|
Post by sylvianoabubakar_kdc06 on Nov 5, 2011 7:45:38 GMT -5
walaupun kepimpinan ICT adalah perlu tetapi yang melaksanakannya adalah manusia. maka jangan dilupakan betapa hebatnya ICT maka ianya memerlukan kehebatan manusia yang akan menjadikan ICT itu nampak hebat. maka manusia dan ICT adalah hebat. untuk jadi hebat...perlu saling bergandingan antara manusia dan ICT. pendapat sahaja...benarkah begitu...
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 5, 2011 8:02:04 GMT -5
lainlah klu ada org nk sponsor robot...ye tak? tapi, robot pun manusia yg cipta kn? Actually, manusialah pelaksana kpd dunia ICT...semakin canggihnya ICT semuanya manusia yg reka & cipta...betapa hebatnya manusia...
|
|
|
Post by mohdfahmikdc06 on Nov 5, 2011 9:03:00 GMT -5
secanggih mana pun robot, tidak akan dapat menandingi manusia kerana sebagai manusia diberi oleh Allah anugerah akal fikiran dan juga perasaan.
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 5, 2011 9:21:29 GMT -5
manusia adalah ciptaan Allah yang paling sempurna. kerana ia diberi akal fikiran.. dari akal itulah bercambahnya pelbagai idea yang impaknya dapat kita lihat pada hari.. ICT pula.. dari mula perjalanan usianya, semakin lame semakin canggih yang di upgradekan oleh manusia juga... ini pendapat saya.. jadi.. manusia lebih hebat la dari komputer....
|
|
|
Post by suzanaibrahimkdc5 on Nov 5, 2011 10:13:06 GMT -5
Pihak pentadbir sekolah terutama guru besar perlu menjadi role model dalam penggunaan ICT kerana kebanyakan kerja2 pentadbiran banyak memerlukan kemahiran ICT. Justeru pihak pentadbir perlu memastikan kemudahan sentiasa berfunsi dengan baik. Kursus2 berkaitan ICT perlu diadakan bagi meningkatakan kemahiran ICT baik untuk guru2 mahupun pihak pentadir.
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 5, 2011 10:23:15 GMT -5
betul tu kak su.. pentadbir sekolah kena mengambil berat serta menunjukkan contoh yang baik kepada semua kakitangan, guru dan murid.. bukan hanya mengeluarkan arahan meminta orang lain yang membuat kerja yang berkaitan ICT... tapi rase2nye semua pengetua atau guru besar dah semakin mahir menggunakan ICT ni... itu juga contoh yang baik.. boleh menjadi pendorong dan memberi semangat kepada yang lain...
|
|
|
Post by mariyatialikc1 on Nov 5, 2011 12:23:53 GMT -5
salam. saya amat bersetuju guru besar memainkan peranan penting juga perlu menjaga keperluan anak buahnya .terutamanya perkara-perkara yang berkaitan IT,jangan seperti BANGAU OH BANGAU malahan pekalah akan keperluan serta kekangan yg berlaku.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 6, 2011 2:19:33 GMT -5
Sebagai pemimpin / pentadbir atau guru haruslah mempunyai perancangan dan pelaksanaan pengintergrasian teknologi dalam pendidikan dimulai dengan pengenalan, peringkat2 perancangan yan melibatkan dua komuniti iaitu peringkat sekolah dan daerah serta guru. ;D
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 6, 2011 6:15:41 GMT -5
Sesiapa sahaja yg mempunyai ilmu boleh menjadi pemimpin...termasuklah ilmu ICT yg sedang pesat membangun. Ramai yg dahaga dan memerlukan ilmu ICT kerana ianya sudah menjadi satu keperluan...
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 6, 2011 6:42:27 GMT -5
setiap orang sememangnya adalah pemimpin.. paling tidak pemimpin kepada diri sendiri.. rebutlah peluang membaiki kelemahan diri serta meningkatkan kualiti hidup kita... banyak manfaatnya bila kita mahir dlm ilmu ICT ni...
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 6, 2011 7:01:24 GMT -5
Untuk berjaya dlm kerjaya, kita perlu ada sifat sebagai seorang pemimipin apatah lagi jika sudah ada pengikut...macam guru..guru ada murid2 sbg pengikut. Jadi sifat seorg pemimpin itu wajar ada dlm diri seseorang. Seperti kata pn.norhayatimdsahar kita..sekurang2nya pemimpin kpd diri sndiri.
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 6, 2011 7:30:15 GMT -5
benar.. itulah hakikatnya.. guru adalah pemimpin... Guru juga memainkan peranan sebagai agen perubahan di mana dia perlu mengaplikasikan kaedah-kaedah teknologi terkini dalam pengajarannya.
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 6, 2011 7:34:17 GMT -5
Guru juga mesti peka terhadap segala perkembangan pendidikan dari pelbagai sudut. Maknanya, guru perlu mengetahui perkembangan-perkembangan terkini dalam mata pelajaran yang diajar olehnya. Dunia semakin maju.. takkan profession guru masih lagi di takuk yang lama.. paling tidak, ada la sedikit perubahan yang menunjukkan adanya perkembangan dalam sistem pendidikan di negara kita...
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 6, 2011 7:39:33 GMT -5
Sewajarnya murid-murid didedahkan kepada pendidikan teknologi bagi membolehkan mereka memahami peranan teknologi dalam perkembangan tamadun manusia, membuat keputusan dengan tepat serta dapat menilai kebaikan dan keburukan teknologi ICT dalam kehidupan...
|
|
|
Post by marlinakdc3 on Nov 6, 2011 8:55:47 GMT -5
salam. saya sngt bersetuju dgn kepimpinan ICT disekolah tetapi pihak pentadbir perlu memainkan peranan yang penting supaya guru2 celik IT.utk itu pihak pentadbir perlu mengadakan kursus yg berkaitan kepada guru2.
|
|