|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 22, 2011 1:11:29 GMT -5
Ketiga : Pihak sekolah harus menyediakan kemudahan / kelengkapan ICT di sekolah agar ia dapat diaplikasi secara berterusan dan memudahkan P&P.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 22, 2011 1:13:16 GMT -5
Keempat : Sekiranya sekolah telah mempunyai segala kelengkapan ICT yang diperlukan, ianya mestilah pula dalam keadaan baik dan sentiasa diselenggara secara berterusan dan berjadual agar tidak timbul sebarang masalah ketika hendak digunakan.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 22, 2011 1:15:40 GMT -5
Kelima : Mengaplikasi ICT dalam P&P. Ini dapat meningkatkan kemahiran guru dalam menggunakan ICT semasa proses P&P dan dapat memberi kesan yang maksima kepada tahap pencapaian murid.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 22, 2011 1:17:30 GMT -5
Keenam : Kempen Celik ICT di kalangan guru dan pelajar, dengan ini secara tidak langsung meminta guru dan pelajar untuk sentiasa belajar tentang ICT dan dapat menggunakan ICT di sekolah atau di mana sahaja.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 11:59:08 GMT -5
Pada pendapat saya pentadbir perlu menekankan tentang betapa pentingnya penggunaan ICT di sekolah.Jika wujudnya sebarang kekurangan dalam cara serta kemudahan ICT yang dibekalkan ,seharusnya pihak pentadbir dengan segera menyelesaikan masalah ini dengan harapan agar penggunaan ICT dapat diaplikasikan oleh semua guru.
Sekolah juga perlu peka dengan kadar celik IT di kalangan guru sekolah itu. Jika kebanyakan guru kurang celik IT sekolah wajib menyediakan kursus yang yang sesuai. Barulah kebitaraan IT berlaku...
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 12:02:24 GMT -5
Menggalakkan penggunaan ICT di sekolah adalah salah satu caranya di mana setiap kelas yang dibekalkan peralatan ICT perlu diaktifkan bukan hanya untuk dipamerkan. Mana-mana yang telah telah rosak perlu diselenggara segera.
|
|