|
Post by norhalimahtunkdd2 on Nov 20, 2011 23:15:28 GMT -5
tidak kira apa juga bentuk p&P yang ingin dilaksanakan, pada pihak diri guru itu sendiri mestilah telah lengkap dengan teknologi masa hadapan. Guru2 yg proakatif akan sentiasa memastikan diri mereka update dgn teknologi semasa.
|
|
|
Post by bushraramlikdc5 on Nov 20, 2011 23:26:35 GMT -5
guru boleh menyiapkan diri dengan: 1. berfikiran terbuka 2. sentiasa positif dan menerima untuk menambahkan pengetahuan serta kemahiran. 3. sentiasa mencuba dan jangan takut dalam menerima teknologi yang baru, ini kerana teknologi akan membantu guru dalam pelbagai aspek. perkembangan dari segi 1. peralatan dan kemudahan semakin canggih akan memudahkan pnp 2. kepantasan sever bagi memuat turun bahan untuk memantapkan pnp 3. pencapaian teknologi yang terlalu pantas memberikan peluang kepada pendidik lebih maju
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 20, 2011 23:39:13 GMT -5
Teknologi Mail Elektronik (E-mel) merupakan antara perkhidmatan internet yang digunakan dengan meluas. Selain itu, listservs, Newsgroups dan Chat juga merupakan perkhidmatan internet yang membolehkan kita berkomunikasi. Sesiapa sahaja boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer yang dihubungkan dengan internet. Melalui penggunaan e-mel, guru dengan pelajar boleh menyertai kumpulan perbincangan untuk bersoaljawab, bincang soalan dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 20, 2011 23:40:32 GMT -5
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998): i. Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian.
Cepat dan pantas!.. ;D
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 20, 2011 23:42:10 GMT -5
Melalui e-mail juga kita boleh.. ii. Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal di Jabatan-Jabatan mahupun Kementerian yang ada unit ICT contohnya..
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 20, 2011 23:43:41 GMT -5
Kita juga boleh.. iii. Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ;teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
dengan rakan guru, pensyarah mahupun anak didik..apatah lagi cendikiawan selagi mahu..
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 20, 2011 23:45:32 GMT -5
Malah kita juga boleh.. iv. Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul/ sesuatu program pembangunan kecemerlangan yang dirancang..dengan pantas dan tepat..
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 20, 2011 23:47:58 GMT -5
Manakala di pihak pelajar/ murid pula manfaat yang boleh diperoleh oleh mereka melalui e-mail ialah: i. Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain. ii. Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa. iii. Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara. iv. Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line". (b) Perolehan Maklumat
|
|
|
Post by nazrahkdc3 on Nov 21, 2011 0:44:43 GMT -5
Guru perlu bersedia dari segi fizikal dan mental dalam mengharungi cabaran globalisasi. Perlu sentiasa mengetahui peredaran zaman dan sentiasa menerima perubahan secara positif..Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung.
|
|
|
Post by nazrahkdc3 on Nov 21, 2011 1:14:55 GMT -5
Kita perlu sentiasa berfikiran positif dan sedia menerima perubahan agar kita tidak ketinggalan. Sentiasa berinteraksi di alam maya mampu menjadikan kita lebih berpengetahuan.
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Nov 21, 2011 1:26:26 GMT -5
;D ;D dalam era globalisasi kita tidak boleh lari dari teknologi...khususnya dalam bidang pendidikan ... satu masa dahulu guru-guru boleh dikatakan fpbia dengan teknologi..akibat arus pemodenan pendidikan tidak dapat lari dari teknologi..malahan kini berganding membangun...
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 2:17:24 GMT -5
Implikasi Teknologi Dalam Pendidikan; memudahkan proses P&P guru dan murid di sekolah.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 2:19:36 GMT -5
Implikasi Teknologi dalam Pendidikan ; pengajaran akan menjadi lebih berkesan dan pembelajaran lebih cepat dan mudah kerana sebarang jenis maklumat yg berkaitan dgn subjek lebih mudah utk dicari melalui pelbagai laman sesawang.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 2:23:48 GMT -5
Implikasi Teknologi dalam Pendidikan ; dengan hanya menggunakan teknologi yg digelar sebagai Internet,jutaan maklumat mudah diakses oleh guru dan murid dlm membantu mereka memperoleh maklumat yg diingini.
|
|
|
Post by suhailakdd2 on Nov 21, 2011 2:25:51 GMT -5
setiap tahun kita akan menghadapi benda2 yang baru dalam hidup kita. teknologi juga bukan lagi satu benda yang baru.jadi sebagai persediaan kita sebagi guru ialah memperlengkapkan diri dengan ilmu berkaitan ICT serta memahirkan diri dengan penggunaan peralatan teknologi masa kini.
|
|