|
Post by sitiganikdc3 on Nov 3, 2011 5:49:56 GMT -5
Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988): “Teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.”
|
|
|
Post by modinkdc3 on Nov 3, 2011 6:57:11 GMT -5
Cabaran sumber teknologi dalam dunia pendidikan di sekolah masih terlalu banyak dengan membandingkan sek kwsn bandar,luar bandar dan kwsn pendalaman.... Adakah PIPP terlaksana dengan jayanya?
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 3, 2011 8:08:22 GMT -5
Perancangan sumber teknologi sememangnya perlu dilakukan sebelum memulakan pengajaran. Ini adalah untuk menjadikan pengajaran berjalan lancar, tidak membosankan, lebih tersusun dan P&P berkesan. Apa yg paling penting murid tertarik utk melihat dan terus memberi perhatian.
Teknologi merupakan antara sumber terbesar yg menyumbang pelbagai maklumat utk kita gunakan di dalam P&P.. Pelbagai cara & kaedah boleh kita praktikkan..apa saja boleh kita paparkan dan sampaikan kepada murid kita.. Apa yang dikatakan perancangan juga adalah utk menapis segala maklumat yg kurang sesuai utk disampaikan kpd murid memandangkan banyak bahan bukan ilmiah t'dapat dlm internet..xminta pun dia keluar...
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 3, 2011 8:11:42 GMT -5
VIRUS...merupakan penyakit terhebat di alam cyber... semakin tinggi dan canggih teknologi kita semakin canggih juga virus yg tercipta.. adakalanya virus menjadi satu bisnes kpd individu @ kelompok yg tidak bertanggungjawab...kalau tiada virus...xlakulah segala software antivirus...
|
|
|
Post by sitimashitahkdc4 on Nov 3, 2011 8:23:23 GMT -5
sebelum seorang guru itu merancang sumber teknologi yang ingin digunakan...guru itu sendiri perlu menilai adakah dirinya mampu mengendalikan sumber itu dengan betul,tepat dan berkesan....itu juga termasuk dalam perancangan....jangan nnti smpi guru bertanya kepada murid bagaimana nak gunakan bahan yang ada...ini mungkin boleh memalukan...hehhe
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 3, 2011 8:38:58 GMT -5
Perancangan memang penting... semua perkara yg hendak kita lakukan mesti ada perancangan....perancangan yang rapi akan menjadikan kerja kita sempurna dan berkesan. Jadi, jika kita mahukan P&P kita berkesan kpd murid-murid kita..kenalah rajin buat perancangan keatas setiap apa yg hndak kita sampaikan nanti...
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Nov 3, 2011 9:59:17 GMT -5
Perancangan sumber teknologi sangat penting sebelum P&P di dalam kelas. Tanpa perancangan teliti akan mengakibatkan 1. Masa tidak mencukupi 2. P&P tidak lancar 3. Kawalan kelas terabai 4. Hasil pembelajaran tidak tercapai
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Nov 3, 2011 10:05:01 GMT -5
Setelah beberapa kali dilantik menjadi guru pembimbing kepada guru pelatih IPG, saya mendapati mereka sangat bersedia membuat perancangan sumber teknologi sebelum memulakan P&P. Hasilnya P&P dapat dijalankan dengan lancar. Tetapi senario itu sewaktu praktikum di sekolah, bagaimana pula apabila kita telah menjadi guru tetap, kadang-kadang masa tidak mengizinkan.. 31 waktu seminggu... tak termasuk kerja guru kelas dan relief
|
|
|
Post by abdularifkdc2 on Nov 3, 2011 10:41:17 GMT -5
salam ... tajuk yang bagus,teknologi merupakan salah satu bahan P&P,apa yang paling penting kita merancang sebelum memulakan P&P ini termasuklah: 1-Tajuk yg nk diajar 2-Isi kandungan 3-Metedologi 4-Gabung jalin dgn isu semasa 5-BBM 6-Ujian 7-Pengukuhan
yang penting kalau x merancang untuk P&P kita merancang untuk gagal
|
|
|
Post by hafizatulakmarkdc6 on Nov 3, 2011 19:53:57 GMT -5
semua pendapat kekawan betul.....perancangan sember teknologi merangkumi semua aspek sebelum semasa dan selepas pengajaran. Bermula dari strategi p&p serta penggunaan abm dan bbm. Penggunaan abm dan bbm bukan sahaja merujuk kepada penggunaan ict semata- mata tetapi merangkumi semua bahan yg digunakan sperti carta, kad2 imbasan dan sbgnya. Andai brlaku mslh sprt gangguan elektrik, virus atau kerosakn abm p&p msh dpt diteruskan dgn adenye bbm yg lain. Itu sbbnye kt xbole brgntg kepada ict semata2......btl kt kwn kite amboaziah pln b msti ade.....
