|
Post by ADMIN TMSR on Oct 15, 2011 17:51:28 GMT -5
Apakah keperluan & persediaan sekolah untuk menjadikan ICT sebagai kebitaraan?
|
|
|
Post by raihankdd1 on Oct 16, 2011 2:04:28 GMT -5
Pihak pentadbir seharusnya menekankan tentang betapa pentingnya penggunaan ICT di dalam bilik darjah.Jika wujudnya sebarang kekurangan dalam cara serta kemudahan ICT yang dibekalkan ,seharusnya pihak pentadbir dengan segera menyelesaikan masalah ini dengan harapan agar penggunaan ICT dapat diaplikasikan oleh semua guru pada tahap yang optimum,
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Oct 16, 2011 2:18:18 GMT -5
Pentadbir sekolah perlu memainkan peranan bagi menggalakkkan penggunaan ICT di sekolah. LDP berkaitan dengan penggunaan ICT juga boleh diadakan bagi membantu guru-guru yang kurang mahir menggunakan ICT.Jika sekolah dibekalkan dengan pembantu makmal komputer juga lagi bagus kerana ia boleh membantu menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan ICT,jadi tidak perlulah membebankan guru yang menjaga makmal komputer untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana kita sedia maklum bahawa guru masa kini terlalu banyak dibebankan dengan tugasan pengkeranian dan lain-lain lagi.
|
|
|
Post by anastasiakdd1 on Oct 16, 2011 6:51:03 GMT -5
kelengkapan ict perlu berada di tahap yg baik & sgt setuju setiap sekolah perlu diletakkan seorg yg mahir dlm penyelenggaraan peralatan ict.
|
|
|
Post by anastasiakdd1 on Oct 16, 2011 6:58:39 GMT -5
tapi.... masalah kos pasti menjadi halangan utama. kemungkinan guru2 pula disuruh berkursus membaiki peralatan ict
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 16, 2011 7:17:00 GMT -5
Sebelum mengesa guru-guru menggunakan ICT di semasa sesi P&P pihak pentadbir hendaklah menunjukkkan contoh teladan terlebih dahulu dlam mengaplikasikan penggunaan ICT semasa mengajar. Sebagai pentadbir yang diberikan kuasa untuk memantau guru-guru, mereka berperanan untuk menggunakan kemudahan yang diberikan dengan melengkapkan kemudahan ICT disekolah
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 16, 2011 7:23:33 GMT -5
Semua sekolah di Malaysia telah dilengkapi dengan kemudahan makmal komputer dan dilengkapi dengan juruteknik komputer yang mahir.. sebagai guru kita perlulah mengambil peluang yang ada untuk mempergunakannya semaksimum yang mungkin. pentadbir pula perlulah memantau kekerapan penggunaannya serta menyelenggara dan membaikpulih kemudahan ICT sedia ada dalam mencapau hasrat menjadikannya sebagai kebitaraan
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 16, 2011 7:56:34 GMT -5
raihan kdd1 n azrina kkd 2.. setuju dngan pndpat kalian pentadbr perlu memainkan peranan proaktif mnjdikan ICT sbagai kebitaraan
|
|
|
Post by aslizaalikdd1 on Oct 16, 2011 8:35:45 GMT -5
Bagi sekolah kurang murid macam sekolah saya tiada kemudahan makmal komputer disediakan...juruteknik pun tiada, hanya ada 3 buah komputer untuk di kongsi oleh pelajar dan hanya di letakkan di sebuah bilik khas...tiada akses untuk internet dan guru2 hanya boleh akses internet menggunakan wifi yang talian nye amat menyedihkan di bilik guru, bukan semua sekolah ada peralatan dan kemudahan yang sempurna..tapi guru2 tetap advance menggunakan ict di sebabkan minat dan kebolehan sedia ada...
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Oct 16, 2011 9:05:09 GMT -5
setuju sesangat dgn saudari asliza. bunyi 'kebitaraan' sangat indah tetapi selayaknya utk sekolah yg 'ada-ada' sahaja. bagi sekolah yg xde akses internet dan beberapa buah komputer shj sgt tidak adil kepada guru2 dan murid2. Apabila wujud pelbagai kekangan masa dan kelengkapan, pihak pentadbir x sepatutnya diletakkant/jwb untuk menggalas tugas meminta2 komputer dan sebagainya. Pihak jabatan sebenarnya sgt jelas jumlah sekolah yang ada peralatan ict atau tiada.
|
|
|
Post by mfikrinajibkdd2 on Oct 16, 2011 10:04:33 GMT -5
dyorg tahu..tp saje 'buat' tak tahu...dyorg dtg melawat..balik2 cikgu juga yg salah
|
|
|
Post by mariyatiali on Oct 16, 2011 10:16:23 GMT -5
salam.saya setuju dengan pendapat anda,sepatutnya mereka yang datang ke sekolah memberi bimbingan dan peka terhadap keperluan yang tak ada bukan hanya memberi komen yang tidak membina gurupun manusia biasa ........banyak yang perlu diperbaiki....
|
|
|
Post by mfikrinajibkdd2 on Oct 16, 2011 10:43:49 GMT -5
Berbalik kpd topik..soalan2 dibawah bermain di fikiran saya... ADAKAH???
