|
Post by rozaidikdc3 on Nov 4, 2011 23:28:46 GMT -5
perancang yang baik ialah bersedia dengan pelbagai pelan dan bertindak mengikut apa yang dirancang dan bersedia menghadapi segala kemungkinan dengan alternatif plan.Dalam perancangan sumber teknologi cabaran biasanya berlaku ketika proses pelaksanaan spt blackout,komputer 'hang',ancaman virus,kerosakan peralatan dan sbgnya.Sbg seorang guru juga perancang mesti bersedia dengan alternatif plan bagi menjayakan p&p ikut kreativiti yang ada spt menggunakan model relia,simulasi,lakonan,metafora dan banyak lg.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 5, 2011 2:43:03 GMT -5
Berbagai-bagai takrifan telah diberikan mengenai teknologi pendidikan... setakat ingin berkongsi...
Menurut Crowell (1971):Encyclopedia of Education, "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"
"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran" (Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)
Kesimpulannya, teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 5, 2011 2:58:34 GMT -5
Persoalan mengapa perlu merancang sumber teknologi?.. 1. Tentunya bagi melicinkan proses P & P kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. 2. Boleh menjimatkan masa, tenaga dan wang. 3. Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat murid. Ia juga boleh menghiburkan.. 4. Mengelakkan berlakunya masalah tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. 5. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. 6. Melibatkan pelbagai deria murid. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan murid. 7. Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar. 8. Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. 9. Memperkayakan pengalaman murid. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya. Remember!.. If you fail to plain you are planning to fail....
|
|
|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Nov 5, 2011 7:39:11 GMT -5
saya setuju dgn pendapat syarinakdd1.perlunya pelab B sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. mana-mana aktiviti perlu ada pelan B kerana ianya akan melicinkan perancangan sekiranya berlakunya perkara yang tidak diduga.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 5, 2011 8:07:02 GMT -5
Saya suka dgn komentar pn.samsilakdc2... Banyak yg dpt kita fahami disitu..
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 5, 2011 9:47:22 GMT -5
saya juga setuju dengan penerangan serba ringkas tapi padat oleh pn.samsilakdc2... ia menunjukkan sesuatu yang boleh kita buat persediaan mengajar secara mudah dan tidak menyusahkan.. sangat membantu..
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 5, 2011 10:12:27 GMT -5
saya nak jawab soalan kak imakdc4... cara2 melindungi komputer dari terkena virus.. Gunakan program perisisan anti-virus untuk mengesan serangan virus.... Kebanyakkan program perisian anti-virus boleh menghapuskan virus dan menyelamat data apabila dikesan. Bagaimanapun, sesetengah virus tidak dapat dihapuskan.. dalam situasi ini, pengguna komputer terpaksa membatalkan fail itu untuk menghapuskan virus..
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 5, 2011 10:15:34 GMT -5
untuk dikongsi bersama... Tanda-tanda komputer terkena serangan virus: 1) Perubahan persembahan sistem komputer 2) Masa respon sistem komputer semakin lembap. 3) Persembahan mesej silap atau aneh. 4) Memori atau kapasiti disket tiba-tiba kurang. 5) Terdapan kesan bunyi atau muzik yang abnormal... Jika itu berlaku... segeralah dapatkan rawatan untuk komputer atau laptop anda... hehehe...
|
|
|
Post by shamsidahkdd1 on Nov 5, 2011 10:26:54 GMT -5
Salam... sebagai guru, dah jadi tugas kita utk merancang p&p yang bakal dijalankan. Sama juga merancang sumber teknologi , tanpa perancangan, pengajaran masih boleh berlaku cuma perjalanannya mungkin tidak lancar. Penggunaan bahan teknologi perlulah diuji penggunaannya terlebih dahulu dan kita mestilah ada back up plan sekiranya bahan teknologi tidak berfungsi atau bermasalah.
|
|
|
Post by suzanaibrahimkdc5 on Nov 5, 2011 10:58:53 GMT -5
Guru perlu merancang penggunaan sumber teknologi bagi melancarkan pengajaran. Sumber teknologi bermaksud bahan / alatan ICT yang digunakan semasa pengajaran seperti Video you tube, powerpoint dan sebagainya. Penggunaannya perlu dirancang bagi memastikan ianya bersesuaian dengan isi pelajaran serta dapat menarik minat murid .
|
|
|
Post by mariyatialikc1 on Nov 5, 2011 12:13:15 GMT -5
assalamualaikum.perancangan yang teratur sangat perlu kerana ia melambangkan tercapai atau tak P&P yang kita laksanakan labih-lebih lagi jika menggunakan sumber IT.Walaubagaimanapun ancaman virus boleh mengagalkan semua perancangan kita jika kita kurang bernasib baik.
|
|
|
Post by rjnorsilawatikdc6 on Nov 5, 2011 23:53:04 GMT -5
Slm, pd pendapat saya pula, kita perlu membuat perancangan awal dengan teliti sekurang-kurangnya sehari sebelum proses P&P dilaksanakan, selain daripada plan asal iaitu menggunakan teknologi ICT, kita juga perlu menyediakan satu plan lain, sekurang-kurangnya lembaran kerja utk murid sekiranya berlaku sesuatu keadaan yang tidak diingini, contohnya berlaku kerosakan pada CD, video, LCD dan sebagainya.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 6, 2011 2:14:39 GMT -5
Perancangan sumber teknologi sangat penting kerana ia dapat membantu golongan murid dan golongan guru dalam aspek penjimatan masa, tenaga dan kewangan.
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Nov 6, 2011 5:05:18 GMT -5
Faktor masa dapat diatasi jika perancangan menggunakan sumber teknologi dalam pembelajaran diambilkira sebelum sesuatu pembelajaran dijalankan. Merancang dengan baik juga dapat memudahkan para menerima apa yang diajar dan berkesan. Cabarannya pasti ada dalam setiap apa yang akan disampaikan menggunakan sumber teknologi. Kecekapan guru, cara penyampaian, kesedian perkakasan dan isi kandungan apa yang hendak disampaikan adalah antara cabaran yang pasti diatasi sekiranya mahu menggunakan sumber teknologi dalam pembelajaran.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 6, 2011 6:12:55 GMT -5
Sumber Teknologi kini sudah terlalu banyak..jika kita ada komputer dan internet...bila2 masa saja kita boleh mendapatkan maklumat drpd pelbagai laman sesawang. Taipkan apa saja maklumat yg dikehendaki...dan klik...pasti terpapar apa yg kita cari... Namun begitu, setiap sumber yg kita dapati perlulah diberi perancangan yg baik sebelum digunakan dlm P&P supaya ianya berkesan dan berbaloi...
|
|