|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 11:27:19 GMT -5
Belajar secara PJJ ni ...pelajar tak payah berebut-rebut pergi ke library untuk dapatkan bahan yang terhad... pakai internet satu bahan boleh dikongsi dengan pengguna yang lain....hi..hi.... itu untungnye belajar PJJ ni....
|
|
|
Post by sitirohanikdc3 on Nov 20, 2011 11:29:22 GMT -5
Dua ciri utama yg amaat penting dlm pelaksanaan pjj ialah; 1. segala p&p dijalankan secara formal dapat dijalankan dan diselia secara jarak jauh iaitu dalam keadaan pelajar terpisah daipada pengajar. 2. tgjwb pmbljran telah dipindahkan kpd pelajar itu sendiri dgn secara sendirian, pelajar akan belajar dan juga menjalankan aktiviti pmbelajaran bagi menambah dan memperolehi ilmu serta kemahiran yang dicari.
|
|
|
Post by sitirohanikdc3 on Nov 20, 2011 11:31:00 GMT -5
Pjj penting kerana program ini akan memperbanyakkan lagi rakyat yang berilmu dan berpengetahuan.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 11:31:38 GMT -5
Di Malaysia Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan pusat pengajian tinggi yang pertama menjalankan sistem PJJ sejak 10 tahun yang lalu....
|
|
|
Post by sitirohanikdc3 on Nov 20, 2011 11:35:36 GMT -5
Ada beberapa cadangan agar sistem pjj dilaksanakan dengan lebih berkesan. 1. pengecualian cukai dan cuti tnpa rekod 2. sumber kewangan dari kerajaan berbentuk biasiswa atau sumber kewangan berbentuk pinjaman daripada pihak tertentu, contohnya majikan. 3. peranan masyarakat yang harus memahami apakah pjj, bagaimanakah pelaksanaannya serta bagaimanakah cara untuk belaja.r
|
|
|
Post by nazrahkdc3 on Nov 20, 2011 11:35:41 GMT -5
PJJ- satu kemudahan untuk guru2 tp masih ada yang enggan mengambil peluang yang ada..KPM dah buka ruang untuk guru naikkan taraf akademik..tq. seronok belajar ! Jadi contoh pd. anak2.
|
|
|
Post by hidayawatikdc3 on Nov 20, 2011 11:36:13 GMT -5
pjj memeng bagus . blh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta boleh mengingatkan kita apa yang telah dipelajari semasa di maktab dulu.. penting dan baik untuk peningkatan profesionalisme perguruan.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 11:36:45 GMT -5
Kemajuan sistem PJJ menjadi amat penting kerana sistem ini memberi pilihan pendidikan kepada golongan manusia yang ingin menimba ilmu tidak mengira usia dan waktu.
|
|
|
Post by sitirohanikdc3 on Nov 20, 2011 11:38:06 GMT -5
Dah banyak universiti yang menjalankan program pjj. Yang penting, kalau berminat, isi borang permohonan.
|
|
|
Post by salehawatikdc6 on Nov 20, 2011 11:41:46 GMT -5
PJJ amat baik untuk semua guru kerana ianya dapat menjimatkan masa dan guru tidak perlu membebankan guru lain untuk mengganti dalam waktu P&P. Bayangkan jika semua guru cuti belajar, pasti P&P di sekolah akan terganggu..... Pada masa akan datang rasanya tak ada masalah sebab " Pembelajaran Sepanjang hayat" so semua orang boleh belajar....
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 11:43:14 GMT -5
Saya sebagai salah seorang pelajar PPG yang mengikuti sistem PJJ ni merasa amat bangga kerana diberi peluang belajar secara pembelajaran kendiri.
|
|
|
Post by sidekkdc1 on Nov 20, 2011 11:45:39 GMT -5
PJJ menggunakan pelbagai teknologi moden dan inovasi canggih dalam mempersembahkan bahan pembelajaran kepada pelajar. Seperti :Bahan pembelajaran bercetak yang dihantar secara pos, Bahan pembelajaran yang diakses menggunakan Internet(talian atau "on-line"), Bahan pembelajaran yang dimuatkan ke dalam CD-ROM komputer dan akan diikuti oleh pelajar di komputernya sendiri (multimedia interaktif), Bahan pembelajaran yang dimuatkan ke dalam alat mudah alih spt telefon bimbit dan komputer saku(mobile learning). Untuk kesan jangka panjangnya melalui PJJ ini, memberi keseronokan kepada sistem pendidikan. Di mana P & P boleh dicapai secara santai. tidak menjadi sebagai beban. seperti cara tradisional dengan membawa buku bersama-sama ke mana sahaja pelajar pergi.
|
|
|
Post by hidayawatikdc3 on Nov 20, 2011 11:46:18 GMT -5
Kem.Pelajaran sememangnya mensasarkan guru mempunyai ijazah pendidikan menjelang 2015... kita akan merealisasikannye.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 11:51:09 GMT -5
Satu kerugian yang amat besar bagi guru-guru yang menolak tawaran PPG ni, dahlah kerajaan support, nak pi belajar pun malas, kalau alasan banyak masalah, semua orang ada masalah..... macam mana nak meningkatkan profesionalisme keguruan kita?
|
|
|
Post by sidekkdc1 on Nov 20, 2011 11:55:49 GMT -5
Antara kelebihan PJJ juga : 1) Boleh belajar sambil bekerja. 2)PJJ lebih menjimatkan wang. Kursus - kursus PJJ sering lebih rendah kos jika dibandingkan dengan kursus setempat yang sama. 3)PJJ tidak meletakkan had usia untuk seseorang mengikuti pembelajaran. 4)PJJ lebih fleksibel kerana anda sering diberikan lebih banyak masa untuk menghabiskan pembelajaran anda.
Oleh itu. pilihlah PJJ sekiranya anda seorang yang bekerja dan ingin meningkatkan taraf akademik anda.
|
|