|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 18:26:55 GMT -5
bajet adalah isu sensitif untuk mencapai tahap ICT yang mantap. Majoriti sekolah terutama luar bandar tidak dapat menikmati kemudahan ini secara optimum. Kadang2 sek yang dipinggir bandar pun tidak dapat kemudahan seperti yang diharapkan. PIBG harus main peranan untuk mencari dana2 bagi menambah kemudahan ICT. Sek2 besar mempunyai dana yang besar untuk memenuhi keperluan ICT di sekolah mereka. Sokongan guru-guru juga amat penting kerana tonggak PnP di sekolah adalah di atas usaha guru2 ini. saya nampak ada sekolah luar bandar yang lebih mantap prasarana ICTnya. ini mungkin adalah kerana pentadbirnya bijak dan dapat mencari peyumbang atau dana tambahan bagi melengkapkan keperluan ICT.
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 18:28:11 GMT -5
guru besar kencing berdiri...guru kencing berlari macam kasar je bunyi nye
|
|
|
Post by marzilaabaskdc1 on Dec 15, 2011 18:28:37 GMT -5
Olehkerana apa sahaja matapelajaran sekarang penghantarandata maklumat murid semuanya melalui internet... contohnya SAPS..... jadi semua pihak perlu bergabung tenaga.
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 18:29:18 GMT -5
Pihak pentadbir perlu memberi galakan dalam usaha meningkatkan penggunaan IT dengan menyediakan kemudahan IT yang secukupnya. apakah galakan yang cikgu rasa sesuai untuk diberikan..? insentif yang berbentuk wang? atau hadiah?
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 18:30:26 GMT -5
ICT sudah tidak asing dengan guru-guru masa kini. Oleh itu, semua guru mampu menjadi pemudah cara sesama sendiri. Kepimpinan pula membawa maksud yang luas. Kepimpinan bukan hanya terletak pada jawatan yang menyebabkan kita hanya bertumpu kepada pemimpin atasan. Akan tetapi, kepimpinan patut dilihat secara "HOLISTIK". Guru yang tiada jawatan juga boleh memainkan peranannya dengan memimpin atau memandu anak didiknya dalam penggunaan ICT dalam menyiapkan tugasan sekolah. Apa pendapat yang lain? ada ke guru yang tiada jawatan..?
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 18:31:27 GMT -5
Betul tu, kerana kebanyakan mereka "fobia" dan memberi alasan tempoh perkhidmatan yang akan tamat dan tidak perlu belajar atau menggunakannya. Natijahnya, guru lain pasti akan berada di zon selesa. itu bukan fobia, itu TIDAK MAHU. ;D ;D
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 18:34:31 GMT -5
Salam, saya pernah bertugas di sekolah bantuan modal (mission school) yang tdk mendpat peruntukan makmal komputer!.namun atas inisiatif para pentadbir dan guru, murid mendapat fasiliti ICT dengan baik!..guru-guru bukan sahaja TEACHER malah USTAZAH mahir dengan ICT dan B.Inggeris..dengan kerjasama sume pihak walaupun barisan pentadbir terdiri dari kalangan wanita SEMUANYA..sekolah tersebut sekarang diiktiraf sekolah SBT=Sekolah Berprestasi Tinggi!..Dapat saya rumus dan cuba kongsikan bahawa kepimpinan ICT di sekolah adalah tanggungjawab semua..sekiranya semua mengambil peranan masing-masing maka segala target kan tercapai.. semangat macam ni yang sedap kita dengar.. kalau semua organisasi dapat menghasilkan sesuatu seperti kan seronok. pokok soalannya, bagaimana?
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 18:36:34 GMT -5
salam...tertarik dengan post arifah kdd1...melalui pertandingan2 begitu murid2 akan lebih meminati ICT..ICT tidak hanya terhad di dalam P&P sahaja.. betul.. seronok bila lihat murid murid bersungguh- sungguh menghasilkan yang terbaik untuk menang..
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 18:39:44 GMT -5
cikgu2 mmg pakar it, tp ble penggunaan makmal komputer byk sgt pantag larang, menjadikan sekolah tu kurg penggunaan ict....sy mmg setuju sgt jika ramai guru2 dberi kursus dn pendedahan ttg ict agar dpt mendidik para pelajar kearah celik ict kalau susah sangat nak menggunakan makmal, kita buat diluar makmal atau didalam kelas. saya rasa iCT tak semestinya bermaksud murid mesti menggunakan komputer,, bukan?
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 18:41:53 GMT -5
menyediakan garis panduan bagi memastikan matlamat/objektif pembelajaran yang bersesuaian dengan teknologi boleh dicapai oleh para guru. garis panduan memang sudah ada tetapi untuk mengikutnya yang sering menjadi halangan. ICT adalah satu yang fleksibel.
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 18:42:55 GMT -5
Salam...bagi pendapat saya , salah satu kesilapan manusia adalah mengenai sikap.Jika pemimpin atau guru besar di sekolah sukar menerima pendapat orang lain dan asyik pikir KAPLA dia saja betol...manyak susah woooo........ kalau kita tak dapat mengubah sikap orang, kita ubah sikap sendiri.
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 18:45:13 GMT -5
sikap guru besar, kewangan sekolah, prasarana semuanya memainkan peranan penting dalam memastikan sekolahnya tidak lepas dari perkembangan ICT. Sebagai pentadbir yang kreatif pastinya gb akan berusaha dari segi dana yang boleh didapati dari pembekal2 bagi melengkapkan prasarana di sekolah selain berurusan dengan PPD /JPN. Hendak seribu daya....masalah yg selalu berlaku dana yang didapati terarah ke.... ?? terarah kemana cikgu..? adakah itu sesuatu yang pasti?
|
|
|
Post by wandianakdc4 on Dec 15, 2011 19:53:06 GMT -5
Pentadbiran sekolah perlu memainkan peranan penting dalam memastikan ICT disekolah digunapakai . Guru-guru dan staf lain disekolah perlu digalakan untuk menggunakan teknologi yang ada dan memastikan dalam keadaan baik. PIBG sekolah boleh mengumpulkan sumber keewangan untuk urusan ini
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 22:00:49 GMT -5
Perbanyakkan lagi kursus dalaman ICT di sekolah untuk guru-guru lebih mengetahui tanggungjawab dunia ICT ini bukanlah hanya terletak pada penyelaras ICT semata-mata adanya....guru-guru yang lain kenalah bagi sokongan..jangan suka buat dekkk jer tp itulah hakikat yg perlu dterima masing-masing menjlnkan tugas mengikut kemampuan masing-masing bekerja ikut kemampuan atau ikut keperluan?
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Dec 15, 2011 22:02:30 GMT -5
Salam.. Alhamdulillah, sekolah saya mempunyai tampok pimpinan yang amat menyokong aplikasi ICT dalam P&P ..tetapi prasarana yang kurang sempurna belum mampu menjana semangat guru untuk menggunakanya semaksimum mungkin.. ada sekolah yang lengkap prasarana nya etapi ada guru yang masih tidak bersemangat untuk menggunakannya.
|
|