|
Post by sharipahnorakdc5 on Nov 9, 2011 2:42:12 GMT -5
guru memang perlu merancang sumber teknologi. ini bukan sahaja dari aspek bahan yang digunakan tetapi merangkumi perancangan sebelum, semasa dan selepas pengajaran. guru perlu bijak memilih sumber apa yang perlu digunakan bagi memastikan pnp berlangsung dengan jayanya.. 8-)
|
|
|
Post by sharipahnorakdc5 on Nov 9, 2011 2:51:22 GMT -5
cabaran.. kalu tiba2 elektrik terputus.. kena la guna alternatif lain kan.. kena bawa bahan maujud ke.. sebabtu la kna merancang sumber dengan betul..kadang-kadang, nak suruh murid naik ke makmal yang berada ditingkat 4 pun makan masa.. memang cabaran sungguh!
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 9, 2011 3:58:16 GMT -5
Cabaran adalah baja kepada guru2 yang mahu berjaya. Betul tu Sharifahnora. Pelan B sangat penting untuk 'backup' proses p&p kita. Walau bagaimanapun. p&p mesti dijalankan tanpa ICT jika ada permasalahan yang anda sebutkan tadi. Saya sangat setuju.
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 9, 2011 4:28:54 GMT -5
seorang guru yang bijak sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan dan masalah... sekiranya terdapat masalah semasa proses pembelajaran dan pengajaran berjalan, guru tidak harus cepat melatah, gelabah mahupun risau... Seperti yang telah dinyatakan badrunnisahkdc4, tidak boleh tidak, P&P tetap berjalan sepertimana yang tertakluk dalam jadual...
|
|
|
Post by rozitasamatkdc5 on Nov 9, 2011 4:31:58 GMT -5
Memanglah mencabar apabila hendak membina sumber teknologi sebagai perancangan pengajaran...tetapi ia akan memudahkan proses pembelajaran berlaku dengan cepat...hanya hendak melaksanakannya perlukan masa agar yang dirancang dapat dijadikan bahan untuk menarik minat belajar murid...begitulah tak semuanya sempurna..jadinya kenalah bersabar.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 9, 2011 7:18:17 GMT -5
Betul tu norhayati dan badrunnisah, kita sebagai guru perlu kreatif dalam membuat perancangan lebih-lebih lagi apabila melibatkan teknologi.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 9, 2011 8:27:59 GMT -5
perancangan sangat penting terutamanya untuk sesuatu yang baru..
|
|
|
Post by azizahabubakarkdc3 on Nov 9, 2011 9:15:46 GMT -5
Merancang sumber teknologi sebelum pengajaran ialah guru perlu menyediakan perisian yang sesuai dengan p&p seperti word, power point, excel dan sebagainya. Perancangan ini juga mengambil kira tentang tajuk, isi pelajaran, teknik dan sebagainya.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 9, 2011 9:30:45 GMT -5
Untuk perancangan mesti melibatkan persekitaran pembelajaran yang aktif, konstruktif, kolaboratif, bermatlamat, berwacana, berkonteks, dan reflektif.
|
|
|
Post by amboaziahkdc3 on Nov 9, 2011 20:03:31 GMT -5
perlu ada perancangan sblm p&p dijalankan.masalah teknikal spt internet slow d sekolah.
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Nov 9, 2011 22:04:34 GMT -5
Salam sejahtera kepada rakan yang dihormati, saya melihat perancangan yang paling penting dalam ICT atau sumber teknologi adalah perancangan dan penyediaan komponen atau platform asas. penyediaan platform asas dan perancangan untuk memastikannya sentiasa dalam keadaan yang baik dan sentiasa boleh diakses merupakan penentu kejayaan semua pelaksanaan ICT di sekolah. saya beri satu contoh yang paling mudah untuk kita lihat. bagaimana seorang guru hendak menunjukkan video atau slideshow mengenai gambar ikan lumba lumba sekiranya projector dan skrin tidak dapat digunakan? atau mengambil masa yang terlalu lama untuk menyambung kompuer (laptop) ke projector? bagaimana guru hendak mendengarkan videoklip lagu jika pembesar suaranya tidak berfungsi dengan baik.. maka akan kembali lah guru tersebut menggunakan teknik yg lama iaitu menggunakan atau melukis gambar.. atau langsung tidak menggunakan ABM..
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 9, 2011 22:35:13 GMT -5
salam ninaharyani, Saya sangat bersetuju dengan pendapat anda. sungguh bernas. Jika kita tidak merancang dengan teliti sudah pasti kita berbalik kepada cara yang asal. terlebih dahulu kita kena sound check, LCD , kabel n laptop check (senarai semak) barulah segalanya berjalan lancar. (teringat zaman praktikum dolu2)
|
|
|
Post by aziahpahramlikdd1 on Nov 10, 2011 2:35:23 GMT -5
perancangan memang perlu sebelum pnp. pealatan ICT perlu lengkap dan perisian perlu la ok sebelum melaksanakan sesuatu pnp. bersedia dengan bahan untuk diajar barulah pengajaran berlangsung dengan baik.
|
|
|
Post by sitiganikdc3 on Nov 10, 2011 3:34:29 GMT -5
saudari samsila ,maklumat anda sangat jelas dan memudahkan pemahaman saya, terima kasih kerana berkongsi..
|
|
|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Nov 10, 2011 4:05:53 GMT -5
merancang sumber teknologi sebelum pengajaran bermula ialah mengetahui atau mengenal pasti apakah sumber teknologi yang diperlukan untuk mengajar kepada murid.contohnya guru memerlukan LCD dan juga laptop/komputer bagi memaparkan gambar atau slaid kepada murid.
|
|