salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Nov 7, 2011 3:54:40 GMT -5
salam. saya sngt bersetuju dgn kepimpinan ICT disekolah tetapi pihak pentadbir perlu memainkan peranan yang penting supaya guru2 celik IT.utk itu pihak pentadbir perlu mengadakan kursus yg berkaitan kepada guru2. tambahan..bukan sahaja kursusICT..penyelenggaraan, penyimpanan alatan, kemudahab ICt juga perlu diambilkira..
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 7, 2011 7:44:20 GMT -5
Alhamdulillah. di sekolah saya kemudahan ICT memang baik kerana kerjasama antara Pihak pentadbir, PIBG dan guru-guru yang saling bantu membantu antara satu sama lain. Contohnya pihak PIBG akan segera memberi bantuan kewangan apabila pihak sekolah memaklumkan mengenai kerosakan komputer.
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Nov 7, 2011 8:05:29 GMT -5
salam kak edza...bersyukur kerana pihak PIBG sekolah akak sangat membantu dan tidak lokek menghulur bantuan ,dengan adanya kerjasama ini barulah boleh membentuk komuniti sekolah yang celik IT.Bukannya seperti sesetengah sekolah yang tiada langsung sokongan daripada pihak PIBG...hanya tahu menuding jari jika pentadbir tidak memberi itu dan ini kepada anak2 mereka... ?
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 7, 2011 8:14:22 GMT -5
Alhamdullillah Sufa. Harap-harap semua sekolah pun begitu. Macam mana dengan sekolah Sufa. Mesti pembangunan ICT berjalan dengan baik tanpa ada masalah hasil kerjasama semua pihakkan.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 7, 2011 8:29:02 GMT -5
Adakalanya pihak PIBG tidak membantu dlm usaha sekolah untuk sesuatu program utk kebaikan sekolah...bila dipanggil meeting xdatang, bila time ambil report kad pn xnak tunjuk muka..bila adakan aktiviti sekolah jgn kata nk hulur bantuan..datang jenguk pn xsudi... Bagaimana sekolah nak maju klu bukan dr sokongan pihak PIBG. Samalah juga sekolah bantuan modal yg tiada makmal komputer...PIBG xde pun hasrat nak bantu cari dana untuk wujudkan makmal komputer.. terkilan guru2 bila akhirnya jari dituding kepada guru bila anak2 mereka tidak mahir dlm sesuatu perkara...
|
|
|
Post by norazzarahtonkdc4 on Nov 7, 2011 11:25:31 GMT -5
Salam.Kepimpinan melalui tauladan,rata rata pihak pengurusan sekolah senantiasa memberi support pada guru bg menggunakan ICT. Pada saya support mereka sudah mencukupi.
|
|
|
Post by norainkdc2 on Nov 7, 2011 12:33:03 GMT -5
Sebenarnya kadangkala pihak-pihak yang disebut seperti GB, PIBG, pemimpin, menteri dan sebagainya tu dah memainkan peranan mereka tetapi masalahnya sekarang apabila murid-murid itu sendiri yang tak tahu menghargainya kerana ada masalah yang dihadapi oleh guru apabila murid keluar dari makmal ICT kerana biasa mendengar laporan penyelaras makmal mouse hilang, bebola mouse hilang, keyboard yang dirosakkan dengan menukar huruf atau menghilangkan huruf dan berbagai lagi. Huuuuh....kepimpinan dan tauladan....
|
|
|
Post by nordilahmodkdc1 on Nov 7, 2011 12:39:25 GMT -5
guru besar mestilah memainkan peranan penting dalam pengurusan ICT di sekolah.Alatan yang cukup dan pemantauan kerosakan perlu disegerakan ,dan guru yang menggunakan laptop sekolah mestilah dengan tujuan p&p dan kerja sekolah sahaja.
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 8, 2011 2:14:10 GMT -5
Kepimpinan sekolah iaitu Guru Besar hendaklah memastikan kemudahan dan peralatan ICT yang mencukupi dan paling penting boleh digunakan.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 8, 2011 2:39:09 GMT -5
mm sedih tu norain jika banyak peralatan yang dihilangkan oleh murid-murid. Jadi kerjasama semua pihak tu penting bagi memastikan disiplin penggunaannya.
|
|
|
Post by norazzarahtonkdc4 on Nov 8, 2011 4:21:15 GMT -5
Saya sangat setuju dgn Shamsidah KDD1.Kita tak boleh harapkan pentadbir sahaja.Mungkin mereka ada kengkangan tertentu utk menggunakan ICT,kalau kita sebagai guru yang masih lagi hijau patut rebut peluang ini !
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 8, 2011 5:24:01 GMT -5
Sepatutnya guru yang memainkan peranan penting dalam kepimpinan ICT dalam pembelajaran disekolah. Pentadbir sebagai pemerhati dan memantau serta mebantu segala kekurangan yang diperlukan oleh guru dalam membestarikan kepimpinan ICT.
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 8, 2011 6:26:33 GMT -5
memang sangat bersetuju dengan maizatulemly. murid dan guru guna ada masalah pihak pentadbir perlu bertindak mencari jalan penyelesaian.
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Nov 8, 2011 7:24:45 GMT -5
Alhamdulillah.....kepimpinan sekolah saya memberi sokongan dan peka atas keperluan ICT guru2nya.Sememangnya pihak pentadbirlah yang meminkan peranan penting dalam memastikan sekolah tidak ketinggalan jauh dalam penggunaan ICT.Kewangan juga perkara penting....ianya jalan seiring.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 8, 2011 8:27:33 GMT -5
ICT adalah sesuatu yang sangat bermakna jika dimanfaatkan dengan sebaiknya...
|
|