|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 8, 2011 23:31:34 GMT -5
tambahan.... ia juga membuatkan guru bertambah kreatif kerana kepelbagaian strategi gaya pembelajaran, meningkatkan komunikasi guru, meningkatkan perhubungan masyarakat dan meningkatkan pembelajaran secara global.
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 9, 2011 2:37:04 GMT -5
Penggunaan teknologi sememangnya untuk memudahkan dan menjimatkan masa.Dalam P&P sekarang,mmg diglakkan sekali kita menggunakan teknologi ini .Mengapa dan kenapa yer?.....Pastinya untuk kemudahan dan menjimatkan masa.Jika dulu,murid belajar mengadap guru dan buku.Hendak mencari maklumat perlu ke library.Namun dengan adanya perisisan instruksional ini,segalanya dihujung jari.Tidak perlu kemana2......namun penggunaannya perlu dipantau.
|
|
|
Post by sharipahnorakdc5 on Nov 9, 2011 3:04:12 GMT -5
banyak manfaat dan kelebihan dari teknologi intruksional.. murid dapat mengakses maklumat secara langsung dan pantas. bahan bantu seperti video, audio pula dapat menambahkan minat murid terhadap pelajaran. minat juga dapat dikekalkan. ::)
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 9, 2011 3:52:19 GMT -5
Betul tu k.emy guru dan ibu bapa perlu memantau penggunaan ICT. memang ICT bagus tapi ada pro n kontranya.
|
|
|
Post by rozitasamatkdc5 on Nov 9, 2011 4:26:17 GMT -5
Penggunaan instruksional dapat membantu pelajar belajar dengan mudah...ada setengahnya lebih cepat tahu setiap perkara yang berlaku .Yang penting penggunaan ict disekolah dan dirumah perlulah terkawal..
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 9, 2011 7:00:14 GMT -5
Kepakaran dan berkemahiran dalam penggunaan perisia instruksional amatlah penting.Jika kita berkemahiran maka ianya akan menjadi satu kemudahan dan jika sebaliknya,ia akan membazirkan masa dengan sibuk memasang dan membelek sana sini dan akhirnya masa terbuang begitu sahaja.
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 9, 2011 7:04:00 GMT -5
Mari kita bersama-sama mencadangkan dan mencari peluang untuk untuk mempelajari segala kemahiran teknologi yang ada sekarang.Ayuh.......jangan kita jauh ketinggalan kebelakang.Moga kita akan menjadi guru yang kreatif dan proaktif.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 9, 2011 7:04:01 GMT -5
Mm k.emy kadang-kadang dengan membelek sana sini sesuatu perisian adalah baik kerana kita akan tahu setiap maklumat dan apa kompenen yang ada.
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 9, 2011 7:07:39 GMT -5
Redza......nak membelek satu2 perisian tu perlulah ada ilmu dan kemahiran.Memang nak tahu maklumat dan komponen yang ada,tapi kalau main redah aje bahaya juga.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 9, 2011 7:11:03 GMT -5
Betul tu k.emy. sebab tu kemahiran itu sangat penting. begitu juga disiplin penggunaannya.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 9, 2011 8:35:18 GMT -5
Perisian ini menjadikan kita sebagai guru lebih kreatif dan inovatif...sebab kita akan sentiasa mengolah ICT untuk menjadikan P&P kita lebih menarik dari masa ke semasa
|
|
|
Post by azizahabubakarkdc3 on Nov 9, 2011 8:40:43 GMT -5
Guru tidak perlu memberi penerangan secara panjang lebar kerana kandungan isi pelajaran dalam perisian instruksional amat menarik dan senang difahami.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 9, 2011 8:43:48 GMT -5
benar...perisisan ini telah lengkap dengan item2 penting dlm P&P...
|
|
|
Post by zulkarnainkdc5 on Nov 9, 2011 8:49:32 GMT -5
kebanyakkan manusia yang menggunakan iCt adalah untuk hiburan dan permainan hanya segelintir sahaja yang digunakan untuk mencari ilmu ......fikir - fikirkanlah
|
|
|
Post by zulkarnainkdc5 on Nov 9, 2011 8:53:18 GMT -5
Penggunaan perisian instruksional (pengajaran)sukar dijalankan di sekolah kerana alat yang ada tidak mencukupi dan tidak diselenggarakan dengan baik ... jadi harapan untuk memudahkan P & P hanyalah angan - angan jika tidak disertai dengan penglibatan semua pihak termasuk kerajaan
|
|