|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Nov 10, 2011 4:11:10 GMT -5
kita perlu merancang sumber tenologi sebelum pengajaran bermula supaya dapat menjimatkan masa sebagai contoh tidaklah guru tercari-cari peralatan teknologi yang hendak digunakan pada hari yang hendak diajar.memastikan peralatan dalam keadaan baik dan sedia digunakan.sebaba yang lain memastikan objektif p&p akan tercapai.
|
|
|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Nov 10, 2011 4:13:56 GMT -5
rintangan atau cabaran yang dihadapi ketika penyediaan perancangan teknologi ialah memastikan keadaan teknologi yang hendak digunakan berada dalam keadaan baik dan sempurna.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 10, 2011 6:31:51 GMT -5
Oh ya Fatimah, antara cabaran lagi adalam masa untuk mengendalikannya. Wang yang perlu digunakan untuk menjayakannya. Perlu difikirkan.
|
|
|
Post by zulaikhakdc3 on Nov 10, 2011 8:21:38 GMT -5
Secara umumnya, teknologi dimaksudkan sebagai aplikasi pengetahuan Sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupan seharian.
Pada pendapat saya, merancang teknologi sebelum pengajaran bermula meliputi: 1- kesesuaian teknologi yang akan digunakan dengan para pelajar ( tahap umur, pengetahuan sedia ada murid, keupayaan murid dalam penguasaan kemahiran teknologi tersebut)
2-kesesuaian teknologi dengan masa p&p yang akan dijalankan ( masa mencukupi dan objektif tercapai)
3- guru yang mengajar berkemahiran mengendalikan sumber teknologi tersebut dan berupaya mengaplikasikan dengan baik di dalam p&p.
4- peralatan yang digunakan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik dan kondusif.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 10, 2011 8:28:58 GMT -5
setuju, setuju. tapikan cabarannya jika ada murid tiada pengetahuan sedia ada pasti akan menggamatkan p&p. Masa kadang-kadang x mencukupi almaklumlah kalau kelas 30 minit nak naik tangga tingkat 3. pengurusan kelas lagi. Kemahiran pula kadang-kadang komputer jem atau hang. peralatan tetiba rosak. pening juga tu. kalau perancangan guna teknologi semata-mata.
|
|
|
Post by zulaikhakdc3 on Nov 10, 2011 8:29:14 GMT -5
Mengapa perlu merancang? - memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. - melancarkan perjalanan/ pelaksanaan p&p - memastikan keberkesanan p&p "GAGAL MERANCANG BERMAKNA MERANCANG UNTUK GAGAL"... Rintangan dan cabaran sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan. - murid-murid dan mungkin guru sendiri berdepan dengan masalah kurang keyakinan untuk menggunakan teknologi sedia ada dan memilih untuk meneruskan kaedah pengajaran cara lama (chalk n talk). - masa p&p tidak mencukupi dan perjalanannya tidak berjalan lancar. -objektif pembelajaran tidak tercapai seperti yang dirancang.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 10, 2011 8:34:13 GMT -5
tapikan zulaika gagal merancang x bermakna merancang untuk gagal. mana ada orang yang hendak merancang untuk gagal. cuma kadang-kadang over confiden je.
|
|
|
Post by zulaikhakdc3 on Nov 10, 2011 8:36:23 GMT -5
Kadang-kadang rasanya pengetahuan sedia ada murid tu kena tgk juga peralatan apa yang digunakan...kalau kita gunakan makmal komputer dan p&p tu memerlukan murid menggunakan komputer sorang satu..memang ianya sangat penting utk murid-murid tu tahu menggunakannya...tapi kalau guna LCD projector utk buka youtube "upin dan ipin" contohnya..., ianya tidak memerlukan pengetahuan sedia ada murid bahkan murid2 mgkin lebih excited nk tgk sbb kat rumah takde.....
|
|
|
Post by zulaikhakdc3 on Nov 10, 2011 8:39:57 GMT -5
tapikan zulaika gagal merancang x bermakna merancang untuk gagal. mana ada orang yang hendak merancang untuk gagal. cuma kadang-kadang over confiden je. Kata2 kat situ maksudnya...kalau nak berjaya kena rancang sehabis baik...kalau dah rancang tp gagal juga...takde rezeki jawabnya...
|
|
|
Post by zuhanakdc2 on Nov 10, 2011 8:50:36 GMT -5
kita hanya merancang....Allah yang menentukan....
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Nov 10, 2011 9:51:48 GMT -5
Tanpa perancangan yang betul... p&p tidak akan berjalan lancar, tetapi perancangan memerlukan masa yang mencukupi, persoalannya adakah masa guru mencukupi untuk perancangan sumber teknologi..
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 10, 2011 10:16:45 GMT -5
banyak cara merancang yang boleh dipraktikkan oleh guru2..yelah, kadang2 lgsung xde masa nk merancang pun sbb keje2 perkeranian yg kita kna buat smpai bw blk rumah...xdpt yg luar biasa...yg biasa2 pun jadilah..paling tidak bersedia dgn baca topik yg kita nk ajar keesokkan hari...
|
|
|
Post by anitasaridinkdc1 on Nov 10, 2011 11:43:35 GMT -5
perancangan sumber teknologi memang perlu ,kita mesti tahu adakah bahan seperti komputer ,wifi atau audio lain boleh digunakan dengan selamat..takut ada virus dan pastikan elekterik ada... apa yang penting isi pelajaran yg diajar tercapai objektifnya
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Nov 10, 2011 16:28:43 GMT -5
perancangan adalah perlu bagi memastikan terutamanya dalam P&P.. ini bagi memastikan objektif dan isi pelajaran tercapai seperti yang dirancang. Bukan hanya teknologi shaja yang perlu dirancang emosi guru ketika mengajar juga perlu dirancang bagi menjayakan semua aspek. Sekiranya apa yang diracang menjadi tetapi emosi guru masih di takuk lama maka semuanya tidak menjadi...
|
|
|
Post by wrosmawatikdc4 on Nov 10, 2011 21:39:32 GMT -5
salam
Pada pemahaman saya perancangan teknologi ialah perancangan yang bermula dr apa yg akan diajar serta teknologi yg akan digunakan. Teknologi x shj komputer ttp peralatan it yg lain spt audio. Perancangan amat ptg krn ia akan melincinkan proses p&p serta kita blh menjangka apa akan berlaku secara kasar. Rintangan dgn penggunaan teknologi memang tinggi krn kita berdepan dgn teknologi yg kita sendiri tidak mahir. Ada kalanya masalah dpt diselesaikan dgn menekan key pad ttp ada yg memerlukan bantuan org lain. Cth ketika menggunakan projektor suara tidak keluar, adakala tak ada signal ant laptop dgn projektor.......ini adalah ant cabaran yg mencabar kesabaran sesorg guru....yg pd masa sama muridnya juga membuat bising ketika dia sdg membaiki masalah
|
|