|
Post by raihankdd1 on Nov 4, 2011 2:09:10 GMT -5
Pelajar suka tgk gambar yang menarik. Seharusnya guru lebih banyak menggunakan power point dan lebih peka kepada kehendak pelajar.
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 4, 2011 2:19:42 GMT -5
Kita perlu membuat perancangan terhadap sumber teknologi kerana sesuatu perancangan yang tidak bersepadu dengan rancangan pembagunan sekolah tidak akan bertahan lebih lama.
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 4, 2011 2:22:38 GMT -5
ini kerana, setiap perancangan sumber teknologi yang ingin dibuat semestinya menyokong matlamat-matlamat kurikulum sekolah. oleh sebab itulah perancangan perlu dibuat agar perancangan teknologi yang dibuat berjaya dilaksanakan.
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Nov 4, 2011 3:49:51 GMT -5
Dalam hidup pon kita mesti ada perancangannya....kalo x...x dpt la kita menguruskan hidup kita dgn baik...jadi,seperti yg pn.samsilakdc2 usulkan, itu adalah antara faktor2 yg patut kita ambil kira di dalam kita merancang sumber teknologi agar apa yg kita sampaikan kpd murid2 terutamanya dlm p&p dpt memberikan impak yg sangat berkesan tidak kiralah untuk jangka ms yg pendek @ panjang....
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Nov 4, 2011 5:41:21 GMT -5
Guru perlu hebat merancang, setiap hari guru membuat perancangan harian mengajar..kalau setakat nak mengajar kaedah biasa (guna buku teks) rasanya semua dah ada dalam kepala, sebut tajuk aje, mulalah cikgu bersyarah... tetapi kalau nak mengajar menggunakan ICT, guru perlulah lebih bersedia.. terutamanya dalam mengendalikan peralatan.. jangan sampai dah setengah jam.. lcd tak boleh buka jugak...
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 4, 2011 7:59:56 GMT -5
Saya pun bersetuju dengan pendapat anda semua. Perancangan sumber teknologi adalah sebahagian daripada penambahbaikan pembangunan sekolah secara menyeluruh. Sesuatu perancangan sumber teknologi yang tidak bersepadu dengan perancangan sekolah tidak akan bertahan lama.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 4, 2011 8:42:13 GMT -5
betul tu pn rozitaabdullahkdc2... kehebatan dlm merancang adlh kunci utama sesuatu perkara...tanpa perancangan yg rapi..tiada yg magik dlm p'sembahan anda...
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 4, 2011 9:54:28 GMT -5
perancangan yang teratur penting untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang terbaik. Samada pembelajaran menggunakan kemudahan ICT atau sekadar "chalk n talk".. Kesimpulannya setiap langkah pengajaran memerlukan perancangan. Tu la sebabnya kita ada rancangan pengajaran harian,, huhu
|
|
|
Post by zainonkdc3 on Nov 4, 2011 10:15:36 GMT -5
Perancangan sumber teknologi di sekolah rendah menggunakan kaedah yang simple dan boleh difahami oleh pelajar. Pembinaan modul pembelajaran yang menggunakan banyak sumber teknologi boleh dihasilkan melalui kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak jabatan atau kpm. Ini dapat membantu guru yang tidak pakar ict boleh melaksanakannya dalam p&p nya melalui panduan modul tersebut.
|
|
|
Post by zurainimaaminkdd2 on Nov 4, 2011 10:43:01 GMT -5
Perancangan memang amat penting sebelum memulakan sesuatu perkara..merancang sumber teknologi sebelum pengajaran bermula juga amat penting bagi memastikan P&P berkesan di samping meningkatkan pemahaman guru terhadap isi pengajaran yg akan disampaikan.Langkah-langkah perancangan seperti : 1) menubuhkan satu pasukan perancang 2) pasukan perancang membina asas pengetahuan dlm proses pembelajaran 3) membandingkan perancangan teknologi dgn belanjawan sekolah/daerah Tanpa perancangan yang baik daripada peringkat sekolah,daerah dan guru maka akan timbullah masalah.
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 4, 2011 13:46:50 GMT -5
merancang sumber teknologi sebelum pengajara bermula memerlukan perancanagan yang teliti. proses perancangan yang bai melibatkan 2 peringkat iatu peringkat sekolah dan peringkat guru. perancangan ini perlu untuk memastikan pengintegrasian teknologi yang ingin dilakukan dapat membantu murid serta melahirkan murid yang berdaya saing.
|
|
|
Post by hafizatulakmarkdc6 on Nov 4, 2011 15:45:08 GMT -5
ttp andai kt peringkt sekolh x berjln, peringkt guru jgn duduk diam jg. Guru mnjd tulg belakang sekolh untuk menggerakkannya. Perancangan sumber tenologi yg teliti dpt mnjamin keberkesanan p&p.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 4, 2011 16:44:12 GMT -5
Pada pendapat saya perancangan sumber teknologi bermaksud
1. mengaplikasikan teknologi berdasarkan keperluan dan integrasikannya dalam kurikulum. 2. Kekalkan fleksibiliti semasa dan bina fleksibiliti baru. 3. Elakkan daripada membuat kesilapan yang akan memberi kesan yg besar ke atas kejayaan keseluruhan perancangan
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Nov 4, 2011 17:26:26 GMT -5
Perancangan sumber teknologi adalah satu perencanaan teknologi dalam pembelajaran. Kesannya:
1) Teknologi membuat pendidikan lebih pruduktif 2) Teknologi membuat pendidikan menunjang kpd pembelajaran individual 3) Teknologi membuat pembelajaran lebih ilmiah 4) Teknologi membuat pendidikan lebih 'powerful' 5) Teknologi membuat hubungan antara dunia luar dengan dunia dalam 'sekolah' dapat saling terhubung.
'Maka fikir-fikirkan lah'
|
|
|
Post by nursyarinashuibkdd1 on Nov 4, 2011 20:07:56 GMT -5
guru perlu ada plan B sekiranya berlaku perkara2 yg tidak diingini seperti ketiadaan elektrik, komputer tiba2 rosak, ada virus, dan sebagainya...plan B yg dimaksudkan adalah rancangan pengajaran tanpa penggunaan sumber teknologi...
|
|