|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 22:03:00 GMT -5
Salam.. Alhamdulillah, sekolah saya mempunyai tampok pimpinan yang amat menyokong aplikasi ICT dalam P&P ..tetapi prasarana yang kurang sempurna belum mampu menjana semangat guru untuk menggunakanya semaksimum mungkin.. ada sekolah yang lengkap prasarana nya tetapi ada guru yang masih tidak bersemangat untuk menggunakannya.
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 22:04:42 GMT -5
KeKEPIMPINAN MELALUI TAULADAN...kadang-kadang pihak atasan di sekolah pun tak guna ICT dalam PnP mereka, alasannya:- dah tuo, nak pencen tak lamo laie, tak payah lah guno ICT nie...hehehe. kalau mereka tak nak guna.., adakah kita mahu mengikut mereka
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 22:06:22 GMT -5
semenjak saya berpindah ke Semenanjung hampir 5 tahun, khususnya sekolah saya sekarang di Putrajaya....rasanya setiap tahun saya akan terlibat dengan soal selidik penggredan sekolah bestari. soalan semua simple2....dan tersedia markah yg perlu kita bulatkan..sejauh mana anda tahu ICT?sekerap mana anda gunakan bahan internet untuk melakukan p&p anda dan sebagainya...mengikut guru ICT sekolah saya...anda tahu macam mana nak bukak komputer pun sudah dapat 1 markah..apatah lagi jika kita berjaya menggunakannya. betul tu cikgu siti, saya nampak ICT ni sangat mudah. tetapi sering dilihat menjadi satu beban kepada guru guru.
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 22:08:58 GMT -5
Mungkinlah... walaupun begitu akk msih lg sntiasa mnta bantuan ustaz tu melalui email. Alhamdulillah...ustaz tu mmg bagus..xkedekut ilmu... Alhamdulillah.. seronok bila dengar cerita macam ini. ini pun salah satu manfaat ICT kan.? walau pun duduk jauh. masih boleh berhubung. dengan mudah dan pantas. percuma lagi..!
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 22:12:51 GMT -5
saya nk naik menyampah jugak bila nak buka sistem 'saps' ni berkali2 tp xbleh nk msuk mrkah... dr pagi lg..nk kna menghadap laptop kul 3-4 pg xlarat rsanya bila kta dah pulun tenaga di siang hari dgn pelbagai kerja di sekolah dan di rumah... itulah yg berlaku...bla semua perkara di'online'kan... nak salahkan siapa? Benda baru pasti ada loopholesnya. ada kebaikannya juga dibuat online. teruja juga bila melihat rakan sekerja memasukkan markah ketika waktu senggang menggunakan ipad untuk mengakses SAPS. sama seperti menggunakan notebook tapi lebih mudah dan cepat (boleh curi curi masukkan markah semasa meeting) oppssss nampaknya kita tunggu dan lihat sahaja. dan 'bersabar...'
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 22:14:04 GMT -5
:-/Relaks r guru-guru, janganlah 'stressed' sangat, n jangan suka menunjuk kesalahan pada orang len, nanti tak nampak salah sendiri..bahagikan masa dengan baik..'due' utk saps kan ada lagi..pelan-pelan r..kita juga pemimpin!.. betul tu cikgu shamsila. saya sangat setuju. satu jari tunjuk pada orang lain 3 jari patah balik pada diri sendiri
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 22:15:06 GMT -5
Betul pn. samsila. cabaran adalah baja untuk berjaya! pada sya sistem ini sangat senang di akhirnya. tak tahu lah rakan2 macamana sebab at the end kita hanya perlu print jer result murid and tampal/ masukkan dalam folder. sangat menyenangkan daripad dulu terpaksa menulis satu persatu secara manual. betul tu. yang paling seronok tak perlu lagi mengira dan membuat marksheet. ;D
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 22:17:06 GMT -5
Sangat bersetuju dengan puan salwa. Team work akan menjana kecemerlangan kepimpinan ICT di sekolah. Walau pun buta ICT tetapi kita mestilah mendalami ilmu2 ICT agar tidak ketinggalan jauh. buta tak semestinya tak boleh berjalan kan?
|
|
|
Post by sitiaisyahkdc4 on Dec 16, 2011 0:06:20 GMT -5
Pentadbiran atasan seperti GB mmg sangat memainkan peranan maju mundurnya ICT di sesebuah sekolah itu. Oleh itu, GB seharusnya memainkan peranannya dengan jitu untuk memastikan ICT di sesetengah sekolah bergrak seiring dengan kemajuan semasa.
|
|
|
Post by sharinahashimkdc2 on Dec 16, 2011 3:16:17 GMT -5
Perubahan sekolah perlu terutamanya tentang pelaksanaan ICT di sekolah bermula daripada keprihatinan dan tindakan pentadbir sekolah itu sendiri iaitu pentadbir selaku pemimpin sekolah perlu merangka dan merancang segala perubahan budaya positif dan teknologi yang berasaskan ICT di sekolah.
|
|
|
Post by sharinahashimkdc2 on Dec 16, 2011 3:19:44 GMT -5
ICT turut dikatakan sangat berguna dalam konsep pengurusan sekolah dengan membantu dan menolong pentadbir sekolah untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik.
|
|
|
Post by suhanamisrokdc3 on Dec 16, 2011 3:23:56 GMT -5
Pada peringkat awalnya dulu (PPSMI), memang pentadbir amat mengawal kemudahan teknologi yang dibekalkan di sekolah. Guru terlibat sahaja yang boleh guna peralatan yang dibekalkan. Guru lain boleh juga gunakan tetapi banyak prosedur yang perlu dipatuhi hingga membantutkan keinginan mereka mengajar menggunakan kemudahan komputer, Alhamdulillah sikap pentadbir hari ini telah berubah semenjak banyak komputer dibekalkan di sekolah. Guru digalakkan menggunakannya dan sesetengah GB akan memberi markah prestasi yang lebih kepada gueu yang menggunakan teknologi dalam pengajarannya.
|
|
|
Post by sharinahashimkdc2 on Dec 16, 2011 4:15:27 GMT -5
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang, dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
|
|
|
Post by sakinahumarkdc3 on Dec 16, 2011 5:00:23 GMT -5
Perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahran penggunaan komputer dalam pengajaran perlu dilakukan secara profesional untuk menangani kekangan yang dihadapi oleh guru.
|
|
|
Post by sakinahumarkdc3 on Dec 16, 2011 5:17:55 GMT -5
Tidak dapat dinafikan tidak kesemua pemimpin disekolah mahir komputer tetapi apa yang berlaku dihadapan mata saya pemimpin sekolah saya amat mahir komputer.Guru menjadi Guru besar tempat bertanya, menyelesaiakn masalah ICT .
|
|