|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 21:21:04 GMT -5
Guru lebih banyak menilai kembali pengajaran yang telah dijalankan dengan bantuan peralatan TMK dan guru dapat merancang untuk meningkatkan pembelajaran pelajar-pelajar.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 21:24:23 GMT -5
TMK yang dibangunkan ini akan menyebabkan fungsi guru sebagai fasilitator berubah. guru tidak hanya tertumpu kepada subjek yang diajar, mereka perlu memberi bimbingan dalam aktiviti pembelajaran, menyelesaikan masalah dan mengemaskini kandungan pelajaran.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 21:27:36 GMT -5
Apabila TMK diintegrasikan dalam pendidikan, pelajar menjadi lebih aktif, bermotivasi dan mampu belajar secara kendiri dan bekerjasama dengan pelajar lain. Guru juga akan menjadi guru yang lebih berketrampilan.
|
|
|
Post by mohdhuzaifahkdc4 on Nov 20, 2011 21:40:52 GMT -5
guru perlu menyiapkan diri dengan ilmu yang berkaitan ICT. segala maklumat dan perkembangan dalam ICT perlu diterokai bagi mempersiapkan diri dengfan fenomena pendidikan alaf baru. antara ciri ICT masa hadapan adalah lebih bercorak dinamik dan efisien.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 21:52:12 GMT -5
Penggunaan teknologi untuk meningkatkan keberkesanan P&P amat dititik beratkan. Penggunaan peralatan seperti komputer dan projektor dan perisian aplikasi seperti pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, internet, perisian kursus dan lain-lain memerlukan perancangan rapi.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 21:57:27 GMT -5
Penggunaan komputer dalam pendidikan telah membentuk cabang baru teknologi pendidikan iaitu Educational Computing Educational Computing merangkumi sistem pengajaran dan sistem sokongan teknologi berasaskan komputer dalam bentuk aplikasi dan peralatan.
|
|
|
Post by norshamnasirkdd1 on Nov 20, 2011 21:57:48 GMT -5
guru-guru perlu bersedia dan menerima gelombang teknologi yang serba canggih disamping mempersiapkan diri untuk menambahkan ilmu tentang ICT agar tidak tenggelam dalam arus teknologi pada masa hadapan.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 20, 2011 22:02:12 GMT -5
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan asing, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan dan ledakan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 20, 2011 22:04:50 GMT -5
Sebagai seorang guru, mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting dalam pencarian maklumat secara global. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan anak-anak kita berkemampuan mengejar perkembangan ilmu pengetahuan dalam bidang ict serta berkebolehan menguasainya dengan pantas sesuai dengan perubahan era globalisasi.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 20, 2011 22:07:45 GMT -5
Guru boleh menggunakan mod-mod P&P untuk merealisasikan matlamat ini, terdapat empat mod P&P dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang boleh digunakan oleh seseorang pendidik. Mod-mod tersebut ialah : 1. mod tutorial 2. mod penerokaan 3. mod aplikasi 4. mod komunikasi.
|
|
|
Post by marziatimisrikdc2 on Nov 20, 2011 22:15:57 GMT -5
Assalamualaikum.?
Dalam zaman ICT ini , penggunaan teknologi dalam pendidikan amat diperlukan. Pendedahan tentang penggunaan teknologi ini mestilah didedahkan kepada semua guru. Bagi guru2 yang veteran seharusnya mereka pun berusaha mendalami ilmu ini..bukannya meminta guru2 yang lebih muda untuk menyiapkan tugasan yang memerlukan kemahiran ICT. Sampai bila nak minta tolong dgn orang lain..GURU YANG HEBAT MESTILAH ADA ANJAKAN PARADIGMA..bukan dok tang tuu jer. :) :-*
|
|
|
Post by roslinajaafarkdc5 on Nov 20, 2011 22:25:20 GMT -5
Guru-guru harus bersedia untuk menghadapi dunia pendidikan yang semakin mencabar ini dengan melengkapkan diri dengan pengetahuan teknologi maklumat yang sentiasa berubah.Antara teknologi yang dapat membantu guru dalam proses p & p ialah teknologi multimedia yang mana ia banyak menyelitkan unsur-unsur yang melibatkan penggunaan pelbagai deria seperti audio, video, teks dan grafik ke dalam satu medium komunikasi.
|
|
|
Post by roslinajaafarkdc5 on Nov 20, 2011 22:30:33 GMT -5
Guru-guru harus membuat perubahan dalam proses pengajaran bagi menghadapi cabaran pendidikan kini.Tinggalkan pengajaran tradisi....beralihlah kepada pengajaran terkini.....antaranya ialah menggunakan perisian Multimedia yang menyediakan peluang kepada guru mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan pelajar pula di beri peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi pembelajaran.
|
|
|
Post by roslinajaafarkdc5 on Nov 20, 2011 22:37:32 GMT -5
Bagi menghadapi para pelajar generasi kini,guru-guru perlu membuat perubahan di dalam teknik pengajaran seperti menggunakan teknologi multimedia yang menekankan kepada unsur-unsur pembelajaran interaktif yang telah membawa persepsi baru dalam era penggunaan komputer dalam bidang pendidikan.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 20, 2011 22:38:16 GMT -5
Teknologi membantu pelajar dalam pembelajaran aktif, konstruktif, autentik, bermatlamat dan koperatif. Di antara aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan internet adalah seperti yang berikut: i. Menyokong ujikaji saintifik ii. Merekacipta laman web iii. Menyokong pembinaan pengetahuan sosial melalui komunikasi pakatan kerjasama. iv. Mentor siber : Komunikasi melalui internet
|
|