|
Post by roslizamohamadkdc1 on Nov 8, 2011 2:32:58 GMT -5
Penggunaan perisian instruksional dapat menjimatkan masa pembelajaran seseorang murid dengan cara: 1. membina kemahiran kognitif-proses pengulangan yang dilakukan lebih membantu murid mengingati sesuatu maklumat. 2. menggalakkan pembelajaran kendiri-murid dapat mengawal pembelajaran berdasarkan tahap kemampuan serta kesesuaian mereka. 3. menjadikan pembelajaran aktif-dapat menarik minat dan tumpuan murid, membina ingatan jangka panjang, pembelajaran lebih pantas dan meningkatkan motivasi belajar. 4. mempelbagaikan kaedah dan latar belakang belajar 5. mengatasi masalah murid yang ramai-kebolehan menyampaikan maklumat kepada setiap murid secara individu serta menjamin pencapaian yang baik. 6. melibatkan lebih daripada satu deria-menggerakkan setiap deria murid untuk terlibat sama dlm proses pnp dan ia membawa impak positif terhadap pembelajaran.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 8, 2011 2:35:23 GMT -5
Dapat menjimatkan masa murid kerana jika murid inginkan sesuatu maklumat dengan cepat dalam satu-satu masa atau di dalam kelas mereka tidak perlu untuk berkejaran ke perpustakaan atau ke kedai buku untuk mencari maklumat.
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 8, 2011 4:49:38 GMT -5
Penggunaan perisian instruksional ini ada banyak kelebihan.. antaranya ialah dapat meningkatkan motivasi murid, membolehkan pembelajaran bersendiri, membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi dan memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang memiliki pelbagai keupayaan...
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 8, 2011 6:29:57 GMT -5
Selain itu. penggunaan ini membolehkan murid mengawal, memanipulasi dan menjelajah maklumat yang diingini.
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 8, 2011 7:04:29 GMT -5
Penggunaan Instruktional oleh pelajar dapat menjimatkan masa pelajar kerana......pelajar boleh mencari maklumat pada bila-bila masa yang dikehendaki tanpa menunggu guru.Ianya juga dapat memberi keseronokan dalam mencari maklumat.Pelajar juga dapat menyerap sebanyak mana maklumat yang dikehendaki dari pelbagai sumber dan ianya juga dapat meningkatkan kefhaman murid dengan cara mereka sendiri.
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Nov 8, 2011 7:36:07 GMT -5
saya setuju ngan k mai tu.... ;D
|
|
|
Post by salehawatikdc6 on Nov 8, 2011 7:43:21 GMT -5
Pembelajaran secara instruksional sememangnya mampu menjimatkan masa dan sangat berkesan untuk mencapai objektif yang di tentukan. Dengan memastikan segala perkakasan dan perisian dapat digunakan sebelum P&P dan setiap guru harus mahir mengendalikan perisian tentang pemb. yang akan diajar sudah pasti ianya akan menjimatkan masa. Ini kerana ramai murid telah berkemahiran menggunakan komputer dan internet. Ringkasnya pembelajaran berasaskan instruksional ini sangat membantu guru dan murid dalam sesuatu topik.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 8, 2011 8:32:52 GMT -5
Saya sokong pandangan salehawatikdc6... Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan yg boleh kita perolehi daripadanya...
|
|
|
Post by wanrazidakdc6 on Nov 8, 2011 9:07:28 GMT -5
pengajaran berbantukan ICT boleh menarik minat murid. dengan menggunakan strategi instruksional objektif senang dicapai kerana penayangan simulasi dan gerak laku serta gambaran sesuatu penerangan jelas. contoh kita hendak mengajar cara solat, perlakuan dan gerakan ditunjukkan. jadi murid lebih jelas dan faham sebelum mereka membuat perlakuan yang sebenar
|
|
|
Post by norlizahkdc3 on Nov 8, 2011 9:35:06 GMT -5
saya amat menyokong penggunaan teknologi dalam pengajaran sangat berkesan, kerana saya telah menggunakannya untuk murid pendidikan khas, dan ianya berjaya menarik minat malahan membantu murid ini mengingati apa yang dipelajari dengan mudah.
|
|
|
Post by norainieksonkdc4 on Nov 8, 2011 21:32:32 GMT -5
Saya memang bersetuju penggunaan perisian instruksional. Ia boleh menarik minat murid untuk belajar. Guru boleh menjadi pembimbing atau fasilitator ketika murid mencari bahan. Secara tidak langsung murid mendapat pengetahuan yang banyak dan tidak hanya terhad dengan pengajaran guru semata-mata.
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Nov 8, 2011 21:38:27 GMT -5
pendapat wan razida memang betul....pengisian instruksional amat membantu guru ...murid2 pun mudah memahami dan mengamalkan apa yang diajar
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Nov 8, 2011 21:42:27 GMT -5
penggunaan perisisan instruksional di dalam bilik darjah sangat membantu guru2 dan murid2 untuk menguasai isi pelajaran. Ia juga dapat menjimatkan masa murid-murid menyalin dan menjawab. Dengan adanya perisisan ini murid2 boleh menjawab lebih banyak soalan sebagai latih tubi. Ianya sangat sesuai untuk murid2 yang berada di tahun2 peperiksaan.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 8, 2011 22:54:10 GMT -5
Instruksional adalah idea terbaik kini bagi menggantikan penggunaan media sejak tahun 1905 iaitu projektor filem sehinggalah tv pendidikan. Sehingga tahun 1960 an, tv pendidikan adalah satu2nya medium instruksional sampailah era penemuan komputer.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 8, 2011 23:29:58 GMT -5
Penggunaan perisian instruksional juga penting kerana melaluinya secara tidak langsung akan meningkatkan penulisan murid, meningkatkan pembelajaran koperatif dan juga meningkatkan integrasi kurikulum.
|
|