|
Post by ruzimahmjaidkdc5 on Nov 8, 2011 15:02:01 GMT -5
Apakah yang dimaksudkan merancang sumber teknologi sebelum pengajaran bermula. Mengapa kita perlu merancang? Apakah cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan? Salam. 1) Apa sahaja tindakan yang bakal kita laksanakan perlu dirancang agar impak yang terhasil menepati standard yang dijangka. Kita perlu merancang sumber teknologi berasaskan; apa (sumber bahan), bagaimana (pelaksanaan), bila (jangkaan pengunaan) dan lain-lain. 2) Kita perlu merancang sumber teknologi sebelum pengajaran bermula kerana kita hanya perancang/perencana. Sekiranya berlaku perkara yang di luar jangkaan adalah bukan dalam keupayaan kita. Jadi seharusnya kita bersedia dengan alternatif-alternatif lain atau pelan A atau pelan B dan seterusnya supaya proses p&p tidak tertanggu. 3) Antara cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi ialah; masalah server internet yang lembab, gangguan virus pada perkakasan yang digunakan dan masalah 'miss communication' dalam penggunaan teknologi dengan rakan guru yang lain. Wallahu'alam
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Nov 8, 2011 20:06:08 GMT -5
salam ruzimahmjaid....saya sangat setuju dengan semua pendapat awak....memang itulah yang sering dihadapi guru2...apa yang penting teruskan usaha utk tingkatkan diri..
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Nov 8, 2011 21:34:07 GMT -5
merancang p&p sebelum bermulanya kelas adalah penting kerana ia menjamin kelancaran proses belajar murid-murid. Penyediaan software ataupun pembinaan module berasaskan ict sangat membantu guru dan murid. Namun beberapa kekangan seperti alatan dan juga ruang yang tidak kondusif timbul kerana tidak semua sekolah yang lengkap kemudahan ictnya.
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Nov 8, 2011 21:47:19 GMT -5
Semua guru telah merancang apa yang hendak diajar bagi setiap hari. Sama ada pemantauan dijalankan atau tidak saya percaya guru2 telah bersedia. Bagi guru2 yang kreatif, persediaan itu kadang-kadang dilebih2kan kerana jika berlaku sebarang masalah, guru2 ini akan menggunakan plan kedua. Pendek kata: guru2 di Malaysia ini sentiasa bersiap sedia.
|
|
|
Post by norainieksonkdc4 on Nov 8, 2011 22:02:19 GMT -5
Bagi saya yang mula-mula kita perlu ada ialah pengetahuan tentang ICT, tentang cara-cara menggunakannya. Barulah kita boleh merancang dalam penyediaan pengajaran. Cabarannya jika tiba-tiba bahan yang hendak dipaparkan tidak keluar. Tentu kita menggelabah. Apa yang harus kita buat? Jadi kita kena pastikan semuanya berjalan dengan baik sebelum memulakan pengajaran.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 8, 2011 22:45:29 GMT -5
Apakah yang dimaksudkan merancang sumber teknologi sebelum pengajaran bermula. Mengapa kita perlu merancang? Apakah cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan? Pada pendapat saya penting untuk merancang sumber teknologi. Kita setting apa yang hendak lakukan. biasanya sekolah2 di bandar seperti sekolah saya hanya 5 minit sahaja untuk sambung kepada LCD. Perancangan sangat penting supaya masa tidak terbuang begitu sahaja. Jika perancangan tidak menjadi. Gunakan Pelan B.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 8, 2011 22:46:25 GMT -5
Saya sangat bersetuju dengan Ruzimah. Idea anda sangat bernas. Terima kasih.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 8, 2011 23:26:46 GMT -5
Pada pendapat saya perancangan yang teliti amat diperlukan dalam banyak aspek hidup kita bukan hanya sumber teknologi sahaja. perancangan juga penting dalam pelaksanaan dan pengintegrasian teknologi dalam pendidikan. ia juga meliputi perancangan tentang apa yang akan diajar? teknologi yang terlibat?serta bagaimana untuk mengintegrasikan teknologi dalam p&p?
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 8, 2011 23:36:10 GMT -5
Perancangan menggunakan sumber teknologi untuk menyokong pendidikan mestilah tidak hanya tertumpu kepada penggunaan komputer dan perisian sahaja. Ia seharusnya menjadikan pelajaran lebih bermakn, memenuhi keperluan pembangunan profesional dan sokongan serta fleksibel untuk berubah mengikut keadaan.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 8, 2011 23:43:57 GMT -5
Proses perancangan mestilah melibatkan banyak pihak. Ia bagi memastikan sumber2 teknologi di sekolah terus digunakan dan membantu murid lebih bersedia menghadapi dunia luar yang semakin mencabarserta melahirkan murid yang berdaya saing.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 8, 2011 23:45:52 GMT -5
Suka saya menyebutkan jika apa yang kita merancang tidak menjadi...Boleh gunaka pelan B. Pelan B ialah kita membuat aktiviti yang tidak menggunakan sumber teknologi(Biasanya hal ini berlaku jika terputus bekalan elektrik atau sumber tersebut rosak)
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Nov 9, 2011 1:52:13 GMT -5
betul tu badrunnisah..pelan B amat penting supaya p&p kita tidak terputus begitu shaja jika pelan
A tidak dapat dilaksanakan...apapun mesti sediakan payung sebelum hujan........
|
|
|
Post by sitirahmahkdd2 on Nov 9, 2011 2:12:57 GMT -5
Memandangkan kini sumber teknologi amat penting so , pihak yang berkenaan mestilah memastikan segala keperluan dalam ICT adalah lengkap dan boleh diperolehi pada bila - bila masa.
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 9, 2011 2:27:03 GMT -5
Kenapa perlu merancang?........segala yang kita lakukan perlu dirancang agar apa yang kita lakukan dapat mencapai matlamat dan objektifnya.Perancangan juga perlu agar apabila berlaku sesuatu diluar jangkaan kita tidak mati akal. Pasti ada perancangan lain yang pastinya tidak membantutkan segala perancangan kita.....
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 9, 2011 2:31:03 GMT -5
Teknologi yang dibina adalah untuk memudahkan segala kerja kita.Namun apabila kita hendak mula menggunakannya ,kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku.Seperti kata beberapa sahabat kita......perancangan dari plan A ke plan B.Kerana setiap yang dibina walau memudahkan sekalipun ianya tidak seratus peratus sempurna.
|
|