|
Post by norainkdc2 on Nov 20, 2011 10:56:30 GMT -5
PJJ ini memberi peluang dan kebebasan kepada pelajar untuk menentukan masa, tempat dan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan gaya hidup dan kehendak pelajar itu sendiri.......... Di mana ada usaha di situ ada jalan.... Hendak seribu daya.... Hendak Seribu Daya..
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 11:01:20 GMT -5
Sistem pembelajaran PJJ ini sebenarnya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu 'Pendidikan Suatu Usaha Berterusan'. Berbagai cara dan kaedah yang boleh digunakan untuk menimba ilmu, tidak kira di mana, bila dan siapa. Untuk kesan jangka panjang, PJJ akan melahirkan graduan-graduan bukan sahaja golongan muda belia tetapi terdiri daripada golongan 'atok' dan 'nenek'.... ;D
|
|
|
Post by sitirohanikdc3 on Nov 20, 2011 11:05:13 GMT -5
Pjj dapat memberi peluang kpd mereka yang bekerja untuk meningkatkan lagi kelayakan, kemahiran dan pengetahuan.
|
|
|
Post by nazrahkdc3 on Nov 20, 2011 11:06:06 GMT -5
PJJ sememangnya memberi peluang kpd guru meningkatkan taraf akademik dan seharusnya direbut sebaik mungkin. Biar susah dulu,pasti senang di kemudian hari..kesan jangka panjang? tunggu dan lihat.. yang penting rebut peluang yang disediakan..
|
|
|
Post by sitirohanikdc3 on Nov 20, 2011 11:06:56 GMT -5
Yang penting, pelajar PJJ harus tahu mengatur masa untuk belajar dengan membahagikan masa utk keluarga, kerja dan tugas lain.
|
|
|
Post by sitirohanikdc3 on Nov 20, 2011 11:09:01 GMT -5
Antara kebikan PJJ ialah; 1. memberi peluang kedua kepada pelajar 2. kemudahan media 3. interaksi minimum 4. pembelajaran kendiri
|
|
|
Post by sitirohanikdc3 on Nov 20, 2011 11:11:08 GMT -5
PJJ amat penting kerana sistem ini memberi pilihan pendidikan kpd glgn manusia yang mahu menimba ilmu dengan cara berbeza daripada pendidikan formal.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 11:15:34 GMT -5
Sistem PJJ memberi manfaat kepada pelajar dan pensayarah. Bagi pensyarah ia akan memudahkan pensyarah untuk up load nota, tak perlu photostat, jimat belanja....
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 11:18:51 GMT -5
Belajar secara PJJ juga membolehkan pensyarah untuk membuat apa-apa pengumuman atau memberitahu berita terkini dengan cepat.
|
|
|
Post by sitisharakdc4 on Nov 20, 2011 11:21:40 GMT -5
Kaedah menerusi PJJ juga dapat memupuk dan meluaskan capaian pelajar kepada teknologi kolaboratif yang baru serta mendedahkan mereka dengan pembelajaran secara berkumpulan.
|
|
|
Post by sitirohanikdc3 on Nov 20, 2011 11:21:53 GMT -5
Sistem pjj merupakan satu kaedah pmbelajaran yg unik di mana pelajarnya terdiri drp mereka yg bekerja dan punya tanggungjawab lain yg harus dipikul.
|
|
|
Post by nazrahkdc3 on Nov 20, 2011 11:22:12 GMT -5
Syukur ada PJJ, dapat juga sambung belajar. Dulu tak terbuka pintu hati nak belajar..Terima kasih pada GB dan kawan2 yang beri galakan. Sampai bila nak berada di takuk lama? Kawan2 dah bergaji besar.. kita? Tak de susah mana pun kalau kita bulatkan tekad untuk belajar. Tambah ilmu..Insyaallah akan dapat lihat hasilnya...
|
|
|
Post by sidekkdc1 on Nov 20, 2011 11:22:41 GMT -5
Pada pendapat saya PJJ sangat bagus!, Ianya berbentuk pembelajaran kendiri, iaitu pelajar belajar bersendirian, tidak bertemu muka selalu dengan pengajar dan juga rakan yang lain. Segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat dilaksanakan dan diseliakan secara jarak jauh iaitu dalam keadaan pelajar terpisah daripada pengajar. Tanggungjawab pembelajaran telah dipindahkan kepada pelajar itu sendiri. Ini dapat membentuk sahsiah pelajar agar lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.
|
|
|
Post by salehawati kdc6 on Nov 20, 2011 11:24:20 GMT -5
PJJ dapat membantu guru untuk meningkatkan profesyen keguruan tanpa menangguh kerja pendidikan. Bayangkan kalau tiada PJJ semua guru cuti untuk belajar .. pasti masalah kekurangan guru disekolah mengganggu P&P. Pada masa akan datang ianya fleksible kerana "Pendidikan Sepanjang Hayat"
|
|
|
Post by sitirohanikdc3 on Nov 20, 2011 11:24:29 GMT -5
Dalam konteks pjj, pembelajaran kendiri membawa maksud bahawa pelajar belajar bersendirian tidak bertemu muka selalu dengan pensyarah dan juga rakan lain.
|
|