|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 13:50:50 GMT -5
dapat meningkatkan produkitviti profesion keguruan...
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 18:36:23 GMT -5
Sebagai seorang guru sudah pasti kita perlu ada kemahiran asas dalam ICT dan berusaha belajar menguasai ICT dengan baik .Sekarang banyak urusan yang perlu dibereskan melalui perisian komputer.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 20, 2011 18:52:56 GMT -5
kesemua ciri-ciri CIRI-CIRI TEKNOLOGI KOMPUTER TERMAJU PADA MASA HADAPAN yang saya nyatakan di atas boleh diintegrasikan dalam P&P kelak. Dengan ciri-ciri yang lebih menarik, P&P juga menjadi suatu perkara yang menyeronokkan bagi murid. Secara tidak langsung, objektifP&P akan tercapai...insyaAllah. Tq3 2 Ct... 4 d info.. tapi janganlah lupa banyak pihak yang terlibat dalam proses P & P..
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 20, 2011 18:56:49 GMT -5
Guru perlu menyiapkan diri untuk pengajaran dalam era Teknologi Maklumat!.. Guru perlu menjadi "Planner" perancang yang bijak ertinya guru memiliki program kerja peribadi yang jelas.!..
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 20, 2011 19:01:00 GMT -5
Guru juga mestilah 'Inovator', ertinya memiliki kemahuan untuk melakukan pembaharuan. Pembaharuan yang dimaksudkan berkaitan dengan pola pembelajaran, termasuk di dalamnya metod mengajar, media pembelajaran, sistem dan alat evaluasi/ penilaian, serta 'nurturant effect' lainnya...
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 20, 2011 19:02:52 GMT -5
Zaman teknologi maklumat guru adalah Motivator, artinya guru masa depan yang mampu memiliki motivasi untuk terus belajar dan belajar, dan tentunya juga akan memberikan motivasi kepada anak didik untuk belajar dan terus belajar sebagaimana dicontohkan oleh gurunya.. 'Kepimpinan Melalui Teladan" ;D
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 20, 2011 19:09:01 GMT -5
Namun ada lagi !...guru mestilah memiliki ciri "Capable personal", maksudnya guru diharapkan memiliki pengetahuan, kecekapan dan ketrampilan serta sikap yang lebih mantap dan memadai sehinga mampu mengolah proses pembelajaran secara efektif.. No wonder r sekarang ni kita boleh lihat guru = Guru = Kaunselor = Jurulatih = Referee = Kerani = Pegawai Audit = Polis = Technician = Tukang Sapu = Tukang cuci pun... Macam2!..
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 20, 2011 19:11:35 GMT -5
Guru juga mesti berperanan sebagai "Developer", ertinya guru mahu untuk terus mengembangkan diri, dan tentunya mahu pula menyebarkan kemampuan dan keterampilan kepada anak didiknya dan kepada semua orang. Guru masa depan harus menimba ketrampilan, dan bersikap peka terhadap perkembangan IPTEKS, misalnya mampu dan terampil mendayagunakan computer, internet, dan pelbagai model pembelajaran multi media kini..
|
|
|
Post by azlinahasan on Nov 20, 2011 19:26:27 GMT -5
Pendidikan di negara kita sekarang telah mengorak langkah setanding dengan negara maju.Kemahiran dalam teknologi terkini adalah satu keperluan untuk guru-guru meningkatkan kemahiran diri terutama dalam membantu proses pengajaran yang lebih interaktif, inovatif dan kreatif.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 21:05:58 GMT -5
Saya pernah mengikuti kursus ICT anjuran KPM pada tahun 2006 dan banyak ilmu yang saya perolehi dan saya aplikasikan untuk proses P&P. jadi sebagai seorang guru kita tidak boleh tunggu dan lihat lagi. Dunia sudah berubah
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 21:09:51 GMT -5
pengisian TMK dalam pendidikan telah memberi kesan kepada fungsi guru, pelajar dan penggunaan ruang di dalam kelas. Guru tidak lagi sebagai penyampai memandangkan teknologi internet membolehkan maklumat dicari dan dicapai dengan mudah.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 21:12:17 GMT -5
Guru perlu menerima hakikat bahawa pelajar masa kini lebih mahir dan yakin menggunakan teknologi dan mereka perlu dari semasa ke semasa mendapat tunjuk ajar daripada pelajar mereka.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 21:14:21 GMT -5
Pengintegrasian TMK dalam pendidikan banyak melibatkan pembelajaran berasaskan projek yang memerlukan guru-guru bekerjasama dengan pelajar. Jadi guru kena ada ilmu ICT.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 21:16:14 GMT -5
Memandangkan teknologi TMK berubah dengan pantas, guru perlu melengkapkan diri mereka dengan mendapatkan latihan secara berterusan dalam pedagogi dan teknologi.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 20, 2011 21:18:34 GMT -5
Melalui TMK guru lebih banyak memberi tumpuan kepada pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti lembaran kerja, nota dan panduan.
|
|