|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 6, 2011 6:47:01 GMT -5
apa pun sumber yang kita gunakan samada sumber teknologi mahupun bahan maujud... apa yang penting, murid dapat menerima dan memahami isi pelajaran yang kita sampaikan. Namun yang demikian, dengan adanya pelbagai bahan, murid akan lebih cepat menerima sesuatu pelajaran serta akan kekal lebih lama dalam ingatan...
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 6, 2011 7:08:38 GMT -5
Gabungkan ilmu ICT dengan bahan maujud..itulah guru yg kreatif dan inovatif...pasti P&P lebih berkesan dan murid lebih terangsang utk belajar.
|
|
syafie_kdd2
Full Member
FAILURE is not an option...
Posts: 100
|
Post by syafie_kdd2 on Nov 6, 2011 19:14:29 GMT -5
Perancangan sumber teknologi amat perlu supaya bagi mengelakkan terjejasnya sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh jika kita bercadang untuk menggunakan LCD Projektor. Kita perlu bersedia dengan "PLAN B". Kerana dikhuatiri jika terputusnya bekalan elektrik.
|
|
|
Post by ainonmasturakdc3 on Nov 6, 2011 22:06:17 GMT -5
Perancangan sumber teknologi amat penting dalam proses P&P kerana dengan penggunaan teknologi yang terancang boleh menjimatkan masa, tenaga dan kos..
|
|
|
Post by ainonmasturakdc3 on Nov 6, 2011 22:12:04 GMT -5
Penggunaan sumber teknlogi mesti dirancang penggunaannya dalam tiga peringkat : -sebelum kegunaan: merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. -semasa kegunaan : merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran. -selepas kegunaan: merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
|
|
|
Post by adillahsaidkdc1 on Nov 7, 2011 1:31:57 GMT -5
Kita hendaklah membuat perancangan awal sekiranya kita hendak menggunakan sumber teknologi sebagai salah satu BBM kita. Ditakuti sekiranya tiada perancangan awal, masa kita nak mengajar LCD x hiduplah,cd yg kita nak guna x boleh bukalah..... Oleh itu, kita kena pastikan Sumber Teknologi tersebut dalam keadaan baik...
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Nov 7, 2011 4:10:18 GMT -5
saya setuju dengan adilah kdc1...apapun yang hendak kita lakukan dalam p&p perlulah ada perancngan yang rapi .Sekiranya penggunaan sumber teknologi tiada perancangan maka perjalanan p&p akan terganggu...
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 7, 2011 8:11:58 GMT -5
Betu 2 sufa tanpa perancangan rosaklah segalanya.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 7, 2011 8:31:14 GMT -5
Semua perkara perlu ada perancangan..apalagi bidag ICT yg sentiasa 'baru'...
|
|
|
Post by idarsujanakdd2 on Nov 7, 2011 10:53:09 GMT -5
guru yang proaktif akan sentiasa merancang sumber teknologi dengan baik....
|
|
|
Post by norainkdc2 on Nov 7, 2011 12:01:28 GMT -5
Saya amat setuju dengan perancangan awal ini kerana kita mampu bertindak sekiranya mengalami apa-apa masalah semasa P&P. Ia umpama mempunyai plan B ataupun C apabila plan A gagal. Antara masalah-masalah yang biasa dihadapi ialah seperti video yang dihasilkan tidak dapat dimainkan atau lcd projektor gagal berfungsi. Dengan penyediaan yang baik, semua masalah ini mungkin dapat diatasi dengan cepat. Teringat satu masalah yang dihadapi rakan yang sedang dipantau oleh guru P Kanan apabila laptop yang digunakan tidak berfungsi dan apabila diperiksa....kabel power tidak disambung kepada puncanya....heheheh...jadi, perancangan perlu ada dan jangan mudah panik apabila menghadapi masalah yang tak dijangka!
|
|
|
Post by idarsujanakdd2 on Nov 7, 2011 20:19:40 GMT -5
nak share pengalaman ...siap dah semua kelengkapan nak pasang LCD dalam kelas..tiba-tiba...bukan blackout tapi ada masalah dengan LCD...ambil 10 minit jugak nak check...nasib baik ada plan B...inilah cabaran yang perlu di hadapi.. kadang-kadang menyusahkan jugak...tp perancangan memang penting...
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 7, 2011 23:52:28 GMT -5
Teknologi bukan sahaja terletak pada alat dan mesin. Malah ia merangkum proses dan idea sesuatu pengajaran. Perancangan sumber teknologi melibatkan perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea seperti pendekatan, teori dan kaedah sesuatu p&p
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 7, 2011 23:58:06 GMT -5
idarsujana kdd2..
saya juga pernah mengalami keadaan yang sama. masa tengah mengajar ada teknikal problem ngan LCD. Dah la time tu kena observe. Nasib baik saya prepare alat abm yang lain.
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Nov 8, 2011 0:26:19 GMT -5
idarsujana & arifahabarif....itulah cabaran kita sebagai seorang guru....sentiasa cuba yang terbaik walaupun menghadapi pelbagai dugaan,apapun sahabat semua..kuatkanlah semangat untuk terus menulusuri zaman IT yang serba canggih ini....
|
|