakdc3 on Nov 7, 2011 10:51:39 GMT -5
Penggunaan perisian instruksional ini juga dapat menjimatkan masa pelajar dengan membantu pelajar mendapatkan kesan yang maksimum dengan penggunaan yang minimum... Ia juga dapat memperkayakan pengalaman pelajar... contoh: kejadian yang tidak pernah pelajar alami boleh mereka saksikan sendiri...
|
|
|
Post by idarsujanakdd2 on Nov 7, 2011 10:58:20 GMT -5
Bagaimanakah penggunaan perisian instruksional dapat menjimatkan masa pembelajaran seseorang murid? murid boleh menjawab penilaian kendiri tanpa perlu guru di depan. Jimat masa murid. Bagi murid yang bagus...tak perlu tunggu murid yang lambat...lebih-lebih lagi dari segi soalan yang perlukan latih tubi...
|
|
|
Post by idarsujanakdd2 on Nov 7, 2011 11:03:32 GMT -5
saya tertarik dengan penggunaan perisian instruksional dari segi tutorial.pada pendapat saya,Murid dapat mengulangi sesuatu topik mata pelajaran berulang kali...yang mana guru tak mungkin nak ulang tajuk tu berkali-kali....di sini pembelajaran kendiri begitu penting...tapi masalahnya..kalau murid tu sendiri tak berminat n malas...secanggih mana pun teknologi x ke mana juga....sikap pun penting dalam hal sebegini...
|
|
|
Post by idarsujanakdd2 on Nov 7, 2011 11:08:32 GMT -5
menyentuh tentang simulasi pula....penggunaan perisian instruksional juga bagus..kita dapat jimatkan kos dari membeli peralatan sebenar yang kos nya agak tinggi. saya ada tengok guru KH gunakan ICT dalam simulasi...emmm....bagus..gambar dia cantik...3D..murid pun suka...murid terlibat sangat aktif...
|
|
|
Post by idarsujanakdd2 on Nov 7, 2011 11:11:33 GMT -5
bagus perisian instruksional ni...banyak kebaikan dia...murid memang suka...sebab ia gabungkan pendidikan dengan hiburan..
|
|
|
Post by norainkdc2 on Nov 7, 2011 11:53:54 GMT -5
Perisian instruksional sebagaimana yang ingin kita adakan? Adakah guru-guru kita sudah memiliki kemahiran untuk menghasilkan sendiri perisian itu kerana perisian yang berada di pasaran ketika ini kebanyakkannya tidak memenuhi keperluan guru kerana perisian yang dihasilkan kadang kala hanya berpusatkan kepada keuntungan sahaja. Ada yang mengatakan perisian ini akan menjimatkan masa dan memudahkan pengajaran dan pembelajaran, ada betulnya...tetapi, sebaiknya sesuatu perisian itu perlulah dibangunkan sendiri oleh pihak guru hanya kerana manikam sahaja yang mengenal jauhari! hehehe....
|
|
|
Post by mazhamabdullahkdc4 on Nov 7, 2011 12:45:40 GMT -5
penggunaan ict dalam pengajaran dan pembelajaran memang menyeronokan murid,rata-rata murid menunggu dan ada yanng tak sabar ke sekolah kalau guru mengajar dalam pelbagai kaedah yang menarik minat mereka.
|
|
|
Post by wandianakdc4 on Nov 7, 2011 19:41:51 GMT -5
pelajar sekarang amat tertarik dengan pengajaran berbentuk ict berbanding jika guru hanya menggunakan papan tulis dan buku sahaja.
|
|
|
Post by mariyatialikdc1 on Nov 7, 2011 20:36:45 GMT -5
Assalamualaikum.Guru adalah medium dalam menyampaikan maklumat. Penyampaiannya berkesan ataupun tidak bergantung pada persediaan, latihan yang diterima, sikap dan amalan mereka terhadap pengajaran itu sendiri. Guru harus sedar, mahu tidak mahu kita akan menghadapi generasi mendatang. Generasi yang hidup dalam dunia teknologi komputer dan telekomunikasi, yang kian pesat membangun menjelang abad ke-21.
|
|
|
Post by raihankdd1 on Nov 7, 2011 20:48:35 GMT -5
Perisian ini pd pandangan saya dapat menjimatkan kertas sekaligu dapat membuatkan murid mahir dalam penggunaan IT. Di pihak guru akan lebihefisyen jika dapat menyediakan soalan yang dapat meransang minda para pelajar.
|
|
|
Post by raihankdd1 on Nov 7, 2011 20:51:05 GMT -5
Penggunaan atau pendedahan yang berterusan menggunakan perisian ini akan membuatkan pelajar dapat mempelajari sesutu topik dengan lebih mendalam,sekaligus dapat meningkatkan bilangan pelajar yang celik IT
|
|
|
Post by moehalidadaudkdc5 on Nov 7, 2011 21:19:15 GMT -5
Penggunaan perisian yang berjaya dilaksanakan oleh guru , boleh meningkatkan motivasi murid untuk mempelajari sesuatu topik, murid akan mudah faham serta lebih jelas tentang sesuatu konsep yang dipelajari.
|
|
|
Post by raihankdd1 on Nov 7, 2011 21:27:10 GMT -5
Penggunaan perisian instruksional didapati dapat membuatkan proses p&p berjalan lancar dan lebih menarik.Penggunaan gambat atau animasi yang berwarna warni serta ada pergerakan membuatkan pelajar lebih minat sesuatu matapelajaran yang diajar.
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 8, 2011 2:32:19 GMT -5
Perisian Instruksional mempunyai pelbagai kelebihan kerana ia memainkan peranan yg penting dalam pnp-dapat membina kemahiran kognitif-ia lebih membantu murid mengingati sesuatu maklumat melalui bahan bercetak-gambar.animasi,video dan lain-lain. Ia juga mengalakkan pembelajaran kendiri dan pembelajaran aktif ,disamping pembelajaran yg menghiburkan serta mengatasi masalah bilangan murid yang ramai..
|
|