|
Post by roslinakdd1 on Dec 7, 2011 12:58:35 GMT -5
Peralatan komputer lebih byk rosak dari boleh digunakan Selain itu tiada kemudahan internet
|
|
|
Post by roslinakdd1 on Dec 7, 2011 12:59:54 GMT -5
Semua di atas adalah antara masalah yg dihadapi. Sbg seorg guru kita perlu mencari alternatif agar anak didik kita dpt mempelajari serba sedikit mengenai teknologi
|
|
|
Post by rosnanikdd1 on Dec 7, 2011 13:25:43 GMT -5
Memang tidak ramai yang mengambil ICT sebagai watak sekolah. Watak atau 'kebitaraan' atau 'niche area' , selalunya kita dengar ada pada sekolah-sekolah yang hebat. Sekolah SBP, Kluster atau Sekolah Berprestasi Tinggi. Kebiasaannya, sekolah begini aalah terdiri daripada sekolah-sekolah berasrama penuh atau sekolah Elite atau sekolah kawalan, yang mana pelajarnya adalah terdiri daripada pelajar terpilih dan bijak, tp bagi sekolah saya yang tidak termasuk dalam jenis2 sekolah di atas agak payah untuk kami menjadi seperti mereka kerana faktor kos dan kurangnya kepakaran dalam bidang ICT. pihak pentadbir juga lebih bersikap tutup mata apabila isu ini dibangkitkan.
|
|
|
Post by rosnanikdd1 on Dec 7, 2011 13:27:44 GMT -5
Memasang streamyx dan WIFI di seluruh kawasan sekolah
|
|
|
Post by rosnanikdd1 on Dec 7, 2011 13:28:16 GMT -5
Memulakan dasar P & P berbantukan komputer sekurang-kurangnya 2 waktu seminggu bagi semua guru.
|
|
|
Post by rosnanikdd1 on Dec 7, 2011 13:30:43 GMT -5
Memulakan dasar untuk program mobilekan LCD/ lap top di mana alatan ini akan diagihkan-agihkan kepada ketua bidang dan guru yang ingin menggunakannya boleh meminjam daripada ketua bidang, Alatan ini akan dikembalikan kepada ketua Bidang setelah digunakan bagi kemudahan penggunaan oleh guru lain pula.
|
|
|
Post by rosnanikdd1 on Dec 7, 2011 14:19:30 GMT -5
Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan.
|
|
|
Post by rosnanikdd1 on Dec 7, 2011 14:20:49 GMT -5
Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan.
|
|
|
Post by rosnanikdd1 on Dec 7, 2011 14:21:05 GMT -5
Penggunaan makmal komputer hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kekecohan dan kecelaruan tidak timbul di kalangan guru-guru.
|
|
|
Post by rosnanikdd1 on Dec 7, 2011 14:21:41 GMT -5
Penyelaras ICT harus peka dan jelas dengan arahan-arahan Kementerian Pendidikan tetapi dalam melaksanakannya di peringkat sekolah, mereka perlu mengubahsuai prosedur mengikut kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya dengan berkesan.
|
|
|
Post by rosnanikdd1 on Dec 7, 2011 14:22:21 GMT -5
Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya makmal komputer telah disediakan. Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses P&P.
|
|
|
Post by rosnanikdd1 on Dec 7, 2011 14:23:05 GMT -5
Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu. Untuk itu pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian keperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional.
|
|
|
Post by rosnanikdd1 on Dec 7, 2011 14:23:23 GMT -5
Program perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul. Program ini harus selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah.
|
|
|
Post by rosnanikdd1 on Dec 7, 2011 14:25:39 GMT -5
Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT.
|
|
|
Post by rosnanikdd1 on Dec 7, 2011 14:26:11 GMT -5
Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah. Sekolah harus menggunakan peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara berkesan.
|
|