|
|
|
Post by norshamnasirkdd1 on Nov 3, 2011 21:14:40 GMT -5
pada dasarnya pengajaran dengan ICT mahupun cara pengajaran kelas biasa ( tradisional ) memerlukan perancangan..perancangan penting bg memastikan proses P&P dapat berjalan dengan lancar dan sistematik.dengan adanya perancangan yg baik maka P&P yg guru jalankan akan dapat dilaksanakan mengikut masa yg ditetapkan...tp spt yg kita sedia maklum,perancangan manusia ni tak la sempurna,hanya perancanganNYA saja yang sempurna..yela kdg2 ada je yang mengganggu..kan keje cikgu ni 'multi tasking'...
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 3, 2011 23:01:03 GMT -5
Merancang sumber teknologi di sini adalah perancangan bagi mengoptimakan Sumber teknologi di peringkat sekolah: Antaranya : 1. Memilih Perkakasan dan Perisian yg betul. –Faktor-faktor pemilihan perkakasan: •Kualiti. •Bilangan salinan •Sumber harga yg paling baik. •Sesuaikan dgn kurikulum dan murid. –Faktor-faktor pemilihan perisian: •Jenis platform perkakasan. •Bilangan Komputer. •Ciri-ciri individu komputer. •Peralatan yg lain.
2. Membentuk Kemudahan fizikal bergantung kpd keperluan sekolah tersebut:
a. Merekabentuk sumber teknologi utk bilik darjah. •Sekolah perlu kenalpasti kemudahan yg hendak didirikan dan peringkat kepentingannya.
b. Merekabentuk makmal komputer mikro. c. Merekabentuk semula kemudahan sekolah.
3. Menyelenggara kemudahan fizikal:
a. Peraturan makmal, keselamatan, perlindungan drpd virus harus disediakan utk memastikan kemudahan berada dalam keadaan yang paling optimum utk proses pembelajaran dan pengajaran.
4. 5 Tugas yg perlu diambil perhatian: a. Penilaian Keperluan. •Sesuaikan keperluan dan sumber teknologi. b. Merancang Arahan. •Merekabentuk Strategi integrasi yg sesuai. c. Logistik. •Menyediakan Persekitaran bilik darjah. –Bilik darjah satu komp. –Konfigurasi lain. d. Menyediakan guru dan murid utk menggunakan sumber. e. Penilaian semula strategi integrasi
Berdasarkan inilah kita boleh melihat keperluan perancangan dan masalah-masalah yang bakal dihadapi.. ;D
|
|
|
Post by rodiyahkdc3 on Nov 4, 2011 1:28:04 GMT -5
trma ksh ats perkongsian maklumat. semmgny perancangan amat penting bg memastikan kelancaran sesuatu tgsn. khususnya dlm plksanaan p&p.
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 4, 2011 1:59:29 GMT -5
Assalamualaikum. Pada pemahaman saya, merancang sumber teknologi sebelum pengajaran bermula ialah perancangan mengenai apa yang akan diajar(tajuk dan isi pelajaran) , bagaimana ia akan diajar (cara atau kaedah yang akan digunakan), teknologi yang terlibat (alat bantu yang digunakan) serta bagaimana untuk mengintegrasikan teknologi dalam proses PnP. Perancangan perlu dibuat agar proses PnP yang ingin dijalankan berjalan dengan baik dan objektifnya tercapai. cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi sekirannya berlaku perkara yang tidak dijangkakan seperti ancaman virus atau peralatan teknologi tidak dapat memproses bahan yang dibina dengan baik mungkin disebabkan perisisn yang tidak bersesuaian.
|
|
|
Post by raihankdd1 on Nov 4, 2011 2:07:16 GMT -5
Perancangan sumber teknologi penting bg menjamin keberkesanan proses p&p. Guru seharusnya meluangkan masa melayari dan mencari bahan yangbersesuaian dalam merancang proses p&p
|
|