|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 12:12:58 GMT -5
Oleh itu tidak menjadi alasan langsung untuk seseorang mengelak dari meningkatkan ilmu kerana kemudahan yang diberikan. Pembelajaran PJJ walaupun memerlukan pengorbanan masa tetapi sedikit sebanyak mengajar kita mengagihkan masa dengan lebih berdisiplin.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 12:15:00 GMT -5
Seorang pendidik sepatutnya diwajibkan untuk menyertai program ini kerana kini saya merasa kesannya iaitu disamping belajar kita boleh mengaplikasikan apa yang telah diaajar di dalam bilik darjah.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 12:16:28 GMT -5
PJJ menjadikan kita lebih celik ilmu yang disangkakan sudah cukup sebelum ini. Ilmu perlu dicari dan bukannya datang dengan sendirinya.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 12:19:44 GMT -5
Melalui kaedah PJJ, kita akan pelajari ilmu-ilmu yang boleh membawa kita pergi jauh dan bukannya hanya berada di takuk lama seperti katak dalam gelas yang hanya menyaksikan arus pembangunan dari dalam kelompok kita sahaja. Rugilah kalau tidak bersama-sama mengejar ilmu.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 12:23:01 GMT -5
Cuba bayangkan murid-murid kita yang pernah kita didik suatu masa dahulu telah pergi jauh meninggalkan kita ke belakang...sedangkan kita masih di sini tanpa sebarang peningkatan..tetap menjadi guru biasa. Dengan PJJ kita pasti menjadi guru yang mampu menyaingi anak didik kita.
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 22, 2011 19:13:42 GMT -5
Assalamualaikum, pendidikan jarak jauh memberi banyak faedah kepada individu yang suka belajar menambah ilmu.
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 22, 2011 19:15:32 GMT -5
pjj membimbing para pecinta ilmu untuk meluaskan pengetahuan dalam bidang keilmuan.
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 22, 2011 19:17:23 GMT -5
pjj memudahkan kita mengatur masa, mendisiplinkan diri untuk merancang kehidupan.
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 22, 2011 19:18:44 GMT -5
pjj menjimatkan kos perjalanan, masa dan memberi banyak kemudahan mendapatkan ilmu.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 22:56:34 GMT -5
PJJ banyak memberi peluang kepada mereka-mereka yang berhajat untuk meningkatkan pelajaran tanpa perlu meninggalkan kerjaya. Mungkin sebelum ini mereka tidak berpeluang melanjutkan pelajaran kerana kekurangan tempat. Kini PJJ telah membuka banyak peluang kepada mereka untuk merealisasikan impian mereka.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 23:02:39 GMT -5
PJJ banyak menawarkan kursus-kursus yang boleh diambil oleh orang-orang yang telah bekerja untuk meningkatkan tahap pendidikan mereka seterusnya menaik taraf perjawatan mereka. Peluang ini tidak patut dibiarkan begitu sahaja kerana ini sahaja peluang yang ada yang perlu direbut bagi meningkatkan taraf pendidikan mereka.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 23:05:51 GMT -5
PJJ juga membuka peluang kepada mereka untuk mengubah taraf hidup mereka. Sekaligus dapat meningkatkan ekonomi keluarga.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 23, 2011 0:09:57 GMT -5
PJJ PPG merupakan salah satu cara guru meningkatkan taraf pendidikan mereka sekaligus menyahut seruan kerajaan untuk memastikan menjelang 2015 60% guru sekolah rendah memiliki ijazah.
|
|