|
Post by sufadewisukorkdc4 on Nov 8, 2011 0:28:29 GMT -5
setiap usaha dan niat kita yang ikhlas akan Allah balas didunia dan akhirat....yang penting semuanya perlu IKHLAS
|
|
|
Post by yusfidakdc4 on Nov 8, 2011 1:13:34 GMT -5
Merancang sumber teknologi ialah membuat perancangan dan persediaan dari aspek tajuk pelajaran, objektif, aktiviti ,kaedah dan juga bahan bantu mengajar terutama sekali yang melibatkan bahan ICT. Seseorang guru itu perlu merancang agar apa yang diajar tidak terpesong drpd tajuk dan juga objektif selain dapat menarik minat murid dengan aktiviti yang dijalankan. Memang cabaran tetap akan wujud walaupun guru telah merancang dengan sebaik mungkin sebelum pengajaran dilakukan terutama yang melibatkan ICT seperti serangan virus, internet down dsb. oleh itu, guru harus bersedia dengan bahan 'hardcopy' sekiranya itu berlaku. Namun begitu, cara ini sebenarnya agak membuang masa guru untuk menyediakan bahan lain yang berkaitan dan bersesuaian. Oleh itu, guru haruslah merancang dengan sebaik mungkin sebelum pengajaran dijalankan.'GURU YANG TIDAK MERANCANG ADALAH TEMBERANG'.
|
|
|
Post by roslizamohamadkdc1 on Nov 8, 2011 2:08:11 GMT -5
Maksud merancang sumber teknologi sebelum pengajaran bermula ialah meliputi perancangan apa yang akan diajar, bagaimana ia akan diajar, teknologi yang terlibat serta bagaimana untuk mengintegrasikan teknologi dalam proses pnp. Proses perancangan ini melibatkan 2 peringkat iaitu peringkat sekolah dan daerah dan seterusnya peringkat guru.
Perancangan ini perlu bagi memastikan pengintegrasian teknologi di sekolah berkesan dan dapat membantu murid untuk lebih bersedia menghadapi dunia luar yang semakin mencabar serta melahirkan murid yang berdaya saing.
Antara cabaran dan rintangan apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan ialah: 1. ia akan merugikan murid dan menjadikan proses pnp kurang berkesan. 2. tidak dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar secara tradisional. 3. penglibatan guru dalam penggunaan komputer tidak produktif 4. kekurangan peralatan, latihan, kepakaran dll akan menggagalkan pelaksanaan pengintegrasian.
|
|
|
Post by wandianakdc4 on Nov 8, 2011 2:14:53 GMT -5
Perancangan sumber teknologi perlu sebagai persediaan sebelum pengajaran , semasa dan penilaian selepas P&P. Langkah-langkah perancangan amat penting bagi memastikan P&P berjaya dilaksanakan.
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 8, 2011 2:21:40 GMT -5
Merancang sumber teknologi sblm p&p bermula pula bermaksud:rancangan awal yg mengambilkira penggunaan bbm/sumber teknologi tersebut adakah sesuai dilaksanakan pd set induksi, pada peringkat perkembangan p&p atau pun pd peringkat penutup... perancangan yg lain spt memastikan dimana, pd bila atau berfungsikah sumber teknologi itu hendaklah diambil kira.
Mengapa kita perlu merancang?p&p yg melibatkan p'ggunaan sumber teknologi dpt menarik minat, minda, m'perkembangkan idea murid2 sekaligus ia dpt m'beri keseronokan belajar bkn saja kpd murid2 malah guru itu sendiri.Penggunaan sumber yg dilaksanakan tanpa perancangan yg rapi blh menyebabkan sesuatu ilmu itu kurang b'jaya atau gagal disampaikan dgn jayanya.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 8, 2011 2:48:35 GMT -5
pada saya Perancangan sumber teknologi berkait dengan perancangan saya semasa sesi p&p iaitu, tajuk yang akan diajar, bagaimana untuk mengajar, teknologi apa yang akan digunakan bagi memastikan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran berlaku.
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 8, 2011 4:26:07 GMT -5
Guru perlu merancang P&P bermula dari awal hingga akhir sesi pengajaran menggunakan sumber teknologi supaya ia dapat menarik minat murid dengan memberi satu pengalaman yang baru serta ia akan dapat mengekalkan penumpuan murid terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran...
|
|
|
Post by norazzarahtonkdc4 on Nov 8, 2011 4:30:22 GMT -5
Perancangan yang tepat untuk mengendalikan sessi pengajaran. Mungkin kepelbagaian media untuk menghasilkan satu situasi pembelajaran yang interaktif.
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 8, 2011 5:40:35 GMT -5
Perancangan sumber teknologi adalah perancangan guru sebelum memulakan P&P menggunakan ICT.Sebelum P&P bermula, guru perlu merancang kerana ianya akan memainkan peranan samada pengajaran guru itu berkesan dan dapat memberi impak kepada murid atau tidak.Ianya juga perlu perancangan kerana jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka,maka guru mempunyai pilihan lain untuk memulakan P&P tanpa mengganggu pembelajaran.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 8, 2011 6:23:56 GMT -5
;)setuju dengan maizatulemly plan kedua penting jika perancangan penggunaan sumber teknologi tidak berjaya.
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 8, 2011 7:28:51 GMT -5
Perancangan adalah perkara penting dalam satu-satu perkara yang kita lakukan.Saya sokong pendapat sahabat kita bahawa ancaman terbesar dalam ICT adalah Virus......
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 8, 2011 7:31:38 GMT -5
Ancaman selain virus adalah apabila terputusnya talian elektrik.......apa nak buat.laptop ada bateri tapi yang lain......perlu ada perancangan untuk segala-galanya.
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Nov 8, 2011 7:33:30 GMT -5
virus mmg ancaman yg paling 'dahsyat'...lap top sy ni pon dh bnyk kali di reformet....itulah...disebabkan bnyak bhn2 yg perlu kita cr di dlm internet...maka nak x nk kena 'hadapi' lah juga ancaman 'virus' ni kak mai...
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 8, 2011 8:36:24 GMT -5
Orang yang mempunyai perancangan yang baik adalah orang yang berjaya...
|
|
|
Post by wanrazidakdc6 on Nov 8, 2011 10:01:35 GMT -5
salam ..... saya setuju dengan salwa KDD2. kita perlu rancang pengajaran dari segi objektif P&P dan seangkatannya bukan sekadar kita menggunakan ICT tetapi sekadar untuk pengisian sahaja.
|
|