S1 Mata pelajaran “ICT“ ditawarkan di sekolah ? S2 Sekolah mempunyai kemudahan asas "ICT" ?
S3 Sekolah memiliki guru berpengalaman dan berdedikasi ?
S4 Pelajar berpotensi tinggi menguasai kemahiran “ICT“ ?
S5 Guru, staf dan pelajar telah mempunyai kemahiran asas dalam “ICT“ ?
S6 Penggunaan aplikasi “ICT“ dalam pengurusan sekolah ?
dari S1 - S6...apa jawapan tuan2
|
|
|
Post by norshamnasirkdd1 on Oct 16, 2011 21:47:01 GMT -5
salam 1 malaysia semua...pada pendapat saya tentang 6 soalan mfikrinajibkdd2... S1 - MP ICT secara overall xda..belajar ICTL ada...erm ICTL mcm hidup segan mati x mahu.mana tak nya..cikgu terkongkong dengan silibus...mcmner..,nk kejar silibus lg, nk ajar ICTL lg...pening2... S2 - Mostly ada mcm makmal komputer, tp pun sama hidup segan mati x mahu..ye la xdiselenggara dengan baik..bila kita repot ttg kerosakan xda feedback..alasan xda bajet..cikgu kene fikir sendiri cara nak selenggara makmal komputer..diorg ingat kj cikgu ni nak ngadap makmal komputer agaknya... S3 - Berpengalaman dan berdedikasi dalam mengajar majoriti..tp bab ICT ni x ramai kot..xdinafikan ada cikgu2 kita yg tip top dalam hal ICT ni... S4 - x rasanya..,klu ada pelajar yg bagus ttg ICT ni maybe dia belajar kat luar..bukan kat sekolah. S5 - Ada antara guru, staf & pelajar yg mempunyai kemahiran asas ICT, tp x ramai... S6 - xda...mcmner nak guna ICT klu line internet pun xda.klu cikgu2 nak guna internet,kne beli broadband sendiri...kesian cikgu... tu la pendapat n jawapan sy.... peace
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 16, 2011 22:26:25 GMT -5
salam semua.. Fikri najib kdd2..
S1- Tidak semua mata pelajaran menawarkan subjek ICT di sekolah.. tetapi kerajaan telah mengambil langkah yang sewajarnya dalam menerapkan EMK iaitu elemen merentasi kurikulum. EMK ini mengandungi komponen utama iaitu Keushawanan , ICT dan juga kesenian. Dalam semua mata elajaran KSSR tahun 1 pada tahun ini semua eleman tersebut digunapakai bersesuaian dengan semua mata pelajaran . Untuk BM dan BI contohnya., pelajar dikehendaki membima kad ucapan menggunakan ICT. Bagi matematik pula elemen keushawanan dipraktikkan. begitu juga dengan mata pelajaran lain.
S2- Jika diikutkan kemudahan yang lengkap hanya terdapat disekolah2 yang berhampiran dgn bndar dan kwasan bndar sahaja.. so, sbagai guru kitaperlu berdaya usaha sendiri untuk menyampaikan ilmu ICt kepada murid. Jangan harapkan pentadbir sahaja. Biarlah walaupun tiada alatan ICT replika pun sudah memadai.
S3- Seharusnya kita sbagai guru mempunyai pngalamn mnggunakn ICt tidak dapat bnyak sedikit pun jadilah.. Dalam borang prestasi pun ada ditanya kursus apakah yang diperlukan oleh guru untuk menambahbaik P&P. sesetengahnya malu utuk menulis kursus ICt dgn alasan.. nanti nak buat kerja tannya kawan atau anak2.
S4- Pelajar hari ini majoritinya berpotensi dalam menggunakan ICT. Cuba cikgu2 buat kajian.. masuk ke kelas tanya berapa ramai yang ada akaun facebook dan twitter sndiri. Hatta anak saya yang drjah 1 pun ada akaun Fb sndri..
S5- Takkanlah kemahiran asas ICT seperti MS word pun tiada.. tak banyak sedikit jadilah..
S6- ha.. bab ni susah sikit nak komen sebab markah sekarang semua online..saps la..pbs la.. sekolah kene ambil inesiatif untuk memahirkan guru-gurunya dengan ICT...
kain putih dalam perahu.. terima kasih thank u..
|
|