|
Post by ADMIN TMSR on Nov 20, 2011 9:14:59 GMT -5
Bagaimana guru menyiapkan diri untuk pengajaran dalam era Teknologi Maklumat di mana perkembangan teknologi begitu pantas? Apa ciri-ciri teknologi masa hadapan yang dapat membantu proses P&P?
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 20, 2011 9:27:26 GMT -5
Guru perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan ICT yang lengkap sebagai persediaan untuk era Teknologi Maklumat yang semakin pantas. Mereka perlu Celik ICT.
|
|
|
Post by amboaziahkdc3 on Nov 20, 2011 9:29:31 GMT -5
Skrg ni,E-pembelajaran begitu membantu proses P&P.Perkembangan era teknologi yg begitu pantas ini, membuatkan kita begitu teruja untuk belajar sesuatu yg baru setiap masa. Pelajar dapat menimba ilmu di mana-mana shja tanpa bersemuka dengan guru.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 20, 2011 9:30:23 GMT -5
Sebagai langkah awal, UNESCO pernah mencadangkan agar guru mengikuti kursus ICT seperti berikut: 1. Pengenalan (emerging) iaitu peringkat guru memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran menggunakan fungsi teknikal peralatan, perkakasan dan perisian. 2. Aplikasi (applying) iaitu peringkat guru menyedari kemampuan ICT yang sekiranya digunakan dengan betul boleh meningkatkan prestasi proses penganjaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran. 3. Integrasi (intergrating) iaitu peringkat guru menggunakan ICT seepenuhnya untuk meningkatkan mutu prosespengajaran dan pembelajaran. 4. Transformasi (transforming) iaitu peringkat guru sudah berada pada tahap kemahiran dengan keyakinan tinggi menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Nov 20, 2011 9:35:04 GMT -5
Guru mesti celik IT..jangan ketinggalan dalam bidang ICT
|
|
|
Post by haslizahamidkdc1 on Nov 20, 2011 9:36:06 GMT -5
Saya bersetuju guru perlu mendalami ICT dalam era teknologi maklumat ini. Banyak perkara yang perlu diambil kira sama ada pada diri individu itu sendiri dan juga pihak yang lain . Antara teknologi kini yang dapat membantu p&p seperti jaringan internet , edu web tv dan sebagainya.
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Nov 20, 2011 9:38:02 GMT -5
guru perlu peka pada perkembangan ICT.. ciri-ciri teknologi masa hadapan yang dapat membantu guru dalam p&p perlulah bersifat mudah atau senang untuk guru menggunakannya di dalam kelas..
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Nov 20, 2011 9:39:16 GMT -5
Pihak PPD perlu menyediakan kursus ICT kepada guru, sebaiknya semua guru bukan hanya segelintir guru
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 20, 2011 9:39:21 GMT -5
CIRI-CIRI TEKNOLOGI MASA HADAPAN YANG DAPAT MEMBANTU P&P:- :)1. Senibina teknologi yang semakin kompleks penggunaannya di dalam P&P ;)2. mempunyai jumlah arahan pemprosesan yang semakin banyak bagi memudahkan guru memberi nota kepada murid, membuat soalan/kuiz/latihan semasa P&P, mengisi data,menganalisis serta menyelesaikan kerja-kerja pemfailan. :D3. struktur perkakasan teknologi menjadi semakin kecil dan efisien, contohnya ipad, ipod dan tablet...mudah kan? ;D4. perkakasan ini boleh dibeli dengan harga yang murah....
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 20, 2011 9:39:46 GMT -5
Memang amat-amat diperlukan dalam era globalisasi ini tetapi jangan kita terlgu alu leka dengan teknologi yang pesat ini kerana buku juga amat penting dalam hidup seseorang yang menuntut ilmu seperti disebut dalam Surah Al-Alaq. Mengikut kajian berita semalam hanya 33.3 minit sahaja murid kita dalam seminggu membaca buku masa lain dihabiskan di hadapan komputer.... ingat tu....
|
|
|
Post by rozitaabdullahkdc2 on Nov 20, 2011 9:40:31 GMT -5
Kebanyakan kursus ICT hanya dihadiri oleh guru yang suidah berpengalaman dalam ICT.. sepatutnya ia dihadiri oleh guru yang kurang berkemahiran dalam ICT.. perlu dikaji..
|
|
|
Post by mohdfahmikdc06 on Nov 20, 2011 9:44:04 GMT -5
prasarana ict disekolah perlu diselenggara dengan baik
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 20, 2011 9:44:59 GMT -5
CIRI-CIRI TEKNOLOGI KOMPUTER TERMAJU PADA MASA HADAPAN ialah pertama :- komputer akan mempunyai sifat kemanusiaan.komputer dikatakan mempunyai sifat kemanusiaan dengan memahami arahan suara, kepenggunaan kehadiran maya(virtual presence) dan mengenal kelakuan ataupun emosi.
|
|
|
Post by harneedahasankdc1 on Nov 20, 2011 9:46:38 GMT -5
Guru perlu menyiapkan diri dengan mendalami ilmu ICT dengan cara menghadiri kursus yang dianjurkan disamping menyambung pelajaran didlm bidang berkaitan kerana teknologi ICT cepat berkembang pesat.Internet adalah cara yang baik untuk belajar kerana maklumat hanya di hujung jari.Cepat, mudah dan dapat belajar walau dimana sahaja kita berada.Ianya amat hebat sekali.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 20, 2011 9:50:31 GMT -5
CIRI-CIRI TEKNOLOGI KOMPUTER TERMAJU PADA MASA HADAPAN ialah ;)kedua:- peranti berfikiran sendiri peranti akan menjadi lebih bijak kerana menggunakan pemprosesan seperti StrongARM, DragonBall dan pSOS yang akan dimajukan kelak. Peranti ini akan dirangkaikan kpd 1 rangkaian bersepadu dan membolehkan pengguna terutama guru dan pelajar mendapatkan perkhidmatan tambahan.
|
|